"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Cuti Hujung Minggu

Sebenarnya hari ni nk wat entry pasal kerja terbengkalai Ina yang dh nk siap tu..tp tp amik lg gambarnya. Tunggu bile dh siap btul2..baru Ina war2 kan..=)So hari ni Ina nk share citer sepanjang cuti 2 hari ni.

Jumaat lepas en. suami ajak pergi umah kawannya, Arpal di Kg Kondok..ambil ikan katanya. Dalam hati bersyukur kerana de rezki hujung2 bulan ni. Ina ingat ker ikan patin atau keli (spt kebiasaan hasil pancingan) rupa2nya ikan toman. De dalam belas2 ekor yang setiap satunya mencecah 7-8kg. Biar betul..ikan ni bukan senang nk dapat.

Takut pun de tgk ikan tu...selebihnya..risau tekak ni xbely trime sbb xpnah mkn ikan toman sebelum ni...tapi bila tgk en. suami excited sgt2...senyum ajerlah... yang pasti kerja2 menyiang akan dibereskan en. suami. Sebenarnya en. suami tgh berpantang...die tak mo pi mancing/menjerat sepanjang 9 bln Ina mengandung ni, tu yg excited sgt2 tu bile kengkawan share hasil tangkapan. Terima kasih bang sbb bekorban perasaan.. =)

Lepas pi amik ikan, kami terus ke kedai ikan (mcm pet shop tp major nya ikan), suami amik cermin aquarium..besar jugakler...same besar dgn yg dh de kat umah..(xingat berapa kaki) yang istimewanya, cermin aquarium ni cembung sifatnya..
"..kalo dh disiap pasang, cantik aquarium ni.." kata en. suami.

Balik dari kedai ikan, en. suami segera membereskan ikan toman.
Mlm tu Ina cume goreng jer..sbb dh xtahan lapar.

Sabtu, selepas sarapan dan membereskan kerja2 umah, Ina ikut en. suami ke kedai ikan, en. suami nk hantar burung murai (yang dh dipelihara en. suami sejak berpantang) ke kedai. Ina trus ke kedai benang selang 2-3 kedai dari kedai aqurium utk beli benang x-stitch yang jenama Venus tu..=), syok plak duk dalam kedai tu lama2...tgk barang2 n berangan2....

Balik umah, en. suami menyiapkan jebak burung yang baru dibuat 3 hari lepas. Bila ditanya knapa buat jebak lagi (dh de 2 jebak yang dibuat sblm ni)sbb burung dah dihantar ke kedai. "..boring & jebak ni bley jual..".
Senyum jer lah...smbil2 ina menyiapakn x-stitch yang mkin nk siap mkin byk plak kesilapan yang nampak. knalah bukak smula n jahit smula... dugaan tul...tp kna sabar kalo nk hasil yg memuaskan hati.

Ahad, operasi mengemas (bungkusan2 pakaian yang tak smpat utk dipedulikan dari saat pindah umah) terkejut sungguh sbb baju2 Ina & en. suami dah dimakan lipas... Lipas kt umah ni memang rakus... hari tu mak Ina mengadu kna gigit dek lipas.. tak sangka plak kerakusannya tahap gaban. beg2, cap, jeans en. suami, semua abis dimakan... terkedu... bimbang dimarah sbb menangguhkan kerja.
Bila diberitahu, en. suami cume senyum n cakap."..nnti kite beli baygon yer.." Alhamdulillah...cume jauh dihati terkilan sgt sbb jeans2 en. suami tu masih baru dn bukan sehelai due...hmpir 7 helai..tu blum kire baju2 n beg2 lg...

Smpai petang en. suami menyiapkan aquarium tu seorang diri dibilik belakang... Ina nk tolong xtahan dgn bau silikon. Sudahnya malam en. suami mengadu sakit kepala...duk hidu silikon tu sehari... laa..tak ckp awal2. En. suami duk temankan Ina wat x-stitch smpai kul 1 pg..dh nk tido baru ckp skit kepala.

Tu ler pasal letak gambar pelamin kami yang kecil tapi berseri tu.. tibe2 teringat kenangan2 lama. Pe pun terima kasih bang sbb banyak bekorban utk Ina. Smoga Ina sempat bekorban spt mana abg.

No comments:

Post a Comment