"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

2010 & 2009

Salam Tahun Baru semua...

Bersempena dengan perubahan tahun masihi ni...Ina nk share sket Impian & Harapan 2010 serta Sejarah 2009. Mule2 Ina story sket psal Sejarah 2009.

Sejarah 2009

Tahun 2009 byk perkara & impian yang telah terlaksana. Impian yang paling besar mestilah berkeluarga. Ina bertunang 26 Jan 2009 (CNY), melangsungkan perkahwinan pada 18 Jul 2009 & telah disahkan hamil sebulan kemudian =).

Tahun 2009 ni jugak en.suami Ina (yang waktu tu bekerja di kilang) dapat kerja di tempat Ina jugak. En.suami tak lagi kerja syif & tak lagi kena punch card.
Kami dah bekerja di lokasi yang sama
(lokasi je sama sbb en. suami wat kerja2 elektrikal, jd die akan ke bangunan2 yg memerlukan khidmatnye) dan waktu kerja yang sama. So, pergi balik kerja bersama.

Kami dapat menyewa di kawasan perumahan yang memang kami suke, sbb dekat dgn kakak angkat. Dari bujang slalu lepak umah kakak angkat..lame2 jadi suke plak ngn suasana kat taman lama yang damai tu.. so, ms nk kawin mintak bntuan kakak angkat carikkan umah kat situ..dapatlah umah selang 5/6 umah dari umah kakak angkat. Lokasi umah pun strategi..dkat ngn komuter, stesen bas & klinik.

Thn 2009 ni jgak ansuran kereta dh abes...Alhamdulillah sgt2...

Awal 2009 Mak & Abah dapat mendiami rumah sendiri setelah berpuluh2 thun menyewa sbb bekerja di merata tmpat utk besarkan anak2. Lewat 2009 ni kehidupan mak & abah semakin dipermudahkan... smoge mak & abah sentiasa di dalam keredhaanNya dan dilimpahkan kebahagian, kesenangan dan yang paling pnting ketenangan jiwa.

Abang Ina kawin May 2009 (awal 2bln dr Ina), dan adik ipar Ina berkahwin awal December 2009. Keluarga semakin bertambah.

Byk lagi kenangan2 manis dan tak manis yang terjadi dlm 2009 ni. Tapi yang tak manis Ina takkan ceritakan...ntahlah..Ina memang tak suke nk ingat or pk mende2 yang bley wat hati sayu/perasaan hiba.

Impian & Harapan 2010

1. Mestilah nak jadi seorang Isteri, Ibu & Anak yang solehah disamping menjadi pekerja yang solehah =)

2. Nak belajar memasak dan mengurus rumah tangga dengan lebih baik. Ina tak minat sgt masak...skill yg de skarang skdr ckup utk makan sendiri jer. Ina nk belajar masak mcam2 perkara supaya Ina dapat sediakan pelbagai jenis hidangan (sihat & berkhasiat)utk keluarga.

3. Nak belajar menjahit & segala jenis ilmu jahitan serta mempertingkatkan seni kreativiti supaya dapat membantu menjimatkan perbelanjaan keluarga disamping dapat meningkatkan pendapatan...hehehe berangan lebih...

4. Dan mestilah nk miliki mesin jahit sendiri..hmmm...thn bile agaknye baru dapat... bln 4 dh nk bersalin...sure lepas tu dh kurang ms/xder ms lgsung utk pegang benang & jarum.

5. Nk deco2 umah skit...nk lebih2 memang xboleh dah... $$$ byk nk gune utk sambut ahli baru nnti...so..thn depan ala kadar jer lg...cume nk wat langsir & deco skit2 pd mane2 sudut/dinding yg perlu.

6. Nak naik pangkat!!!! hehehe... yg ni tk tau bile...kalo nk gak..sure akan terjadi perubahan dalam rutin kehidupan ku...huhuhu..hopefully 2010 ni akan terbuke jalan ke arah itu. Doa2 kanlah.

Nk itu nk ini....hehehe seribu satu mcam lg yg Ina nk miliki/pelajari/pertingkatkan lg...tp semua tu bergantung pd usaha dan ketentuanNya. Smoga segala impian dan harapan Ina dapat terlaksana dan dijauhkan dari musibah2 besar. Amin Ya Rabbal Aalamin...

Kepada kawan2, kalo sudi share lah Impian/target 2010...hehehe

3 comments:

  1. Salam Ziarah. Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

    ReplyDelete
  2. Ina,
    semoga segala impian Ina untuk tahun 2010 akan tercapai, Insya-Allah.
    Kak Yati doakan yang terbaik untuk kawan-kawan semua, termasuk Ina.
    Selamat tahun baru...! :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum,taniah anda bakal ibu,tanih2..nie buat ayie x tahan nak nikah..hahaha

    ReplyDelete