"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Aidil Adha 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha utk semua kawan-kawan yang beragama Islam. Semoga pengorbanan kalian direhai-Nya.

Hari ni Ina dan suami tak berapa sihat, kami kena selsema..akibat dari kekurangan air masak sepanjang bercuti di Kampung. Ape taknya...asik de acara makan-makan jer... dh tentulah beserta air manis yang pelbagai perisa... apepun Raya Qurban tahun ni sangat meriah dan mengembirakan kami sekeluarga.

Adik Ina sempat merakamkan aksi-aksi menarik kami sekeluarga sepanjang bercuti bersama.

Tok & Mok Som

Ni gambar nenek Ina sebelah abah dan mak iaitu Tok dan Mok Som. Tok masih sihat dan cergas. Kami banyak dijaga oleh Tok masa kecik2 dulu sebab Mak sakit-de ketumbuhan dalam perut..tambahan pula kami adik beradik lahir terlalu rapat. Jadi Toklah yang banyak membantu sebab Tok tinggal bersama kami.
Mok Som kadang-kadang jer sihat sekarang ni..Ingatannya semakin merosot tapi masih lg peringkat ok..taderlah nyanyuk sangat. Kelakar juga bile Mok Som duk mengadu tak makan lagi padahal baru sejam due sudah makan. Tapi bak kate mak..ikut kan ajer...

Mak & Abah tersayang...

Tiga adik bujang sedang menunjukkan bakat mengacau rendang.

Senyuman Abah

Paling suka gambar ni..sebab abah tengah tersenyum...jarang dapat gambar abah tersenyum riang macam ni.

Semoga kegembiraan dan kebahagian ini berkekalan.

No comments:

Post a Comment