"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Muhammad Fakhruddin bin Faezal



Selamat dilahirkan pada 07 April 2010, pukul 03:15 pg.
Berat semasa lahir cuma 2.52 kg, sekarang setelah 2 bulan berat dah 5.1kg.

Tersangatlah bahagia dengan kehadirannya. Syukur pada Allah kerana diberikan izin dan peluang menjadi seorang ibu. Melahirkan anak secara normal merupakan pengalaman yang sangat berharga dalam kamus hidupku.

Sungguh, seluruh jiwa raga terasa makin kuat dengan kehadirannya yang sgt membahagiakan. Bila resah..terlihat saja senyumannya..hilang segala keresahan..diganti dengan bunga-bungaan dihatiku..bahagia yang tak dapat dirungkai dengan kata2.



Fakhruddin sayang...semoga jadi anak yang soleh dan sentiasa menegakkan agama Allah dimuka bumi ini. Hidup ini penuh dengan cabaran..tebalkanlah imanmu supaya tak mudah goyah dek dugaan duniawi. Kentalkanlah semangat juangmu untuk agama, negara dan bangsa. Carilah syahid dalam hidupmu supaya terjamin hidupmu diakhirat kelak.

Itu semua harapan ibu untuk anak ibu..tapi untuk waktu sekarang...ibu & ayah lebih mengharapkan kesihatan dan kesejahteraan hidupmu. Membesar seperti kanak2 lain. menangis, tertawa, bermain, & belajarlah sepuasnya.

4 comments:

  1. tahniah ina!! bestnya dah dapat baby...so sape yg jaga baby ni?

    ReplyDelete
  2. terima kasih... hantar kat kakak angkat..duk satu taman. namanyer kerja...hati kat baby..duk kire jam jer skrg ni...

    ReplyDelete
  3. Eh, dah 2 bulan dah baby. Cepat je masa tu. Tahniah ye Ina, selamat semuanya.

    ReplyDelete