"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Kebuluran Yang Tiada Nokhtah?



Bayangkan ini anak kita!
Bayangkan penderitaan anak-anak ini,
Di mana kedua ibu bapa mereka?
adakah maut terlebih dahulu menjemput mereka,
atau mereka juga sedang nazak kebuluran sehingga tidak mampu menjaga kedua anak ini,
Bandingkanlah kebuluran anak-anak ini dengan pembaziran kita,
INSAF!
Sungguh, aku sangat tersiksa dengan vedio ini..
Tidur malam teringat2 wajah dua anak ini..
Tengok makanan ternampak2 tangan lemah yang menggapai makanan,
Bila lapar ketika berpuasa, aku lebih tersiksa..
Aku lapar hanya sementara...
Aku tahu smpai masa aku akan dapat isi perutku semuat mungkin,
tapi mereka...kebuluran sehingga maut menjemput...

Terasa ingin terbang ke sana, menyuapkan makanan ke mulut mereka sehingga kenyang,
Terasa ingin terbang ke sana memeluk mereka memberi kasih sayang,
Terasa ingin terbang ke sana membantu sehingga mereka seperti anak2 di sini yang riang berlari & bermain,
Ya Allah siksa sungguh perasaanku dengan penderitaan mereka..

Kau ampunkanlah aku Ya Allah kerana sering lupa bersyukur dengan rezeki yang Kau berikan..
Kau ampunkanlah aku Ya Allah, kerana sering membazir akan rezeki yang Kau berikan...
Kau ampunkanlah aku Ya Allah, kerana sering terlupa penderitaan saudara seagama yang jauh
Kami mohon Ya Allah, berilah anak-anak kecil  ini sesuatu untuk mengisi perut mereka
Kami mohon Ya Allah, bukakanlah pintu hati segala makhluk-Mu untuk mebatu mereka
Kami mohon Ya Allah, beri ampun kepada kami dan permudahkanlah kami untuk memberi bantuan kepada mereka,
Kami mohon Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas meraka di sana.

Nota 1:
Terjumpa di blog Kak Wani,
Jika ingin membantu boleh Klik Sini,
Sekiranya tidak mampu membantu dengan wang ringgit,
Marilah kita kirimkan doa, Al-Fatihah dan Yassin kepada mereka,
Supaya mereka menerimanya dari bentuk yang lain yang bermanfaat kpd mereka.
Allah Maha Besar, tiada yang mustahil bagi-Nya.

Nota 2:
Baru kini aku mengerti maksud, tujuan dan hikmah berpuasa dengan sebenar-benarnya.
Sungguh, Islam itu kasih sayang.
Islam itu kehidupan..
Sekali lagi..
Marilah kita kirimkan doa, Al-Fatihah dan Yassin kepada mereka,
Supaya mereka menerimanya dari bentuk yang lain yang bermanfaat kpd mereka.
Allah Maha Besar, tiada yang mustahil bagi-Nya.

3 comments:

  1. Nak menjemput semua rakan2 blogger pahang hadir ker rumah sempena dengan raya ini ok sama2 meraikan hari bahagia kita.. Selamat Hari Raya..

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Aidilfitri buat Ina sekeluarga..

    Menitik airmata ini melihat kesengsaraan mereka

    ReplyDelete
  3. memang betui kan ina,sedih giler tgk klip ni,kita kat sini mewah dgn makanan.....slmt hari raya dik...

    ReplyDelete