Tarikh yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap orang yang lahirnya pada 11 November. 11.11.11 ini hanya terkena sekali sumur hidup memandang kan ianya hanya 1000 tahun sekali. Dalam family Ina, seorang abang lahir pada tarikh ini 36 tahun yang lalu. Jadi seawal tahun hari tu lagi kami telah merancang family day yang ke berapa ntah dalam family besar kami.
Kami menyewa 09 unit bilik chalet di Pengkalan Balak, Melaka untuk memuatkan kami yang hampir 50 orang. Itupun masih ramai adik2 yang tidak dapat sertai kami dek kerana cuti habis/SPM/kena wat kelas tambahan utk murid/di seberang laut/di asia timur/etc. 09 bilik tidak dapat menampung pun, so kami kongsi2 aje..tambahan pulak 02 khemah siap dipasang untuk yang nak nikmati malam ditepi pantai.
Pelbagai acara diadakan untuk anak-anak buah. Fakhruddin takde kategori lagi..hehehe.
Acara lompat jauh untuk kaum ibu sangat special sebab ada garis minimum. Siapa yang tak lepas garis minimum, kena amik tender basuh periuk..huhuhu..seb baik lepas.
Tapi lastly semua kerja bergotong-royong.
Malam kami adakan BBQ, acara potong kek, tahan jaring, tahan perangkap ketam dan mandi2. Yang mandi2 itu Ina saje follow abang2 tahan jaring. sambil2 cik abang sayang mancing, mandi2 ler sampai kecut.
Inilah keluarga besarku.
Keluarga kecilku.
Acara mendayung, bot penuh dengan anak-anak kecil.
Geng ibu2 (Kakak2 Ipar dan adik2) yang kuyup.
Posing sebelum balik
Kenangan yang tidak akan dilupakan. Tahun depan dah planning untuk wat sempena birthday abang long plak (12-12-12) IngsyaAllah.
kami menyewa di Chalet Permata, Pantai Pengkalan Balak, Melaka. Lokasinya sangat menarik. Dihadapan deretan bilik, ada dibuat pondok2 untuk masak/bbq/borak2 sembang/amik angin or pe jer acara seswai. Selepas pondok terus turun ke pantai. Jarak Pantai dengan air pun tak jauh. Memang sangat seswai untuk keluarga yang ada anak-anak kecil.






pheehhh bestnya reramai cmtu..wooww mesti fakhrudin asyik nak main air je..hmm best2....jeles i
ReplyDeletewow...seronoknya depa mandi laut....
ReplyDelete