Pertama kali nak turut serta segmen dari Ben Ashaari sebab tajuknya agak menarik hati. Sebelum ni pun dah banyak kali nak buat entry blog pilihan ni tapi asik tertunda. 05 blog berikut memang diantara blog-wajib-baca Ina lewat 2010 sehingga sekarang.
1. Yati's Blog
:: Kak Yati antara kenalan terawal Ina dalam dunia blog ni. Kak Yati juga banyak beri sokongan di awal penglibatan ina sebagai crafter. Surirumah dan crafter yang berjiwa kental. Realiti kehidupannya sebagai isteri dan ibu sepenuh masa sering Ina baca dan jadikan inspirasi.
# Semoga dapat jadi sumber inspirasi kepada surirumah-crafter lain dan semoga Ina dapat ikut jejak Kak Yati - nak jadi suri rumah sepenuh masa =)
:: Cik Saloma ni cabin crew. Ina pula ni cuma Pegawai Keselamatan yang terceruk kat opis. Walaupun syarikat sama tapi jurang sgt tinggi. Suka baca pengalaman CS bersama penumpang dan anak kapal yang lain. Realiti kehidupan sebagai cc dan pengalaman2 menariknya banyak mendedahkan Ina kepada pelbagai ragam sifat manusia. Maklumlah opis Ina jauh tempat jin bertendang, selalu 02-03 kerat je kat opis.
# Entry2 berkaitan pengalaman sebagai cc boleh dijadikan dirujuk oleh adik2 yang bercita-cita nak jadi cc. Semoga Cik Saloma dapat naik pangkat dan dapat berkongsi pengalaman sebagai SC pula nanti.
:: Entrynya padat-tentang persoalan2 dalam kehidupan seharian. Si manis yang jujur dalam menulis. Namee sebagai penasihat sosial..=)
# Semoga dengan penulisan Namee boleh memberi panduan kepada remaja-remaja di luar sana dalam membendung gejala sosial sekarang.
:: Model cantik jelita. Pengalaman sebagai model dan kehidupan keluarga yang dikongsi dengan pembaca sangatlah menarik. Tambahan pula keluarganya memang cantik-cantik belaka. HZ ada kongsi rahsia kejelitaan ahli keluarganya.=)
# Semoga segala impian HZ tertunai. Remaja-remaja lain yang baru berjinak-jinak atau ada simpan hasrat nak jadi model boleh follow blog HZ untuk ikuti pengalaman yang dikongsi HZ.
:: Blog yang sangat sejuk dan menginspirasikan. Blog peribadi milik Solehah Muhammad banyak memaparkan keinginan-pandangan-pengalaman sebagai wanita muslimah biasa. Gaya penulisannya yang tersusun dan padat menepati citarasa Ina yang juga seorang wanita biasa2.
# Semoga jiwa Ina sekental jiwa Solehah. Teruskan menulis kerana setiap tulisan solehah memberikan inspirasi pada Ina.
~~@@@~~
Itulah 05 blog wanita pilihan Ina 2011. 05 blog ni memang ina wajib baca-silent reader jer Ina ni. Memang tak baca hari2 tapi kalo dah sekali jenguk Ina akan baca semua entry yang terbaru.
Kelima-lima mereka memberikan Ina inspirasi dalam kaedah yang berbeza.
Kelima-lima mereka memberikan Ina inspirasi dalam kaedah yang berbeza.
Blog-blog ni ada di blog list blog Ina. Sebahagian di Cemmomile Craft dan sebahagian lain di blog peram- akan dibaik pulih - KyLeLina Menulis.
Blog crafter memang takyah cakaplah-blogs wajib jenguk. Hampir semua blog crafter Ina jenguk, takde dalam bloglist tak bermakna Ina tak baca sebab Ina selalu buka CraftZone Malaysia untuk terjah blog crafter.
Sekian.





salam perkenalan..terjah dari segmen abg ben.dah follow..jom follow balik :)
ReplyDeletehttp://www.nraihana.blogspot.com
penasihat sosial ?hehe. tidak sama sekali. tulis apa yang terbuku je. :) terima kasih ya. :'')
ReplyDeleteAllahu akbar! TQ sis, semoga bermanfaat! xoxo, solehah! :)<3
ReplyDeleteSaya singgah dari segmen yang sama :)
ReplyDelete: Segmen : 5 blog wanita pilihan ku 2011
singgah sini...
ReplyDeleteIna,
ReplyDeleteterharu akak. Terima kasih ya. Hugss... :)