"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Aktiviti waktu cuti.

Cuti ni rumah Ina penuh dengan adik beradik dan saudara mara datang silih berganti.
Sebab mak dan abah ada kat rumah jaga Muhammad Fakhruddin.
Pengasuh balik kampung untuk sunatkan anak sulungnya.
Mak dah datang sejak 04hb lagi tapi jumaat lalu baru dapat keluar sama-sama
sebab En. Abang sayang kerja syif.

Jumaat malam-keluar makan2 & jalan2.

Muhammad Fakhruddin with tembikai.
 Adik Bongsu-Ida dengan bakal tunangnya-Hafiz.
Majlis tunang CNY nanti.

 Me and my beloved hubby. Thanks bang sudi belanja pizza dengan ucapan..
Terima kasih daun keladi..sok lusa belanja ler lagi.=)
 Pengantin baru, Adik bawah Ina-Joe dengan isterinya Ros.
Majlis kenduri awal tahun depan. 
Masih rindu-rinduan katanya sebab masih tidak se-bumbung walaupun se-bandar.
 Tok yang terer pakai pisau dan garfu. Cayalah tok =)

Lepas tu bawak tok pi airport jap, nak tengok kapei terebang katanya.
Ni amik gambar masa dah nak balik.
Mana Fakhruddin? heheh dibelakang tok-tengok tingkat bawah.
Tak berbaju sebab baju dah kena muntah.
Main sangat-berlari ke sana ke mari ikut budak-budak lain yang berlari.
Fakhruddin kan..suka sangat berkawan. Tak kenal pun takpe asal dapat main sama.
Baju spare tak bawak + de kedai jual baju budak2 yang harga mampu milik =) pun dah tutup sebab dah lewat sangat. Sampai balik ler tak berbaju.

Sabtu Mak sedara sampai. 
Muhammad Fakhruddin nak berkawan. Abang Najmi pinjam keretanya..
Akhirnya dia naik sama. Abang Najmi agak takut dengan Fakhruddin sebab Fakhruddin lebih agresif dari Abang Najmi yang lebih tua 03 bulan.

Ahad - Majlis Pertunangan Yati-BFF Ida.
Sebelah kanan Ina Kak Awin, Kak Ipar-Wife Bemi (Abang Mie)
Sebelah kiri Ina Yati, adik Ipar -Wife Jie
Abah, ayah pengantin & Bemi.
Siapa cam ayah pengantin tu?..
Ya..itulah Zek Lokman-Pengarah Filem Mendam Berahi.
kalau tak silap Zek Lokman yang memperkenalkan maya Karin di Malaysia dalam filem apa ntah dengan si Opie Zami dan Danny X-Factro. Tak Ingat filem ape.

Habis kenduri ramai-ramai lepak rumah Jie. Mak, Abah dan tok nak tidur rumah Jie malam tu sebab dah banyak malam rumah Ina. Rumah Ina dan Jie tak jauh pun.
IngsyaAllah bulan Februari nanti makin dekat sebab Ina dah beli rumah dekat2 rumah Jie.
Hujung Januari nanti baru pindah. Tu sebab Ina agak busy sekarang mengurus pinjaman dan sebagainya. Ni pun belum start pack barang lagi.

Isnin abah balik pahang, untuk tandatangan borang duit ehsan RM500.00 tu. Terpaksa Ina izinkan Fakhruddin ikut sebab pengasuh sambung cuti, cuti tahun Ina pulak dah habis.
Dan mereka ramai-ramai suh Ina belajar2 berpisah dengan anak, sebab Ina memang langsung tak bley pisah.
Apa lagi ibunya berendam air mata sedangkan Fakhruddin dengan riangnya melambai2 ikut atuk, wan dan oyangnya balik kg.
Oh anak!

No comments:

Post a Comment