"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Bercuti di Terengganu

Baru dapat update blog setelah seminggu bercuti. Padahal laptop dan broadband bawak balik kg, cuma masa banyak dihabiskan dengan melepak sambil baca novel. Dah lama tak baca novel-asyik menjahit jer. Kalau dulu sanggup berhabis duit disebabkan novel tapi sekarang sanggup berhabis duit untuk barang kraf. Kedua-dua hobi yang bermanfaat.

Ina amik cuti bermula rabu-pagi rabu tunggu abang balik kerja dan tukar minyak hitam, terus gerak balik kampung ke Kg Pecah Rotan, Kuala Terengganu. Kira balik suprise-tak inform sesiapa pun kat kg yang kami nak balik.

Sepanjang di kampung, terlupa pulak nak snap pemandangan yang indah-indah. Memang kalau balik terengganu, masuk jer kampung tenang jer. Udaranya segar, pandangan menghijau, angin pantainya yang nyaman, pendek kata memang rileks betul minda.

Iklan kat kedai masa dalam perjalanan.

 Dengan toki dan tok yang melayan Fakhruddin. Gambar tok terpaksa dipotong-aurat.
Dengan poksu - ready untuk tolong toki basuh kereta.

Keluar ramai-ramai ke bandar. Pergi Mydin Kuala Terengganu, abang belanja kfc. Asalnya nak pergi Pizza tapi ada yang nak pergi kfc, so ikutkan ajerlah. Sebelum balik beli jugak pizza untuk poksu.
Terlupa snap gambar ramai-ramai. Gambar tengah makan tu pun diambil dari fb abang.

Sebelum bertolak ke Pahang untuk kenduri adik bongsu Ina nikah, sempat Ina buatkan Keycase untuk di tinggalkan di Terengganu.
 
-bahagian depan-
 -bahagian belakang-

Entah bila lagi dapat balik Terengganu sebab abang kerja syif-cutinya tak sama dengan cuti Ina. Katanya kalau setakat dua hari cuti tak berbaloi sebab perjalanan lebih 8 jam.

3 comments:

  1. lama xjln ganu sejak pndah joho nei..huhuk

    ReplyDelete
  2. Sempat lagi Ina buat craft di kampung. :)
    Betul tu, akak pun kalau abe cuti sehari dua, tak balik, MIL pun tak bagi balik ke Kelantan. Sebab jauh, letih atas kete je.

    ReplyDelete
  3. mira - sekali sekale gi mesti snok nnti kan..

    Kak Yati - Sempat gak sbb PIL Ina kerja, abang plak asik gi mancing jer..duk umah ngn adik2 ipar layan novel sambil menikmati suasana kampung.. =)

    ReplyDelete