Secara dasarnya berikut adalah azam yang perlu Ina semat kukuh dalam hati untuk tahun 2012 dan mungkin juga untuk tahun-tahun mendatang.
dan yang lebih penting..membayar hutang dengan Allah swt.
Daripada dua azam di atas maka Ina telah dapat satu senarai panjang tugasan yang perlu dilaksanakan demi mencapai azam berikut yang mana ianya merangkumi hal-hal keluarga, kerjaya, dan perniagaan.
Sebenarnya gambar yang ke-dua tu jauh lebih penting sebab menurut alim ulama'-untuk melangsaikan hutang duniawi, kita perlu melangsaikan hutang dengan Allah swt terlebih dahulu.
Pada tahun keberapa selepas mencapai akil baligh kita berjaya solat 5 waktu sehari semalam tanpa tinggal se-waktu pun? Jika anda berjaya syukur Alhamdulillah!
Jika sejak di awal akil baligh sehingga sekarang masih ada solat yang belum berganti-marilah kita berusaha untuk ganti bersama-sama.
Begitu juga soal puasa dan lain-lain amalan wajib.
Semoga sepanjang tahun 2012 masihi ini, kita semua akan lebih berjaya dalam soal akhirat dan dunia.
p/s : gambar2 di atas akan diletakkan di blog ini sehingga Ina rasa nak keluarkannya.
p/s : gambar2 di atas akan diletakkan di blog ini sehingga Ina rasa nak keluarkannya.



Betul tu, Ina.
ReplyDeleteBuka setakat solat, puasa tinggal pun, ada orang tak ganti, sampai bertahun-tahun. Takut kang kot mati, tak jelas hutang.