"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Raja Jembal - Keturunannya di cari.


Siapa pernah dengar pasal Raja Jembal?
Ina dari kecil selalu dengar kisah sejarah Raja Jembal, Che Siti Wan Kembang dan Puteri Saadon. Nama2 berikut sering masuk ke telinga sebab sering diceritakan oleh nenek sebelah mak Ina (Ina panggil Mok).
Dan yang paling tak bley lupa pasal pantang larang makan Ikan Kacang/Sekacang yang mana menurut cerita Mok ikan kacang telah menolong raja menutup bocoran di kapal semasa raja melarikan dari serangan pihak yang nak ambil alih kuasa raja.

Dan setiap kali berhimpun bersama saudara-mara mesti ada kisah-kisah hebat mengenai tahap ke-walian dan ke-sufian keturunan Raja Jembal dan keturunannya diceritakan pada generasi2 baru yang memang kurang minat pasal sejarah walaupun sejarah diri sendiri. Dan rasanya sesiapa yang benar-benar dari salahsilah keturunan Raja Jembal mesti sedar kan yang mesti ada dikalangan keluarga anda yang mungkin ada ilmu-ilmu tertentu. Cuma ianya terletak pada diri kita bagaimana nak bawa ilmu tu samada ke arah kebaikan atau ke neraka jahanam.

Dan masa BW Ina singgah ke blog Maharum Bugis Shah (MBS) yang membawa terus ke blog Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan yang sedang mencari, mengesan dan berusaha menghimpunkan sekalian waris dan keturunan Raja Jembal di dalam dan yang telah berhijrah ke luar Kelantan.

Dalam kes Ina, kami adik beradik dah kehilangan panggilan nama 'Che' yang telah diterima dari nenek moyang dari 'Wan' dan seterusnya ke atas. Ini kerana mak Ina yang 'berketurunan' telah berkahwin dengan ayah Ina yang bukan dari keturunan Raja Jembal maka 'Che' tu automatik tak boleh digunapakai lagi telah gugur. Dan ianya sememangnya tidak boleh sewenangnya nak dipakai atau nak buang digugurkan.

Sepupu-sepupu lelaki Ina yang dari ayah saudara ramai masih mengekalkan gelaran 'Che' pada anak-anak mereka untuk mereka tahu dan kenal sejarah diri sendiri. Dan seorang abang sepupu Ina meninggal dunia semasa kecil akibat demam dan khabarnya ada kaitan dengan gelaran 'Che' yang sepatutnya dia terima tapi telah tidak digunakan oleh ayahnya semasa memberikannya nama. Apapun itu sudah ketentuan dan cuma Allah swt yang maha Mengetahui.

Tambahan /kemaskini cerita bila teringt:-
Tempat tidur nenek dan atuk Ina semua dari jenis kain baldu bewarna kuning keemasan. Dan kain kuning juga perlu dibentangkan masa nak bersalin.

Sesiapa yang membaca artikel Ini dan berketurunan Raja Jembal, boleh lah ke PKRJK untuk mengetahui cara mendaftar sebagai ahli. Buke apo..cumo nok kese woghih2.

27 comments:

  1. salam. kali pertama jumpa cerita pasal keturunan raja jembal. kami pun dari situ gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ler kita..tapi susur galur dah bersimpang siur..jenuh nak trace.

      Delete
  2. hye bz nmpak,saya sudah tag awakkk hehe

    ReplyDelete
  3. eh2, sama la.
    kakak tyra masa nak bersalin pun kena lapik kain kuning. masa belum tahu, berjam-jam tahan sakit sebelum nak bersalin. nasib daddy ingat pasal kain kuning ni.

    ReplyDelete
  4. Salam... Smelah kita. Dr kcik lg slalu dgr ma sya crita psl ni. Ma sya nmanya "Tuan" pd pangkal nmanya. Arwah abah sya xde. Jd nma sya ngan adik brdik semua "Nik" kecuali 2 org adik sya yg terakhir. Saudara mara sblh ma sya semua nma diorg bermula dgn "Nik, Tengku, Tuan, & Wan..."

    ReplyDelete
  5. Salam... Smelah kita. Dr kcik lg slalu dgr ma sya crita psl ni. Ma sya nmanya "Tuan" pd pangkal nmanya. Arwah abah sya xde. Jd nma sya ngan adik brdik semua "Nik" kecuali 2 org adik sya yg terakhir. Saudara mara sblh ma sya semua nma diorg bermula dgn "Nik, Tengku, Tuan, & Wan..."

    ReplyDelete
  6. Tau tak sape RAJA HJ WAN LEBAI..kate org..dr keturunan RAJA JEMBAL..jgk..btol ker..mayb belah pattani..

    ReplyDelete
  7. Tau tak sape RAJA HJ WAN LEBAI..kate org..dr keturunan RAJA JEMBAL..jgk..btol ker..mayb belah pattani..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sy tsalah tkan delete kt comment ats tu.. Sy nk tny mmg keturunan raja jembal ke yg xleh mkn ikan kacang ni? Sy hr ni br tpikir nk search sal ikan kacang ni.. Rupanya byk blog yg ceritakan sal pntang larang keturunan mkn ikan kacang.. Kluarga sy pun sma.. Tp sy xtaw lah kturunan mna.. Ayh pun xpasti.. Ayah crita n pesan km adk bradik xleh mkn ikan kacang.. Sumpahan 7 kturunan dr nenek moyang sbalah Mak kpd ayah sy.. Keturunan yg sblah Siam. Dlu bg sy mcm plik tp km msh xmkn ikan tu sbb ayh ckp klu mkn nnt jd gatal2 kulit... Km mmg xda nma krabat pun..

      Delete
  9. mkne ea kne cari keturunan yg ke 7 baru sumpah habes?macam mahsuri tu?

    ReplyDelete
  10. keturunan sy .. x benarkan makn ikan kacang j

    ReplyDelete
  11. Saya pun ktrunan tp x tau. Bidan yg ada ilmu dpt mngesan saya brktrunan raja jembal dan kluarga kami bkn calang2 org katanya. Keluaga x de nama glrn..tp bidan tu kata ada glrn iaitu che. Saya diminta lapik kain kuning buat tdo..dan diminta ada warna kuning dlm umh. Mak saya ada pesan kluarga saya jgn mkn dua bnda tu..ikn kacang dan rbung buluh btung. Bapa saudara tlh trmkn ikn kacang..dapat pnyakit butir2 melepoh satu bdn. Ini btul2 brlaku pd kluarga saya. Tok saudara saya seorang ulama seangkatan tok kenali..beliau ialah tuan haji adi awang dr pulau pisang, ank murid ksygn tok kenali.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya ramai jugak yang ada susur galur Raja Jembal kan.. pantang larangnya pun sama kan... selamat berkenalan semua.

    ReplyDelete
  13. dahulu sebelum berpecah negeri hanya ada 1 sahaja iaitu negeri kedah yang merangkumi negeri kelantan dan selatan thailand...
    raja bersiong @ raja jembal adakah orang yang sama @pun saudara??? kena la cari ekk...

    ReplyDelete
  14. dahulu sebelum berpecah negeri hanya ada 1 sahaja iaitu negeri kedah yang merangkumi negeri kelantan dan selatan thailand...
    raja bersiong @ raja jembal adakah orang yang sama @pun saudara??? kena la cari ekk...

    ReplyDelete
  15. Xpasti tentang raja jembal tapi keturunan kami sentuh ikn kacang pon x boleh dan sy yg kurang percaya ttg pakai kain kuning ni terpaksa di belah dan berlaku tumpah darah bila bersalin...,,,

    ReplyDelete
  16. Arwah atuk sya mmg seorg yg alim..tp mmg dari dulu slalu tertanya kenapa arwah tidur beralas kain kuning....mak cik juga bgtaw kami xboleh mkn ikan kacang dan xboleh lalu dibawah buluh...tp wallahhualam xtahulh sampai skg xtaw knapa...mgkin suatu kebetuln....

    ReplyDelete
  17. Arwah atuk sya mmg seorg yg alim..tp mmg dari dulu slalu tertanya kenapa arwah tidur beralas kain kuning....mak cik juga bgtaw kami xboleh mkn ikan kacang dan xboleh lalu dibawah buluh...tp wallahhualam xtahulh sampai skg xtaw knapa...mgkin suatu kebetuln....

    ReplyDelete
  18. slm
    sy pon ad berkena dgn pantang ni..
    tp ibu sy x bg mggunakannya..
    alah kami jika tdak bersama raja..maka sakit jadinya..
    dr kakk yg sulung shgga yang bongsu..
    ap pndpat cik??
    asal kturunn sy x bole mkn ikn kkacang, rebung buluh btung, dan bayam bduri
    hurmm..
    adakah klu sy nmakan kpd anak sy nti bila sy kawin nma wan engku @ tgku??

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu sy nk join krabat kel cner??
      bole ke??
      bkan apa..tkut ken saman klu org x pcaya nti..

      Delete
  19. Kami dari keturunan che...tapi xtau knapa asyik diganggu..

    ReplyDelete
  20. Kami dari keturunan che...tapi xtau knapa asyik diganggu..

    ReplyDelete
  21. Kekdg Saya nak percaya ke tidak tak tau lah.. Sbb nenek tak ber cerita sgt. Tapi, mass lastime Saya nak Bersalin dulu dkt 12 jam menahan, last2 terpakse Czer. Nenek dtg jer kene marah sbb tak hambar kain kuning.. Xde pun org nak ckp? Dia Bwk kain kuning utk hampar Kat baby tdo lepas Bersalin. Lepas tu be ckp Pasal pantang makan ikan & rentung tu.. Tapi menurut nenek, org sekarang mana Ada makan ikan tu dah.

    Dan menurut nenek baru2 Ni, dia mengatakan kamu berketurunan dr ahli keluarga Cik siti.

    Ramai sgt berketurunan raja jembal. Sampai kan tatau nak percaya ke Tidak. Apa kebaikan berketurunan raja jembal pun Saya x Nampak. Pantang larang jer Ada.. Maaf lah, mungkin sbb fakta kemodenan buat Saya tidak rasa Ada sbrg sebab utk mengaku berketurunan ni. Lagipun tidak ada sbrg bukti yg mengatakan kamu berketurunan raja jembal.

    ReplyDelete