"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Menulis Juga Mampu Berikan Kekayaan

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya untuk semua yang sudi singgah di blog Ina ni. Sudah lama benar blog ni sepi tanpa entry produk Cemmomile Craft. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ni, Ina tak berapa sehat dek kerana alahan yang agak teruk. Alhamdulillah lepas Aidilfitri baru ni kesihatan Ina kembali pulih, selera makan pun makin bertambah. Cuma badan pinggang dan belakang Ina tak terdaya nak menyokong badan untuk menjahit. Keinginan itu ada tapi kemampuan fizikal agak terbatas.

Makanya apa projek yang boleh diisi dirumah...hehehe. Sebenarnya Ina berminat nak berkembang jauh dalam bidang penulisan, mungkin atas faktor keturunan dan hobi membaca yang mendorong minat Ina tu. Ada jugalah cerpen yang Ina karang zaman-zaman belajar dulu tapi masih belum ada kekuatan untuk dipublishkan dimana-mana blog Ina. Kemaskini blog pun sebulan sekali payah inikan pulak nak menulis novel, artikel atau lain2. Tapi tulah..impian yang satu tu tak pernah pudar.



Dalam duk membaca dari blog ke blog, makanya Ina terjumpa 1 panduan yang mungkin boleh membantu Ina dan mungkin ramai lagi yang punyai minat seperti Ina untuk memajukan diri. Iyelah kan, zaman teknologi dan maklumat serba pantas ni, ramai yang mampu menjana kewangan melalui penulisan. Lihat saja Mak Merah, Ben Ashari dan ramai lagi yang mampu mengaut duit puluhan ribu ringgit sebulan hanya melalui penulisan di blog. Itu belum lagi blogger2 yang mahir buat iklan dan review produk berbayar ataupun paling tidak kerajinan mengemaskini blog itu sendiri boleh menyebabkan blog seseoarang itu pantas berkembang. Kerajinan, idea yang tiptop dan ilmu serta teknik menulis itu sendiri amat mempengaruhi blog/website seseorang itu ke kemuncak. Itu cuma pandangan peribadi Ina sahaja tentang mereka yang benar-benar menjadikan penulisan mereka sebagai magnet rezeki.

Di dalam panduan ini terdapat 4 module yang telah dipecahkan untuk kita betul-betul memahaminya. 4 Module tersebut seperti berikut.


Kenapa menulis dapat membantu Ina dan anda semua...


Dan terdapat juga bonus-bonus lain yang disertakan.

Jika anda akak-akak, adik-adik juga ada minat mendalam seperti Ina bolehlah terus ke BuatDuitMenulis.com untuk dapatkan info lanjut. Bukanlah terus mengidamkan wang ringgit namun harapan Ina semoga lepas ni akan ada penambahbaikkan dalam penulisan Ina. Bila kemahiran dan bertambah baru bley cerita bab duitkan.. =)

1 comment: