"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Order Kak Airah

Repeat order dari Kak Airah. 

Hope Kak Airah sukakannya.

Order dari KL dan hadiah GA

Order dari KL, Fadzrul mahukan 4 biji bantal. 02 couples pillow. Design oleh Fadzrul sendiri.


Ini pula Car Hanging, hadiah GA yang lalu.
Semoga Fadzilah gembira dgn hadiah tersebut.
 

Sunflower Apron

Ini merupakan repeat order dari Seriati, Serawak. Seriati mahukan apron berbunga matahari untuk dihadiahkan kaepada Ibunya yang tercinta sempena hari ulangtahun ibunya.

Tapi bukanlah apron in actual size, ni cuma apron kecil untuk diframekan dengan frame bersaiz A4. Seriati ada mengirimkan gambar contohnya sekali.

 Maka inilah hasilnya.
Ini pula gambar contoh yang dikirim Seriati. 

Mereka berdua ni pencinta si bunga matahari. Tengok order Seriati sebelum ni, Keychain & Car Hanging bermotif bunga matahari.

Adik Ina yg bongsu pun sgt sukakan bunga matahari. Ina pernah menghadiahkannya bantal bunga matahari.

Selamat Ulangtahun Hajah Jamilah, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik agar terus menerus dapat membuat ibadah kepada yang Esa.

Bantal Ekspress

Sebelum balik kampung beraya, sempat lagi siapkan dua biji bantal. Cantum2 perca kain flanel yg ada.
 Depan
Belakang

Bantal ni ler diusung Nilai-Maran-K.Terengganu-Maran-Nilai.
Buat peneman tidur Muhammad Fakhruddin.
Express?? sebab xsmpai 02 jam siap.. =)
Itu namanya..nak seribu daya..malas seribu dalih..hehehe

Dikesempatan ini Ina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk seluruh umat Islam di luar sana. Sambil kita bergembira, jgnlah dilupakan yg kurang bernasib baik.