"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Dah siap pun...Masjid Negeri Selangor

Hai semua, hari ni Ina nank entrprem x-stitch terbesar Ina setakat ni... hehehe.
Sebelum ni Ina penah tunjukkan hasil yang blum siap lagi di 'Projek Tergendala'.



Projek ni amik masa lebih kurang 2 tahun 11 bulan..Lame kan...=)
Ntah bile lah bley frame...sbb sure mahalnyer... Alamat kna perap jer lah dulu dalam almari... =)

X-stitch Yg pernah Dihasilkan

Hari ni Ina nak pamerkan x-stitch2 yang penah Ina hasilkan
Tak banyak pun.

1. Kaligrafi Allah.Gambar tak berapa jelas. Mintak bantuan adik snapkan.
Imej tak berapa baik..kire halal lah yer..

2. Kaligrafi MuhammadKedua-dua kaligrafi ni adalah x-stitch pertama.

3. Gugusan Anggur
Imej tak berapa baik. Anggur ni dihasilkan pada tahun 2005.

4. Tak tau ape name bunga ni.
X-stitch ni siap pada tahun 2006.

Kalo perasan, framenyer spesen jer kan... frame ni suami Ina tempah kat Terengganu (masa tu kawan jer lagi) Dan semua x-stitch ni Ina letakkan kat umah mak kt kampung.

Motif Bunga Matahari

2 minggu lepas, satu2nye adik perempuan ina merangkap adik bongsu minta dijahitkan x-stitch pd bajunye. Die suh ina carik bunga dulu and tunjuk kat die...

Dah puas ina carik kat free-chart (DMC) tp xjmpe design Bunga Matahari. Adik ina ni memang peminat setia bunga matahari. Abis kat buku, baju, lukisan, hiasan sumenye nk bermotifkan bunga matahari.

Gambar ni pun cantik jugak.

Projek Tergendala - Masjid Negeri Selangor

Ini adalah x-stich yang sedang diusahakan since Jan 2007 lg. Smpai sekarang masih blum siap coz byk perkara yang perlu dibereskan dlm tempoh 2 thn kebelakangan ni.

Tambahan plak kat Nilai ni susah btul nk carik benang DMC. Dulu ms parents kat kota Damansara, mudah skit utk dapatkan benang DMC, skrg parents dh blik duk kat kampung. Kecewa sgt sbb xjmpe lgsung benang DMC. Suami ina (masa tu masih tunang) pun dekat separuh hari pusing Nilai tolong carikkan benang DMC. Kat seremban ada rasanya..tp xtau mana letak kedainya.

1 day sementara suami pi belek2 pancing kt kedai pancing favorite die, Ina teringat de 1 kedai yang jual alat2 sulaman... gembira jgak coz de benang yg dicari..bukan brand DMC...tp VENUS... tak kisahlah jnji dpat siapkan Gambar Masjid ni.

Utk mendapatkan benang yang sama tone warnanya dgn DMC memang amik masa... dan tonenye memang xsama...w/pun hampir2 sama... nnti de masa ina letakkan pic perbezaan warna benang antara benang DMC & VENUS ni.
Tak sabar nak siapkan gambar masjid tu sebab dah tak sabar nak mulakan projek lain.