"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Crystal Sand yang mujarab


Crystal Sand adalah bahan pencuci kesan kotoran degil dan minyak daripada kulit tubuh badan serta bahan logam yang diperbuat daripada batuan gunung berapi (hot stone) dan garam mineral sahaja. Tiada campuran soda, alcohol, camical, merkuri dan bahan kimia lain yang boleh mengakibatkan  kerosakan dan kesan sampingan kepada kulit manusia serta alam semulajadi.

Boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:-
1. Efektif membersihkan kesan kotoran degil seperti minyak, gris, cat daripada kulit badan kita dengan cepat.
2. Efektif sebagai pembersih karat sesta kotoran pada peralatan logam.
3. Efektif sebagai scrub pada badan & kaki serta berupaya membuang lapisan kulit mati dan kotoran.
4. Efektif sebagai bahan pencuci barangan kemas seperti emas, perak, tembaga dan lain-lain serta tidak melunturkan warna.
5.Efektif mengubati gatal-gatal pada kulit yang berkudis.
6. Efektif memutihkan peralatan plastik seperti suis peralatan elektrik.
7. Efektif digunakan sebagai scrub muka.
8. Efektif digunakan di dalam sauna.

Malam tadi ina dah test sendiri dengan merujuk tujuan penggunaan nombor 6 seperti di atas.
Ina buat pada suiz rumah yang memang agaknya sedari kewujudannya tidak pernah bercuci. Bila Ina pindah, Ina cuma bersihkan guna bulu ayam untuk buang habuk. Memang hitam legam tambahan pulak lokasinya agak terceruk tu yang menambah faktor suis tu tak diendahkan.

Ni gambar sebelum - memang berdaki.

Ni jari Ina masa tengah sapukan suiz dengan Crystal Sand.

 Separa siap-nampak hasilkan.

Siap bahagian luaran-celah2 tu dah tak muat jari.=)

Berbeza dengan gambar asal kan. 
Proses ni tak lama, lebih kurang 5-7 minit ikut kelajuan jari anda menggosok. 
Kat bawah ni gambar suiz yang agak berkarah jugak-dicuci dengan air tapi masih meninggalkan kesan kuning.
berbeza suis baru dan lama.

Ok, isu sini bukan suis tapi keupayaan Crystal Sand ni.  Suis mungkin kita boleh tukar yang baru tambahan pulak zaman sekarang terdapat banyak jenis suis yang menarik. 
Apa yang Ina nak tekankan di sini ialah kuasa Crystal Sand ni.  Kotoran degil yang tidak dapat dicuci dengan cara biasa (tenyeh2/gonyoh2 suis tu dengan air/sabun) boleh dihilangkan hanya dengan menggosok2 manja menggunakan Crystal Sand ni. Menarikkan.

Adik Ina ada juga buat demo pada iron yang ada kesan hangus kain, boleh dihilangkan dengan Crystal Sand ni sekejap sahaja.
Untuk makluman, Crystal Sand ni lembab-semasa menggosok crystal sand ni akan mencair-sebab tu tak perlukan air sewaktu menggosok Crystal Sand dan selepas selesai menggosok boleh lap barangan dengan kain/tisu.

Sesiapa yang berminat dengan Crystal Sand ni boleh call / sms ke nombor berikut:-
Ina- 012-3731595
Mizi - 019-2181987
Yati - 019-2191987
En. Omar - 012-5762756 (Teluk Intan, Perak)

Sesiapa yang duduk di area berdekatan dengan Nilai boleh COD. Yang jauh2 boleh dipos.

Harga Jualan 
RM45.00/kg
RM10.00 setiap 110 gram

Mahal? Taklah sebab 1kg tu banyak dan penggunaannya yang efektif (guna sikit tapi memberi kesan yang banyak) amat menjimatkan.
Boleh test dengan pembelian 110gram.

p/s - lepas ni berscrub dengan Crystal Sand ni. =)

Rumah apa ni?

Rumah apa ni?
Jom tengok!
|

|

|
Oh, rumah kunci rupanya. =)
Ini adalah item 2 dalam 1. Ina suka idea ni. 
Tempat menyimpan juga sebagai keychain.
Tengok gambar di bawah.
Gantungkan ia bersama kunci-kunci lain. 
Tersorok kuncinya di dalam rumah mini. 
Ia menjadikan tempat kunci anda lebih menarik dan kreatif.
Boleh dipelbagaikan rupa parasnya, tak semestinya design rumah untuk kunci rumah kan.

Hand Puppet & Angry Bird - Edisi Percubaan

Edisi Percubaan untuk hand puppet dan Angry Birds. 
Kerja nak cepat siap-sebab-nak cepat tengok hasil. 
So jadilah yang sangat tak seberapa ni.

 Pandangan dari atas
 Pandangan dari depan.
 
Hand Puppet ni Ina buat untuk main-main dengan Fakhruddin tapi boleh pulak Fakhruddin tak suka.
Kalo pakai dan buat2 nganga mesti Fakhruddin geleng2 sambil cakap "..nanak." aka taknak!.
Mungkin dia seram kot, sebab bila Ina pakai Ina akan makan tangan & kaki Fakhruddin...=)

Angry Birds yang garang.
 
Tak berapa kemas dan kecil. Sudah ada yang berminat nak order kesemua jenis Angry Bird,
tapi utk customer kena jahit lebih berhati-hati dan Ina kena besarkan lagi saiznya. Baru puas hati.

Kerinduan yang terlalu...

Ibu rindu Fakhruddin.
Sangat-sangat rindu.
Belum pernah lagi tidur ibu tanpa Fakhruddin.
Belum pernah lagi sehari hidup Ibu tanpa wajah Fakhruddin.
Tapi sekarang..Ibu perlu laluinya untuk 04 hari.
04 hari yang Ibu rasa seperti 04 bulan.
04 hari ibu berendam air mata rindukan wajah Fakhruddin.
Ibu rindukan suara, gelak tawa, tangis, jeritan dan keletahmu Fakhruddin.
Ibu rindukan tendangan bola anak ibu, rindukan bunyi kereta diseret oleh badan montelmu Fakhruddin.
Ibu rindu Fakhruddin.
Sehari sudah berlalu ditemani air mata dari saat melambaimu sehingga dini hari.
Detik2 siksaan sebegini menguatkan lagi semangat ibu untuk lebih maju dalam bidang kraf ini..
langsung sentiasa di sisimu setiap masa..sehingga Ibu boleh lepaskan ikatan dengan syarikat gergasi ini.
Ya..saat sebegini mengukuhkan lagi azam ibu untuk segera langsaikan apa yang perlu supaya ibu dapat berhenti kerja yang mengikat masa ibu dengan anak ibu.
Fakhruddin yang ceria..
Ibu tau Fakhruddin pun rindukan Ibu dan ayah...
tapi anak Ibu tetap ceria walau jauh di kampung bersama atuk dan wan.
Sabtu nanti..
Ibu akan balik jemput Fakhruddin.
Ibu rindu Fakhruddin..
Rindu sangat-sangat.
Fakhruddin yang comel.
 Fakhruddin yang soleh.
 Belahan jiwa Ibu.
 Ibu rindu..rindu...RINDDDUUUUUU.....
waa....isk..isk...waa....
cepatlah hari sabtu.

Aktiviti waktu cuti.

Cuti ni rumah Ina penuh dengan adik beradik dan saudara mara datang silih berganti.
Sebab mak dan abah ada kat rumah jaga Muhammad Fakhruddin.
Pengasuh balik kampung untuk sunatkan anak sulungnya.
Mak dah datang sejak 04hb lagi tapi jumaat lalu baru dapat keluar sama-sama
sebab En. Abang sayang kerja syif.

Jumaat malam-keluar makan2 & jalan2.

Muhammad Fakhruddin with tembikai.
 Adik Bongsu-Ida dengan bakal tunangnya-Hafiz.
Majlis tunang CNY nanti.

 Me and my beloved hubby. Thanks bang sudi belanja pizza dengan ucapan..
Terima kasih daun keladi..sok lusa belanja ler lagi.=)
 Pengantin baru, Adik bawah Ina-Joe dengan isterinya Ros.
Majlis kenduri awal tahun depan. 
Masih rindu-rinduan katanya sebab masih tidak se-bumbung walaupun se-bandar.
 Tok yang terer pakai pisau dan garfu. Cayalah tok =)

Lepas tu bawak tok pi airport jap, nak tengok kapei terebang katanya.
Ni amik gambar masa dah nak balik.
Mana Fakhruddin? heheh dibelakang tok-tengok tingkat bawah.
Tak berbaju sebab baju dah kena muntah.
Main sangat-berlari ke sana ke mari ikut budak-budak lain yang berlari.
Fakhruddin kan..suka sangat berkawan. Tak kenal pun takpe asal dapat main sama.
Baju spare tak bawak + de kedai jual baju budak2 yang harga mampu milik =) pun dah tutup sebab dah lewat sangat. Sampai balik ler tak berbaju.

Sabtu Mak sedara sampai. 
Muhammad Fakhruddin nak berkawan. Abang Najmi pinjam keretanya..
Akhirnya dia naik sama. Abang Najmi agak takut dengan Fakhruddin sebab Fakhruddin lebih agresif dari Abang Najmi yang lebih tua 03 bulan.

Ahad - Majlis Pertunangan Yati-BFF Ida.
Sebelah kanan Ina Kak Awin, Kak Ipar-Wife Bemi (Abang Mie)
Sebelah kiri Ina Yati, adik Ipar -Wife Jie
Abah, ayah pengantin & Bemi.
Siapa cam ayah pengantin tu?..
Ya..itulah Zek Lokman-Pengarah Filem Mendam Berahi.
kalau tak silap Zek Lokman yang memperkenalkan maya Karin di Malaysia dalam filem apa ntah dengan si Opie Zami dan Danny X-Factro. Tak Ingat filem ape.

Habis kenduri ramai-ramai lepak rumah Jie. Mak, Abah dan tok nak tidur rumah Jie malam tu sebab dah banyak malam rumah Ina. Rumah Ina dan Jie tak jauh pun.
IngsyaAllah bulan Februari nanti makin dekat sebab Ina dah beli rumah dekat2 rumah Jie.
Hujung Januari nanti baru pindah. Tu sebab Ina agak busy sekarang mengurus pinjaman dan sebagainya. Ni pun belum start pack barang lagi.

Isnin abah balik pahang, untuk tandatangan borang duit ehsan RM500.00 tu. Terpaksa Ina izinkan Fakhruddin ikut sebab pengasuh sambung cuti, cuti tahun Ina pulak dah habis.
Dan mereka ramai-ramai suh Ina belajar2 berpisah dengan anak, sebab Ina memang langsung tak bley pisah.
Apa lagi ibunya berendam air mata sedangkan Fakhruddin dengan riangnya melambai2 ikut atuk, wan dan oyangnya balik kg.
Oh anak!

Bunga-bunga di rambut dan tudung.

Hair Clips
Ungu + Kuning
Coklat + Oren
 Pink + Kelabu. 
Beserta brooch kecil.
 Contoh pemakaian Brooch.
Saya akan buat banyak lagi untuk ready-made stocks.
Jika berminat bolehlah request warna dan design anda sendiri.

Order Ami - My Friend

Permintaan Ami, bekas rakan di tempat kerja. Ami dah resign untuk sambung belajar.

Bahagian belakangnya - Si Kumbang dan bunga-bungaan.
Belajar rajin-rajin yer Ami, nanti dah tamat belajar bley jadi manajor. =)
Saiz :  12" x 18"
Warna : Ungu Muda

Order Hidayah, KL

Order Hidayah dari KL untuk si Putera Rayyan.
Di bahagian belakangnya pulak.
Semoga Hidayah sukakannya.

Order Nadia - Birthday Pillow

Ini order dari Nadia, Sabah. Bantal untuk birthday kawannya Fecca.

 Ini bahagian belakangnya, mummy with baby boy.
Bantal bersaiz 12" x 12"
Dipos terus ke pejabat Fecca. Diharap Fecca sukakannya.

Ninja Demuk


Salam semua,

Hari ni Ina Cuma nak post pasal ninja demuk kat bawah ni jer. Ninja Demuk ni adalah Car Hanging untuk diberikan sebagai hadiah ulangtahun abang Ina yang ke-36 pada 11-11-11 baru ni
 
 
Last minute punya kerja =)

 
Itu aje. Jumpe lagi.

Episod Mengganti Order

Pernah tak kengkawan yang menerima tempahan tersalah bikin tempahan customer. Customer request design lain..design lain yg terhasil. Tersilap pilihan warna, saiz dan macam2 lagi kesilapan yg boleh berlaku jika kita tak betul2 beri perhatian pada tempahan tersebut.

Baru-baru ni Ina mengalami keadaan sedemikian. Customer order 3 bantal dengan 3 warna berbeza. Hasilnya setiap bantal tu semua dah bertukar warna pilihan. Ina sedar bile bantal telah selamat tiba pada customer then, customer complaint. Apekah perasaan waktu tu?? pasti takut kna marah kan, sebab customer dah bayar sejumlah wang dan percaya yang kita boleh hasilkan impiannya yang mahukan designnya menjadi realiti.

Berkali-kali Ina minta maaf sebab inilah kali pertama terjadi pada Ina. Puncanya...tentulah tidak beri perhatian. kenapa tak beri perhatian? sebab fikiran serabut. Ina nak pulangkan duit semula tapi customer tak mau, dia nak Ina watkan yang baru untuk replace yg salah warna tu. Utk boy biasanya memang sesuai warna birukan, tapi Ina dah terbuat warna pink..Punyalah tak alert.

So, inilah hasilnya. Terima kasih sangat kepada beliau sebab memahami dan percaya. Bimbang juga dia marah then hambur macam2 kat FB..tapi Alhamdulillah dia sangat bertimbangrasa.

Pernah terebih due date. Ini biasa terjadi pada Ina. Sometimes ianya memang tak dijangka. Bila Ina nak receive order, Ina akan refer kalendar, tugasan pejabat dan jadual syif abang untuk tentukan due date/utk sahkan the next order. Ina tidak akan dapat kejar due date jika ada gangguan lain pada ketiga-tiga rujukan Ina tadi. 

Macam minggu ni..dari jumaat-Ahad Ina ke Perak untuk majlis nikah adik. Isnin  bawa anak ke Klinik utk cucuk sethn setengah, then dia demam. Tepaksa emergency leave Isnin tu. Selasa pagi-lunch time ada meeting n dpt task utk disiapkan petang khamis. Jumaat kira dh kna complete all the process. Selasa petang ada talk dari management berkenaan keadaan semasa syarikat. Rabu-Khamis ada course, Seb baik course dekat2 dgn ofis, boleh lari2 time rehat sambung kerja. Habis course pukul 5.30 kna balik opis dulu smbung kerja...tpi dlm masa yg sama kna balik awal sbb anak demam. mana nak pilih? Mana lebih penting? Malam...of course kepenatan otak dan kena melayan kerenah anak yg demam dan merengek2 disamping tugasan2 lain seorang isteri. Habis tu masa bila nk siapkan order?? Saya biasa mula process order seawal jam 11.30 sebaik anak tidur sehingga mengantuk. Paling lewat smpai kul 5 pg baru tidur. Keesokannya nak mulakan rutin macam biasa awal pagi.  Macam mana nak berjaga malam... NESCAFE ler...=)

Dulu masa bujang dan tak terlibat dengan craft ni suka bawak balik keje kerumah. Tapi sekarang xboleh nak amalkan macam tu lagi. Tambahan pula masa kite sekarang semakin pendek..Bersama anak cuma ada beberapa jam sahaja dari 7 mlm -  11 mlm. Tu belum tolak time mandi, masak n kerja2 lain. Berapa jam je bley spend time dengan anak, main kejar2, gelak2 ketawa, main nyorok2..2-3 jam jer kan..

Bila listkan semua tu, terfikir pulak macam mane yer life business2 women yang berjaya2 kat luar sana nun..macam mana yer mereka bahagikan masa...

Walaubagaimanapun kepayahannya, kita tetap akan teruskan sebab kita minat kan..? =) Semoga kita semua akan tabah dan kuat semangat untuk menjayakan apa jua yang sedang kita usahakan ini. Amin..

Order Hidayah dari Kuala Lumpur

Order dari Adik Hidayah, Kuala Lumpur.
 Design oleh Adik Hidayah sendiri.
Bantal Berhias/Bantal Bercorak/Creative Pillow/Cute Pillow
Apa2 jelah panggilannya kat internet ni kan...
Bantal ni bersaiz 12" x 18".
Sok nak pos segera, sabar ye Hidayah..=)

Entry Majmuk

Lama sungguh tak update blog with normal reason, B.U.S.Y.  Busy di rumah, di opis, kursus, urusan peribadi dan macam-macam perkara tiba serentak. Smpaikan de order yg masih belum dapat disiapkan. Terima kasih kepada customer yg memahami keadaan.
"Dah tau busy kenapa terima order..? wah..pasti terkeluar soalan ni kan..  Busy itu datang selepas order diterima dan disahkan. 
Oleh kerana lama tak update hari ni Ina wat sume sekali dalam satu entry..jimat masa. Firstly Ina nk share wrestlet baru Ina kat sini..ganti wrestlet yang lama.

 Made by PVC and Felt

Kemudian nak enteprem bantal bergambar, produk baru. Tapi gambar couple ni dibuat sendiri oleh tuannya yang anggap dirinya tak berapa nk seni. Tapi dia sanggup susah payah gunting and jahit sendiri demi BFnya yg nk kerja jauh. Kira kenang-kenanganler ni. 
Ina cuma selesaikan bahagian iron dari transfer paper jer.


Yang ni plak untuk diri sendiri, Ina printkan gambar 02 hero ni. Gambar telah diiron ke kain belacu. Sampai sekarang masih belum sempat untuk dijahit.
 
 Yang ni plak keychain dan klip rambut untuk dijadikan doorgift kursus. Sempat atau tak..tak tahulah. Patern dari pakcik google.
 Yang ni tak berkenaan, tapi nk letak jugak. Jumpa ni masa jalan-jalan kat uptown Nilai (depan Tesco) Ada individu bertuah yang memiliki koleksi duit2 lama, duit dari sebelum merdeka lagi dah ada. Artifak sejarah yang sangat bernilai.
 Ini beg yang baru diterima dari blog Mae Cabanon, murah dan sangat memuaskan hati. De rezeki nanti bley order lagi. Silalah jenguk blog Mae Cabanon dan tengok sendiri hasil tangan tuan punya blog yang sangat halus ni.
Lastly silalah tatap gambar buah hati pengarang jantung, belahan jiwa ragaku ini..hehehe..
Muhammad Fakhruddin bin Faezal yang sangat bijak, comel, soleh dan segala sifat yang baik lah..(sape lagi nak puji kalo tak ibunya..) hehehe
 Pantang nampak kamera, mesti nak bergambar..tapi tak menahan kalo bab tolong tambahc sepahkan bilik jahit ibu.