Baru-baru ni Ina mengalami keadaan sedemikian. Customer order 3 bantal dengan 3 warna berbeza. Hasilnya setiap bantal tu semua dah bertukar warna pilihan. Ina sedar bile bantal telah selamat tiba pada customer then, customer complaint. Apekah perasaan waktu tu?? pasti takut kna marah kan, sebab customer dah bayar sejumlah wang dan percaya yang kita boleh hasilkan impiannya yang mahukan designnya menjadi realiti.
Berkali-kali Ina minta maaf sebab inilah kali pertama terjadi pada Ina. Puncanya...tentulah tidak beri perhatian. kenapa tak beri perhatian? sebab fikiran serabut. Ina nak pulangkan duit semula tapi customer tak mau, dia nak Ina watkan yang baru untuk replace yg salah warna tu. Utk boy biasanya memang sesuai warna birukan, tapi Ina dah terbuat warna pink..Punyalah tak alert.
So, inilah hasilnya. Terima kasih sangat kepada beliau sebab memahami dan percaya. Bimbang juga dia marah then hambur macam2 kat FB..tapi Alhamdulillah dia sangat bertimbangrasa.
Pernah terebih due date. Ini biasa terjadi pada Ina. Sometimes ianya memang tak dijangka. Bila Ina nak receive order, Ina akan refer kalendar, tugasan pejabat dan jadual syif abang untuk tentukan due date/utk sahkan the next order. Ina tidak akan dapat kejar due date jika ada gangguan lain pada ketiga-tiga rujukan Ina tadi.
Macam minggu ni..dari jumaat-Ahad Ina ke Perak untuk majlis nikah adik. Isnin bawa anak ke Klinik utk cucuk sethn setengah, then dia demam. Tepaksa emergency leave Isnin tu. Selasa pagi-lunch time ada meeting n dpt task utk disiapkan petang khamis. Jumaat kira dh kna complete all the process. Selasa petang ada talk dari management berkenaan keadaan semasa syarikat. Rabu-Khamis ada course, Seb baik course dekat2 dgn ofis, boleh lari2 time rehat sambung kerja. Habis course pukul 5.30 kna balik opis dulu smbung kerja...tpi dlm masa yg sama kna balik awal sbb anak demam. mana nak pilih? Mana lebih penting? Malam...of course kepenatan otak dan kena melayan kerenah anak yg demam dan merengek2 disamping tugasan2 lain seorang isteri. Habis tu masa bila nk siapkan order?? Saya biasa mula process order seawal jam 11.30 sebaik anak tidur sehingga mengantuk. Paling lewat smpai kul 5 pg baru tidur. Keesokannya nak mulakan rutin macam biasa awal pagi. Macam mana nak berjaga malam... NESCAFE ler...=)
Dulu masa bujang dan tak terlibat dengan craft ni suka bawak balik keje kerumah. Tapi sekarang xboleh nak amalkan macam tu lagi. Tambahan pula masa kite sekarang semakin pendek..Bersama anak cuma ada beberapa jam sahaja dari 7 mlm - 11 mlm. Tu belum tolak time mandi, masak n kerja2 lain. Berapa jam je bley spend time dengan anak, main kejar2, gelak2 ketawa, main nyorok2..2-3 jam jer kan..
Bila listkan semua tu, terfikir pulak macam mane yer life business2 women yang berjaya2 kat luar sana nun..macam mana yer mereka bahagikan masa...
Walaubagaimanapun kepayahannya, kita tetap akan teruskan sebab kita minat kan..? =) Semoga kita semua akan tabah dan kuat semangat untuk menjayakan apa jua yang sedang kita usahakan ini. Amin..
anyway, thanks ye ina.. xpe, dah biasa beli online ni.. penah kena tipu pun.. tp xpe, asal niat kite baik n berserah pd allah, semua akan ok.. hehe..
ReplyDeleteHi Ina,
ReplyDeleteooo takpe, manusia kan tak lepas dari kesilapan cuma kalau boleh, jangan ulangi lagi.
Kak Yati buat order so far, takde silap lagi. Sebab penting kita siapkan order masa kita tenang dan fokus, bukan masa kepala serabut. :)
Selamat Hari Raya Haji, Ina.
hebat adik akak ni,,moga terus diberi semnagat dan kesabaran menempuh cabaran..akakkk? akak belum sampai seru lagi.....hehe masih suam2 kuku hihi
ReplyDelete