"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Order, hadiah GA & aksesori kereta

Salam Ramadhan semua. Dipenghujung Sya'ban&July ni Ina nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakan taulan, sahabat handai, saudara seagama terutamanya pelanggan-pelanggan yang banyak berkorban masa menunggu order disiapkan. Ina juga nak memohon kemaafan kepada semua dan semoga kita semua dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk membuat ibadat di bulan yang sangat diberkati ini.

ok, pertama Ina nak post pasal order Jaja dari Gambang, Kuantan. Jaja nakkan Car Hanging berupa camera CCTV. 



Kedua pasal Hadiah GA yg Ina menang dari crafter Nurul Farhan. Cantik sangat hasil kerja Nurul Farhan. Boleh lawat blognya di http://amira-niza.blogspot.com. dan boleh search Nurul Farhan di FB.
 Ketiga pasal Neck Rest Pillow yang baru Ina hasilkan. Untuk kereta sendiri. Sebenarnya dah lama nak buat tapi asik tak menyempat jer. Sangat minima hiasannya sebab dah malas nak fikir. Nanti bila fikir makin lama plak dan bila dah lama nanti takut tak jadi pulak nak buat. Hehehe..sudahnya jadilah yang very plain.=)
 Ukuran lebih kurang 08" x 11".
 Bila untuk diri sendiri, macam nilah jadinya..hehehe 
sgt simple kan.
Tada.... walaupun simple tapi Ina sangat sukakanya. =P

Order Member Sekerja

Ini order dari Kak Salina. Kak Salina nak hadiahkan untuk practical student di unitnya.
Ina campurkan kekabu dan fiber didalamnya. Dan hasilnya sangat Ina suka.
Gebu tapi still sedap utk diletak kepala.

Ini pula order dari Kak Airah juga untuk dijadikan hadiah.
Untuk bantal ini ina gunakan 100% kekabu.

kedua-dua bantal bersaiz 12" x 18"

Terima kasih Kak Salina & Kak Airah. Semoga menyukainya.

Order Niera dari Mentakab Pahang

Puan Niera ni kawan sekelas masa sekolah di Sek Men Agama Maran (1996-1998). Lepas Ina bertukar ke sekolah teknik terus jarang-jarang berhubung. Kuasa FB memang tak dinafikan dalam urusan mengeratkan silaturahim nih.

Bantal dah pun dipos ke Mentakab. Ina suka sebab Niera pun sukakan bantal2 baru untuk kedua2 cahaya matanya.

Terima kasih Niera @ muyah.

The winner is

Salam semua. Terima kasih kerana telah menyertai dan memberi sokongan kepada Ina untuk memeriahkan industri blog dengan GA yang tak seberapa ni.

Dan terima kasih kerana sudi menunggu saat-saat pemenang diumumkan. Minggu ni agak busy dan agak terbatas untuk online. Lepas post entry ni pun terus nak bersiap balik Maran, Pahang untuk kenduri kakak sedara.

Pemenang untuk cabutan bertuah telah dipilih secara cabutan undi. Mereka yang bertuah ialah :-


Dan pemenang untuk Hadiah Utama telah dipilih dan diadili keatas setiap syarat yang dikenakan. Dan sgtlah terpikat dengan entry beliau yang sgt kreatif dan perlukan masa untuk mengarang. So hadiah tersebut untuk beliau atas usaha gigih beliau membuat entry yang kreatif dan memikat hati.hehehe (tak kisahlah bodek ke ape asalkan gigih) =p.
Beliau ialah :-


Tahniah kepada pemenang-pemenang.
Emailkan nama penuh, alamat, phone, design & warna ke alamat berikut
cemmomile@yahoo.com.my

Order dari En. Kumar, KLIA

En. Kumar mahukan gambar kereta pada bantal.
dan keretanya..
Hope En. Kumar sukakannya.

Flannel+Felt+Kekabu
12" x 18"

Bunga-bunga Matahari

Sebelum tu jom ramai-ramai kita nyanyi lagu Bunga Matahari.
"Buuunga Matahari sangat cantik..kembang diwaktu pagi..."
ohhh..!!! tak ingat lirik, lagu masa darjah 3.
 Order Seriati dari Kuching, Sarawak. 
Seriati nakkan 05 pcs keychain dan 05 pcs car hanging
bermotif bunga matahari pelbagai saiz.
Car Hanging.
Keychains

Semoga Cik Seriati akan berpuas hati.
Terima kasih kerana menjadi pelanggan Cemmomile Craft.

Sukakkanya??!!. Klik untuk joint GA dan menang cabutan bertuah Keychain dan Car Hanging pilihan anda.