"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Raja Jembal - Keturunannya di cari.


Siapa pernah dengar pasal Raja Jembal?
Ina dari kecil selalu dengar kisah sejarah Raja Jembal, Che Siti Wan Kembang dan Puteri Saadon. Nama2 berikut sering masuk ke telinga sebab sering diceritakan oleh nenek sebelah mak Ina (Ina panggil Mok).
Dan yang paling tak bley lupa pasal pantang larang makan Ikan Kacang/Sekacang yang mana menurut cerita Mok ikan kacang telah menolong raja menutup bocoran di kapal semasa raja melarikan dari serangan pihak yang nak ambil alih kuasa raja.

Dan setiap kali berhimpun bersama saudara-mara mesti ada kisah-kisah hebat mengenai tahap ke-walian dan ke-sufian keturunan Raja Jembal dan keturunannya diceritakan pada generasi2 baru yang memang kurang minat pasal sejarah walaupun sejarah diri sendiri. Dan rasanya sesiapa yang benar-benar dari salahsilah keturunan Raja Jembal mesti sedar kan yang mesti ada dikalangan keluarga anda yang mungkin ada ilmu-ilmu tertentu. Cuma ianya terletak pada diri kita bagaimana nak bawa ilmu tu samada ke arah kebaikan atau ke neraka jahanam.

Dan masa BW Ina singgah ke blog Maharum Bugis Shah (MBS) yang membawa terus ke blog Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan yang sedang mencari, mengesan dan berusaha menghimpunkan sekalian waris dan keturunan Raja Jembal di dalam dan yang telah berhijrah ke luar Kelantan.

Dalam kes Ina, kami adik beradik dah kehilangan panggilan nama 'Che' yang telah diterima dari nenek moyang dari 'Wan' dan seterusnya ke atas. Ini kerana mak Ina yang 'berketurunan' telah berkahwin dengan ayah Ina yang bukan dari keturunan Raja Jembal maka 'Che' tu automatik tak boleh digunapakai lagi telah gugur. Dan ianya sememangnya tidak boleh sewenangnya nak dipakai atau nak buang digugurkan.

Sepupu-sepupu lelaki Ina yang dari ayah saudara ramai masih mengekalkan gelaran 'Che' pada anak-anak mereka untuk mereka tahu dan kenal sejarah diri sendiri. Dan seorang abang sepupu Ina meninggal dunia semasa kecil akibat demam dan khabarnya ada kaitan dengan gelaran 'Che' yang sepatutnya dia terima tapi telah tidak digunakan oleh ayahnya semasa memberikannya nama. Apapun itu sudah ketentuan dan cuma Allah swt yang maha Mengetahui.

Tambahan /kemaskini cerita bila teringt:-
Tempat tidur nenek dan atuk Ina semua dari jenis kain baldu bewarna kuning keemasan. Dan kain kuning juga perlu dibentangkan masa nak bersalin.

Sesiapa yang membaca artikel Ini dan berketurunan Raja Jembal, boleh lah ke PKRJK untuk mengetahui cara mendaftar sebagai ahli. Buke apo..cumo nok kese woghih2.

Order Member

PUTERA & AMIRAH
Untuk birthday Amirah yang bakal tiba.