"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."
Showing posts with label 8" x 16" (Baby). Show all posts
Showing posts with label 8" x 16" (Baby). Show all posts

Order Kawan Sekolah, rindu kamu...

03 biji bantal kecil, order dari kawan sekolah Ina dulu. Sangat merinduimu...Imah. Imah ni sangat penyabar, penyayang, prihatin, lembut hati, sangat beradab, menjaga pergaulan, Imam solat masa kat hostel dulu,  bersuara lunak dan manis-ada iras-iras Rani Mukherjee bila dia senyum. Sanggup melepaskan cita-citanya demi tidak menyusahkan kedua orang tuanya. Ina pernah gak bercita-cita nak buatkan Imah ni kakak ipar..hehehehe..Tapi yelah jodoh pertemuan ketentuan Yang Esa. Memang beruntunglah suaminya mendapat isteri mcm Imah ni.


Semoga Imah sentiasa dibawah Rahmat dan Redha Ilahi serta mendapat kebahagian yang dicari-cari.

Order Fariha

Order Fariha.
Fariha mahukan bantal flannel berukuran 08" x 16" untuk dihadiahkan kpd baby kawannya.
Fariha nakkan yang simple saje.

Sambil2 tu jom layan gambar-gambar kat bawah ni.
 Ni gambar Fakhruddin bersama Tok & Toki.
Gambar di ambil di parking area tepi Terminal 1, Seremban.

 Ni gambar semalam.
Sementara menunggu Ibunya mendaftar mengundi, Fakhruddin amik kesempatan naik jet pejuang ni.
Free jer-takyah masuk syiling pun. 
Lokasi-Giant Nilai.
Nilai 03 - bawah bumbung biru.
Sesaje jalan bawak tok & toki yang nak mencari kain langsir.
Gambar tu edit tak jadi-tapi sebab dah malas nak edit lagi. 
Lantak ler kan.

Order Cik Sizuka

Bantal bertemakan bola-bola.
Darwisy yang menyambut ulangtahunnya yang ke-2 pada 17 Februari lalu.
Diharapkan Darwisy akan menyukainya.

Order Yati dan Cik Sri

Order Yati untuk anak-anak saudaranya.
Ini pulak order Cik Sri juga untuk anak saudaranya, peminat ultraman.
Semoga Yati dan Cik Sri sukakannya.

Order Yati - Saiz 8" x 16"
Order Cik Sri - Saiz 12" x 18"

Episod Mengganti Order

Pernah tak kengkawan yang menerima tempahan tersalah bikin tempahan customer. Customer request design lain..design lain yg terhasil. Tersilap pilihan warna, saiz dan macam2 lagi kesilapan yg boleh berlaku jika kita tak betul2 beri perhatian pada tempahan tersebut.

Baru-baru ni Ina mengalami keadaan sedemikian. Customer order 3 bantal dengan 3 warna berbeza. Hasilnya setiap bantal tu semua dah bertukar warna pilihan. Ina sedar bile bantal telah selamat tiba pada customer then, customer complaint. Apekah perasaan waktu tu?? pasti takut kna marah kan, sebab customer dah bayar sejumlah wang dan percaya yang kita boleh hasilkan impiannya yang mahukan designnya menjadi realiti.

Berkali-kali Ina minta maaf sebab inilah kali pertama terjadi pada Ina. Puncanya...tentulah tidak beri perhatian. kenapa tak beri perhatian? sebab fikiran serabut. Ina nak pulangkan duit semula tapi customer tak mau, dia nak Ina watkan yang baru untuk replace yg salah warna tu. Utk boy biasanya memang sesuai warna birukan, tapi Ina dah terbuat warna pink..Punyalah tak alert.

So, inilah hasilnya. Terima kasih sangat kepada beliau sebab memahami dan percaya. Bimbang juga dia marah then hambur macam2 kat FB..tapi Alhamdulillah dia sangat bertimbangrasa.

Pernah terebih due date. Ini biasa terjadi pada Ina. Sometimes ianya memang tak dijangka. Bila Ina nak receive order, Ina akan refer kalendar, tugasan pejabat dan jadual syif abang untuk tentukan due date/utk sahkan the next order. Ina tidak akan dapat kejar due date jika ada gangguan lain pada ketiga-tiga rujukan Ina tadi. 

Macam minggu ni..dari jumaat-Ahad Ina ke Perak untuk majlis nikah adik. Isnin  bawa anak ke Klinik utk cucuk sethn setengah, then dia demam. Tepaksa emergency leave Isnin tu. Selasa pagi-lunch time ada meeting n dpt task utk disiapkan petang khamis. Jumaat kira dh kna complete all the process. Selasa petang ada talk dari management berkenaan keadaan semasa syarikat. Rabu-Khamis ada course, Seb baik course dekat2 dgn ofis, boleh lari2 time rehat sambung kerja. Habis course pukul 5.30 kna balik opis dulu smbung kerja...tpi dlm masa yg sama kna balik awal sbb anak demam. mana nak pilih? Mana lebih penting? Malam...of course kepenatan otak dan kena melayan kerenah anak yg demam dan merengek2 disamping tugasan2 lain seorang isteri. Habis tu masa bila nk siapkan order?? Saya biasa mula process order seawal jam 11.30 sebaik anak tidur sehingga mengantuk. Paling lewat smpai kul 5 pg baru tidur. Keesokannya nak mulakan rutin macam biasa awal pagi.  Macam mana nak berjaga malam... NESCAFE ler...=)

Dulu masa bujang dan tak terlibat dengan craft ni suka bawak balik keje kerumah. Tapi sekarang xboleh nak amalkan macam tu lagi. Tambahan pula masa kite sekarang semakin pendek..Bersama anak cuma ada beberapa jam sahaja dari 7 mlm -  11 mlm. Tu belum tolak time mandi, masak n kerja2 lain. Berapa jam je bley spend time dengan anak, main kejar2, gelak2 ketawa, main nyorok2..2-3 jam jer kan..

Bila listkan semua tu, terfikir pulak macam mane yer life business2 women yang berjaya2 kat luar sana nun..macam mana yer mereka bahagikan masa...

Walaubagaimanapun kepayahannya, kita tetap akan teruskan sebab kita minat kan..? =) Semoga kita semua akan tabah dan kuat semangat untuk menjayakan apa jua yang sedang kita usahakan ini. Amin..

Bantal Ekspress

Sebelum balik kampung beraya, sempat lagi siapkan dua biji bantal. Cantum2 perca kain flanel yg ada.
 Depan
Belakang

Bantal ni ler diusung Nilai-Maran-K.Terengganu-Maran-Nilai.
Buat peneman tidur Muhammad Fakhruddin.
Express?? sebab xsmpai 02 jam siap.. =)
Itu namanya..nak seribu daya..malas seribu dalih..hehehe

Dikesempatan ini Ina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk seluruh umat Islam di luar sana. Sambil kita bergembira, jgnlah dilupakan yg kurang bernasib baik.

Bantal Baru Fakhruddin & Alter Project

Kebelakangan ni agak busy sket. Kat opis musim audit..kerah minda dan tenaga lebih dari biasa, blik pun dah pnat. Dalam hati memberontak nak menjahit..tapi bile tenung mata anak dan suami, tak sampai hati pulak.

Jadi sedikit masa yang ada tu fokus lah untuk orang2 tercinta. Tambahan pulak Fakhruddin dah pandai berjalan..maka makin luaslah kawasan jajahannya. Baru 2 minit kemas..dah bersepah semula dengan mainannya.

Ada jugaklah buat mini tissue cover..tapi takdan nak publish..dah disambar orang. Dah siap yang second round nanti akan dipublishkan.

Yang kat bawah ni bantal peluk untuk Fakhruddin tersayang. Fakhruddin ni, kalau tido kat bawah suke maniarap. Kalau tido dalam buai, suka tutup muka dengan bantal. Bantal sekarang bantal kekabu. So Ina buatkanlah bantal baru untuk Fakhruddin. Ringanlah sket kalo nak tutup muka.Keseluruhannya handmade. Ukurannya lebih kurang 8" x 16". Just letak gambar kereta sahaja.

Kat bawah ni plak cover untuk pelindung cahaya matahari. Yang sedia ada dah dhaif sangat keadaanya. So, ina buatkanlah baju baru untuknya.Sebenarnya yang lama takder cermin muka. So ina letakkan lah cermin muka ni untuk kemudahan sendiri. Cermin ni diambil dari bekas bedak miyami. 01 tempat untuk pen dan 03 ruang untuk kertas2 atau resit2.Ni bahagian belakangnya. Idea nak wat ruang lagi..tapi macam semak jer kalo banyak2 sangat saku. Jadi Ina biarkan kosong ajer.