"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."
Showing posts with label Pillow Blue. Show all posts
Showing posts with label Pillow Blue. Show all posts

Order Fariha

Order Fariha.
Fariha mahukan bantal flannel berukuran 08" x 16" untuk dihadiahkan kpd baby kawannya.
Fariha nakkan yang simple saje.

Sambil2 tu jom layan gambar-gambar kat bawah ni.
 Ni gambar Fakhruddin bersama Tok & Toki.
Gambar di ambil di parking area tepi Terminal 1, Seremban.

 Ni gambar semalam.
Sementara menunggu Ibunya mendaftar mengundi, Fakhruddin amik kesempatan naik jet pejuang ni.
Free jer-takyah masuk syiling pun. 
Lokasi-Giant Nilai.
Nilai 03 - bawah bumbung biru.
Sesaje jalan bawak tok & toki yang nak mencari kain langsir.
Gambar tu edit tak jadi-tapi sebab dah malas nak edit lagi. 
Lantak ler kan.

Order Wani

 Order Wani untuk suami dan anak-anaknya.
Bantal Flannel yang comel2.
 ~ Abah ~
 ~ Rizqin ~
~ Danish ~

Semua bantal di atas berukuran 12" x 18".
Terima kasih wani kerana sabar menunggu.

Order Cik Sizuka

Bantal bertemakan bola-bola.
Darwisy yang menyambut ulangtahunnya yang ke-2 pada 17 Februari lalu.
Diharapkan Darwisy akan menyukainya.

Order Yati dan Cik Sri

Order Yati untuk anak-anak saudaranya.
Ini pulak order Cik Sri juga untuk anak saudaranya, peminat ultraman.
Semoga Yati dan Cik Sri sukakannya.

Order Yati - Saiz 8" x 16"
Order Cik Sri - Saiz 12" x 18"

Couple Pillow kak Naniey

Order dari Kak Naniey.
Untuk diletakkan di dalam kereta.
 Naniey
Roslee

Semoga Kak Naniey sukakannya.
Saiz 12" x 12"

Order Kak Airah

Repeat order dari Kak Airah. 

Hope Kak Airah sukakannya.

Order Kak Nida & Hadiah GA

Ini adalah Order dan Hadiah GA untuk Kak Nida yg sgt bertuah. Yang besar itu adalah Hadiah GA dan yang kecik tu order untuk adiknya yang tersayang.
Kak Nida ni sgt kreatif dan sangat bersungguh2 dengan setiap GA/contest yg disertainya.
Tambahan pulak Kak Nida ni selalu menggunakan puisi/pantun/kata2 yang sangat indah yang jarang ditemui dah sekarang ni. Teruskan perjuangkan bahasa melayu yang indah ini.
 Hadiah GA-Bantal besar seperti yang dijanjikan.
Bantal kekabu bersaiz 18" x 28" dengan design sendiri.
 Ini pula order untuk adik kesayangannya. Yang ni bersaiz 12" x 18".
Baru pos petang tadi. Harap Kak Nida akan sukakanya.
Ni blog Kak Nida untuk sape2 yang nk terjah.

Order Kawan dari Kempas, JB

Order yg lama diperam, baru sekarang siapnya. Mentang2ler member baik...hehehehe
Dari stay kat Labuan lagi ordernya, tapi sekarang dah balik Johor baru order nk dipos.
Imah mahukan 02 biji bantal untuk kedua anak terunanya.
Fahrieez..si abang yang sangat comel. Mata 100% ikut mama.
Fayruz yang baru sahaja lahir.
Terima kasih Imah sebab sudi tunggu.=)

Order Member Sekerja

Ini order dari Kak Salina. Kak Salina nak hadiahkan untuk practical student di unitnya.
Ina campurkan kekabu dan fiber didalamnya. Dan hasilnya sangat Ina suka.
Gebu tapi still sedap utk diletak kepala.

Ini pula order dari Kak Airah juga untuk dijadikan hadiah.
Untuk bantal ini ina gunakan 100% kekabu.

kedua-dua bantal bersaiz 12" x 18"

Terima kasih Kak Salina & Kak Airah. Semoga menyukainya.

Order Niera dari Mentakab Pahang

Puan Niera ni kawan sekelas masa sekolah di Sek Men Agama Maran (1996-1998). Lepas Ina bertukar ke sekolah teknik terus jarang-jarang berhubung. Kuasa FB memang tak dinafikan dalam urusan mengeratkan silaturahim nih.

Bantal dah pun dipos ke Mentakab. Ina suka sebab Niera pun sukakan bantal2 baru untuk kedua2 cahaya matanya.

Terima kasih Niera @ muyah.

Bantal Tidur (Flanel+Felt+Kekabu)

Ini order dari kawan2 adik dan Cik TC sayang.
Kesemuanya bantal tidur untuk anak2 tersayang.
Kombinasi Flanel+Felt+Kekabu (2F+K) =)

Order Kak Fuada.

 
Order Kak Faida

Order Cik TC

Ni bahagian belakang bantal Cik TC.

Ukuran Bantal 12" x 18"
Isi dalam - Kekabu
(Klik untuk lihat harga)