"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."
Showing posts with label Keychain. Show all posts
Showing posts with label Keychain. Show all posts

Goodies - Order dari Din & Rabiah

Order ni dua  tiga bulan lepas dah penyerahannya, cuma baru ni jer ada mood nak update di blog.
150pcs keychain berlogo MAS untuk Din & Rabiah. Pasangan pengantin baru ni kerja satu syarikat dengan Ina cuma berlainan Jabatan.

 
dan dibawah ni pula yang dah siap di sampulkan.

Asalnya pasanagan pengantin order 200pcs, tapi masa dalam proses tu Ina dah start mabuk teruk. Usahkan nak menjahit, nak angkat kepala pun tak larat. Balik kerja je terus melepek. 

Semoga Din & Rabiah berbahagia selalu hendaknya.

Berehat

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Lama Ina tak update blog yang satu ni. Ina minta maaf kerana terpaksa menolak pesanan daripada beberapa pelanggan. Ina sedang memberi ruang kepada diri sendiri supaya Ina boleh melebihkan masa bersama anak, suami, beberpa projek baru dan terutamanya pengurusan keluarga.
 
IngsyaAllah bila semuanya kembali teratur, Ina akan aktif semula. Permintaan yang ringkas2, dan tidak melibatkan due date yang pendek masih boleh Ina terima bergantung kepada stok bahan yang ada. Kepada kawan-kawan crafter yang masih ada masa ruang untuk buat bantal, boleh hubungi Ina dan Ina akan berikan nama dan nombor anda kepada pelanggan sebagai cadangan. Sebab kadang2 ada juga pelanggan yang tanya, kat mana lagi dia boleh order bantal.

Dibawah ni beberapa produk yang dihasilkan dalam ramadhan lalu.

Bantal Harijadi dari Cik Areyue.Berukuran 12" x 18".


Name Keychain juga sebagai hadiah kepada pemenang Giveaway by ::Kylelina::
Sebenarnya ada beberapa nama lagi, tapi entah kemana hilangnya gambar yang lain tu.

Ina sekarang juga tengah menyiapkan cross-stitch yang tergendala dan sedang merancang beberapa projek. Cuma kadang-kadang kekangan masa tu membuatkan semuanya hampir tak berjalan =).

Sebelum Ina menyudahkan entry kali ni, sekali lagi Ina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan, kawan-kawan crafter pelbagai kategori dan pengedar barangan craft yang beragama Islam. Ina juga memohon beribu kemaafan atas segala salah silap dalam masa berurusan. Semoga lembaran mendatang akan memberikan kita lebih semangat untuk menghasilkan sesuatu yang kita suka.

Keychain Nama

Order dari Sri, Serawak.
Ni kali ke-tiga Sri order, semuanya bertemakan bunga matahari.

Seri pernah order Keychain & Car Hanging 
serta gambar apron berbunga matahari untuk diframekan.

Semoga Sri sukakannya.

Keychain Kereta

Order dari Yana, kawan baru di tingkat bawah.
Yana mahukan 04 buah kereta.

Semoga Yana sukakannya.

Order Wanny, Muadzam Shah

Order dari adik Wanny dari Muadzam Shah, Pahang.
Berikut gambar yang telah diisihkan.
 ~Angry birds hitam~

~Angry birds merah~

~Alvin~

~Domo~

~Sponge bob~

~Love~

HP Case

Semoga Wanny sukakannya.

Order Kak Yong dan cerita Fakhruddin =)

Goodies, order dari Kak Yong untuk majlis khatam Al-Quran.
 Semoga Kak Yong sukakannya.
 Ni plak Muhammad Fakhruddin yang sibuk membasuh kenderaannya.
Ni seminggu sebelum pindah, lepas Ina basuh tikar2 untuk disimpan, 
ayahnya pulak ambil giliran basuh motor,
apa lagi, si kecil ni pun ambil kesempatan basuh sekali kereta dan basikalnya.
Muhammad Fakhruddin ni memang suka menolong,
Kalau nampak Ina angkat bakul kain ker, menyapu ker mesti laju jer dia nak tolong bawa/sapu sekali.
Tolong tumbuk sambal, tolong susun bantal, tolong bawa pinggan, semua nak dibuatnya.
nak plak kalau dah sebut perkataan 'tolong', mengamuk ler dia kalau tak bg dia tolong.
Yang paling tak tahan tolong bawak kain baju yg dah dilipat ke rak baju, 
confirm habis terburai susunan dan lipatan tu, 
tp Ina tetap ucapkan terima kaseh n hadiahkan ciuman macam biasa.
Pastu dengan riangnya dia jawab 'me' (sama2) dan berlari pi angkut 
sambil meburaikan-dengan-tak sengaja lagi kain2 tu.
Walaupun menambah kerja Ina, tapi Ina tetap nak dia tau dan rasa dihargai atas setiap pertolongannya. 
Supaya dia dapat rasa 'betapa gembiranya' dapat berikan pertolongan
Semoga sikap yang satu ni kekal dalam dirinya.

Coloufull of Love

Aksesori beg dan kunci.
 Berwarna-warni.
 12 pcs mewakili 12 warna.
 Kuning + Oren
 Ungu + Biru
 Pink + Merah
 Hijau + Turquoise

Diantara contoh penggunaanya seperti di bawah ni.




Menarik kan.

Semuanya masih available.
Bersaiz 3" x 3.5"
Harga RM4/pcs 
(disertakan dengan rantai kunci pilihan)

Cute Birdy

Adakah burung ini berbalong?

Oh, rupanya pakai sepit bunga =)

Berukuran lebih kurang 8cm panjang.
Jika berminat boleh ler pm/sms.

Angry Birds-Order dari Kak Wati

Ni order dari Kak Wati - 05 ekor angry birds. 
Tp Ina watkan 6 ekor utk Kak Wati.
 
Dah siap dibungkus.
Hope Kak Wati sukakannya.

Hand Puppet & Angry Bird - Edisi Percubaan

Edisi Percubaan untuk hand puppet dan Angry Birds. 
Kerja nak cepat siap-sebab-nak cepat tengok hasil. 
So jadilah yang sangat tak seberapa ni.

 Pandangan dari atas
 Pandangan dari depan.
 
Hand Puppet ni Ina buat untuk main-main dengan Fakhruddin tapi boleh pulak Fakhruddin tak suka.
Kalo pakai dan buat2 nganga mesti Fakhruddin geleng2 sambil cakap "..nanak." aka taknak!.
Mungkin dia seram kot, sebab bila Ina pakai Ina akan makan tangan & kaki Fakhruddin...=)

Angry Birds yang garang.
 
Tak berapa kemas dan kecil. Sudah ada yang berminat nak order kesemua jenis Angry Bird,
tapi utk customer kena jahit lebih berhati-hati dan Ina kena besarkan lagi saiznya. Baru puas hati.

Bunga-bunga Matahari

Sebelum tu jom ramai-ramai kita nyanyi lagu Bunga Matahari.
"Buuunga Matahari sangat cantik..kembang diwaktu pagi..."
ohhh..!!! tak ingat lirik, lagu masa darjah 3.
 Order Seriati dari Kuching, Sarawak. 
Seriati nakkan 05 pcs keychain dan 05 pcs car hanging
bermotif bunga matahari pelbagai saiz.
Car Hanging.
Keychains

Semoga Cik Seriati akan berpuas hati.
Terima kasih kerana menjadi pelanggan Cemmomile Craft.

Sukakkanya??!!. Klik untuk joint GA dan menang cabutan bertuah Keychain dan Car Hanging pilihan anda.

Keychain MAS lagi.

Order dari Lia
Dia mahukan keychain MAS yang tertera nama Lia luv Zikri 

Hope Lia menyukainya.
Terima kasih.

Ukuran diameter >< 3"
RM6.00

Order dari Temerloh.

Order dari Temerloh Pahang.

Keychain Satiah - RM2.00
Keychain W.M.I & F.L - RM1.50 / pcs

Akan dipos malam ni. Hope adik Mohd Izzat akan sukakannya.
Terima Kasih.

Keychain Nama (double sided)

Bunyi macam nak print jer kan...
Ni permintaan dari lia..
..dia nakkan namanya dan buahhatinya bersama.
(depan)

(belakang)

Hope si manis Lia akan sukakakannya.

RM3.00
(Rujuk produk&harga)

Keychain Nama

Keychain Nama

Idora - RM2.00
Ain - RM1.50
(Rujuk Produk&harga)