"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

:: Follow Me Here ::

Friday, February 17, 2012

Tissue Cover with Roses

Repeat Order dari Ain
 

 
 ~ atas ~
 ~ depan ~
 ~ sudut depan ~
~ sudut belakang ~
Harapan-semoga Ain sukakannya.

Tuesday, February 14, 2012

Lets go casting!!

Hujung minggu yang sepi. 
Semua keluarga Ina ke Grik, Perak untuk meraikan kenduri adik Ina kawin. 
Nikah dah selesai October tahun lalu, kali ni pergi untuk kendurinya.
Abang tak dapat nak cuti, jadi tinggallah Ina ajer yang tak dapat turut serta. 
Tapi masa nikah dulu Ina dah pergi, sangat seronok sebab sangat kampung dan keluarga mertua adik Ina sangat baik.

Sabtu malam kami berlibur di Dataran Nilai.
Sengaja bagi peluang Muhammad Fakhruddin berlari-lari sesuka hati.
Maklumler sehari duk terperap dalam rumah.


Ahad petang ikut abang casting sambil refresh mood.
Asik duk mengadap craft jer, berpinar jugak mata.
Makanya aktiviti keluarga minggu lalu adalah outdoor - casting.
Sangat cantik tempatnya.


Pagi tu sempat menyiapkan seekor kura-kura untuk Muhammad Fakhruddin.
Geram tengok lebihan flanel yang memang sengaja disimpan.
Sambil menghabiskan stok fiber dan Kekabu yang ada.
Minggu ni restock fiber, flanel dan kekabu untuk order yang ada.


Hasilnya tak berapa baik sebab buat sambil nak cepat.
Lagipun dah sah-sah untuk dilenyek-lenyek kami sekeluarga, nasibler kekura.
Abang tanya mana mata kekura..=) nak cepat, lain kali ler letak mata.
Perut kekura Ina guna kain belacu.


Jom layan gambar Muhammad Fakhruddin yang asik berlari-lari seronok dapat bebas.
Main dengan daun semalu,
sangat teruja Fakhruddin sebab bila disentuh daunnya menguncup.
Habis disentuh semua rumput. Sudahnya bila jari terkena duri semalu Ibunya jugakler yang kena jampi2 tiup2 jarinya (psiko jer lebih) =)
 Perasaan - Can't wait for Vanilla Coklat tonite!!

Monday, February 13, 2012

Sponsor Contest Khairina Hairuddin

Ina telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada sponsor hadiah untuk blog Khairina Hairuddin. Sebenarnya perkara ni dah lama deal,
tapi baru sekarang berkesempatan utk promo contest ni.
Di bawah ni banner contest.
 Sesiapa yang nak turut serta dalam contest ni boleh klik banner di atas.
Ina akan sponsor 02 jenis hadiah iaitu Mini Tissue Cover dan Key Case
Sesiapa yang beminat untuk dapatkan hadiah berikut boleh ler join contest.
Terdapat ramai lagi sponsor lain yang menawarkan hadiah yang hebat-hebat.

Contoh Mini Tissue Cover by Cemmomile Craft.
 Mari ramai-ramai join. 
Masih sempat kerana contest ini maih dibuka sehingga 01 March 2012.

Saturday, February 11, 2012

Coloufull of Love

Aksesori beg dan kunci.
 Berwarna-warni.
 12 pcs mewakili 12 warna.
 Kuning + Oren
 Ungu + Biru
 Pink + Merah
 Hijau + Turquoise

Diantara contoh penggunaanya seperti di bawah ni.




Menarik kan.

Semuanya masih available.
Bersaiz 3" x 3.5"
Harga RM4/pcs 
(disertakan dengan rantai kunci pilihan)

Friday, February 10, 2012

Order Ezzah

 Ezzah nak hadiahkan kepada insan tersayang.
 Dari sisi.

In bahagian penjuru sebelah kanan belakang bantal.
Semoga Ezzah akan sukakannya.

Bantal bersaiz 12" x 12"

Tissue Cover for Ain

Order Ain, KLIA
Ain ni rakan sekerja encik abang sayang.
 Dari atas
 Dari sisi
Dari sudut.
Diharapkan Ain sukakannya.

Wednesday, February 8, 2012

Vanila Coklat!!!


Yeay...sekarang tengah kemaruk drama Vanila Coklat! Bukan senang Ina nak follow drama bersambung2 ni, last layan drama Juvana TV3 & Makbul RTM. Sekarang dah terjatuh hati kat Vanila Coklat ni plak. 
 Malam ni layan setengah jam terakhir jer. setengah jam pertama terpaksa relakan encik abang sayang tengok drama bersiri The Cape NTV7 8.30 - 9.30. Masa iklan sama plak tu sebab tiap kali NTV7 iklan cepat2 Ina alih ke TV3 tapi iklan jugak. Boleh bersabar  sebab intro The Cape ni pun dah macam best. 
Ina memang lebih suka drama bersiri berbanding drama bersambung sebab puas hati tengok kisah yang abes terus. Lagipun jarang ler ada drama yang berjaya memikat hati yang bley Ina letak hukum wajib ada depan tv untuk hari dan waktu siarannya macam Juvana & Makbul. Ini dah dapat penyakit. Penyakit wajib ada depan tv tiap hari selasa pukul 9 malam.
 Bila kedua-duanya dah ditidurkan barulah boleh ber-craft sambil menonton Vanila Coklat, ganti yang tak sempat tengok. 

Esok dah kerja. Report tak siap lagi. Nama staff untuk training pun tak select lagi. Ada more than 07 class yang perlu di isi. Hohoho. Esok kena cergas sebab nak kena pack barang, nak pindah opis.
Emosi sekarang-masih berbahagia dan berbunga jiwa dengan kerenah dan keletah Muhammad Fakhruddin sepanjang cuti dan lebih-lebih lagi sepanjang hari ni. Syukur dengan rezeki dan rahmat-Mu Ya Allah dikurniakan keluarga yang melengkapkan lagi hidupku.

Sunday, February 5, 2012

Order Yati dan Cik Sri

Order Yati untuk anak-anak saudaranya.
Ini pulak order Cik Sri juga untuk anak saudaranya, peminat ultraman.
Semoga Yati dan Cik Sri sukakannya.

Order Yati - Saiz 8" x 16"
Order Cik Sri - Saiz 12" x 18"