"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Crystal Sand yang mujarab


Crystal Sand adalah bahan pencuci kesan kotoran degil dan minyak daripada kulit tubuh badan serta bahan logam yang diperbuat daripada batuan gunung berapi (hot stone) dan garam mineral sahaja. Tiada campuran soda, alcohol, camical, merkuri dan bahan kimia lain yang boleh mengakibatkan  kerosakan dan kesan sampingan kepada kulit manusia serta alam semulajadi.

Boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:-
1. Efektif membersihkan kesan kotoran degil seperti minyak, gris, cat daripada kulit badan kita dengan cepat.
2. Efektif sebagai pembersih karat sesta kotoran pada peralatan logam.
3. Efektif sebagai scrub pada badan & kaki serta berupaya membuang lapisan kulit mati dan kotoran.
4. Efektif sebagai bahan pencuci barangan kemas seperti emas, perak, tembaga dan lain-lain serta tidak melunturkan warna.
5.Efektif mengubati gatal-gatal pada kulit yang berkudis.
6. Efektif memutihkan peralatan plastik seperti suis peralatan elektrik.
7. Efektif digunakan sebagai scrub muka.
8. Efektif digunakan di dalam sauna.

Malam tadi ina dah test sendiri dengan merujuk tujuan penggunaan nombor 6 seperti di atas.
Ina buat pada suiz rumah yang memang agaknya sedari kewujudannya tidak pernah bercuci. Bila Ina pindah, Ina cuma bersihkan guna bulu ayam untuk buang habuk. Memang hitam legam tambahan pulak lokasinya agak terceruk tu yang menambah faktor suis tu tak diendahkan.

Ni gambar sebelum - memang berdaki.

Ni jari Ina masa tengah sapukan suiz dengan Crystal Sand.

 Separa siap-nampak hasilkan.

Siap bahagian luaran-celah2 tu dah tak muat jari.=)

Berbeza dengan gambar asal kan. 
Proses ni tak lama, lebih kurang 5-7 minit ikut kelajuan jari anda menggosok. 
Kat bawah ni gambar suiz yang agak berkarah jugak-dicuci dengan air tapi masih meninggalkan kesan kuning.
berbeza suis baru dan lama.

Ok, isu sini bukan suis tapi keupayaan Crystal Sand ni.  Suis mungkin kita boleh tukar yang baru tambahan pulak zaman sekarang terdapat banyak jenis suis yang menarik. 
Apa yang Ina nak tekankan di sini ialah kuasa Crystal Sand ni.  Kotoran degil yang tidak dapat dicuci dengan cara biasa (tenyeh2/gonyoh2 suis tu dengan air/sabun) boleh dihilangkan hanya dengan menggosok2 manja menggunakan Crystal Sand ni. Menarikkan.

Adik Ina ada juga buat demo pada iron yang ada kesan hangus kain, boleh dihilangkan dengan Crystal Sand ni sekejap sahaja.
Untuk makluman, Crystal Sand ni lembab-semasa menggosok crystal sand ni akan mencair-sebab tu tak perlukan air sewaktu menggosok Crystal Sand dan selepas selesai menggosok boleh lap barangan dengan kain/tisu.

Sesiapa yang berminat dengan Crystal Sand ni boleh call / sms ke nombor berikut:-
Ina- 012-3731595
Mizi - 019-2181987
Yati - 019-2191987
En. Omar - 012-5762756 (Teluk Intan, Perak)

Sesiapa yang duduk di area berdekatan dengan Nilai boleh COD. Yang jauh2 boleh dipos.

Harga Jualan 
RM45.00/kg
RM10.00 setiap 110 gram

Mahal? Taklah sebab 1kg tu banyak dan penggunaannya yang efektif (guna sikit tapi memberi kesan yang banyak) amat menjimatkan.
Boleh test dengan pembelian 110gram.

p/s - lepas ni berscrub dengan Crystal Sand ni. =)

Rumah apa ni?

Rumah apa ni?
Jom tengok!
|

|

|
Oh, rumah kunci rupanya. =)
Ini adalah item 2 dalam 1. Ina suka idea ni. 
Tempat menyimpan juga sebagai keychain.
Tengok gambar di bawah.
Gantungkan ia bersama kunci-kunci lain. 
Tersorok kuncinya di dalam rumah mini. 
Ia menjadikan tempat kunci anda lebih menarik dan kreatif.
Boleh dipelbagaikan rupa parasnya, tak semestinya design rumah untuk kunci rumah kan.

Hand Puppet & Angry Bird - Edisi Percubaan

Edisi Percubaan untuk hand puppet dan Angry Birds. 
Kerja nak cepat siap-sebab-nak cepat tengok hasil. 
So jadilah yang sangat tak seberapa ni.

 Pandangan dari atas
 Pandangan dari depan.
 
Hand Puppet ni Ina buat untuk main-main dengan Fakhruddin tapi boleh pulak Fakhruddin tak suka.
Kalo pakai dan buat2 nganga mesti Fakhruddin geleng2 sambil cakap "..nanak." aka taknak!.
Mungkin dia seram kot, sebab bila Ina pakai Ina akan makan tangan & kaki Fakhruddin...=)

Angry Birds yang garang.
 
Tak berapa kemas dan kecil. Sudah ada yang berminat nak order kesemua jenis Angry Bird,
tapi utk customer kena jahit lebih berhati-hati dan Ina kena besarkan lagi saiznya. Baru puas hati.

Kerinduan yang terlalu...

Ibu rindu Fakhruddin.
Sangat-sangat rindu.
Belum pernah lagi tidur ibu tanpa Fakhruddin.
Belum pernah lagi sehari hidup Ibu tanpa wajah Fakhruddin.
Tapi sekarang..Ibu perlu laluinya untuk 04 hari.
04 hari yang Ibu rasa seperti 04 bulan.
04 hari ibu berendam air mata rindukan wajah Fakhruddin.
Ibu rindukan suara, gelak tawa, tangis, jeritan dan keletahmu Fakhruddin.
Ibu rindukan tendangan bola anak ibu, rindukan bunyi kereta diseret oleh badan montelmu Fakhruddin.
Ibu rindu Fakhruddin.
Sehari sudah berlalu ditemani air mata dari saat melambaimu sehingga dini hari.
Detik2 siksaan sebegini menguatkan lagi semangat ibu untuk lebih maju dalam bidang kraf ini..
langsung sentiasa di sisimu setiap masa..sehingga Ibu boleh lepaskan ikatan dengan syarikat gergasi ini.
Ya..saat sebegini mengukuhkan lagi azam ibu untuk segera langsaikan apa yang perlu supaya ibu dapat berhenti kerja yang mengikat masa ibu dengan anak ibu.
Fakhruddin yang ceria..
Ibu tau Fakhruddin pun rindukan Ibu dan ayah...
tapi anak Ibu tetap ceria walau jauh di kampung bersama atuk dan wan.
Sabtu nanti..
Ibu akan balik jemput Fakhruddin.
Ibu rindu Fakhruddin..
Rindu sangat-sangat.
Fakhruddin yang comel.
 Fakhruddin yang soleh.
 Belahan jiwa Ibu.
 Ibu rindu..rindu...RINDDDUUUUUU.....
waa....isk..isk...waa....
cepatlah hari sabtu.

Aktiviti waktu cuti.

Cuti ni rumah Ina penuh dengan adik beradik dan saudara mara datang silih berganti.
Sebab mak dan abah ada kat rumah jaga Muhammad Fakhruddin.
Pengasuh balik kampung untuk sunatkan anak sulungnya.
Mak dah datang sejak 04hb lagi tapi jumaat lalu baru dapat keluar sama-sama
sebab En. Abang sayang kerja syif.

Jumaat malam-keluar makan2 & jalan2.

Muhammad Fakhruddin with tembikai.
 Adik Bongsu-Ida dengan bakal tunangnya-Hafiz.
Majlis tunang CNY nanti.

 Me and my beloved hubby. Thanks bang sudi belanja pizza dengan ucapan..
Terima kasih daun keladi..sok lusa belanja ler lagi.=)
 Pengantin baru, Adik bawah Ina-Joe dengan isterinya Ros.
Majlis kenduri awal tahun depan. 
Masih rindu-rinduan katanya sebab masih tidak se-bumbung walaupun se-bandar.
 Tok yang terer pakai pisau dan garfu. Cayalah tok =)

Lepas tu bawak tok pi airport jap, nak tengok kapei terebang katanya.
Ni amik gambar masa dah nak balik.
Mana Fakhruddin? heheh dibelakang tok-tengok tingkat bawah.
Tak berbaju sebab baju dah kena muntah.
Main sangat-berlari ke sana ke mari ikut budak-budak lain yang berlari.
Fakhruddin kan..suka sangat berkawan. Tak kenal pun takpe asal dapat main sama.
Baju spare tak bawak + de kedai jual baju budak2 yang harga mampu milik =) pun dah tutup sebab dah lewat sangat. Sampai balik ler tak berbaju.

Sabtu Mak sedara sampai. 
Muhammad Fakhruddin nak berkawan. Abang Najmi pinjam keretanya..
Akhirnya dia naik sama. Abang Najmi agak takut dengan Fakhruddin sebab Fakhruddin lebih agresif dari Abang Najmi yang lebih tua 03 bulan.

Ahad - Majlis Pertunangan Yati-BFF Ida.
Sebelah kanan Ina Kak Awin, Kak Ipar-Wife Bemi (Abang Mie)
Sebelah kiri Ina Yati, adik Ipar -Wife Jie
Abah, ayah pengantin & Bemi.
Siapa cam ayah pengantin tu?..
Ya..itulah Zek Lokman-Pengarah Filem Mendam Berahi.
kalau tak silap Zek Lokman yang memperkenalkan maya Karin di Malaysia dalam filem apa ntah dengan si Opie Zami dan Danny X-Factro. Tak Ingat filem ape.

Habis kenduri ramai-ramai lepak rumah Jie. Mak, Abah dan tok nak tidur rumah Jie malam tu sebab dah banyak malam rumah Ina. Rumah Ina dan Jie tak jauh pun.
IngsyaAllah bulan Februari nanti makin dekat sebab Ina dah beli rumah dekat2 rumah Jie.
Hujung Januari nanti baru pindah. Tu sebab Ina agak busy sekarang mengurus pinjaman dan sebagainya. Ni pun belum start pack barang lagi.

Isnin abah balik pahang, untuk tandatangan borang duit ehsan RM500.00 tu. Terpaksa Ina izinkan Fakhruddin ikut sebab pengasuh sambung cuti, cuti tahun Ina pulak dah habis.
Dan mereka ramai-ramai suh Ina belajar2 berpisah dengan anak, sebab Ina memang langsung tak bley pisah.
Apa lagi ibunya berendam air mata sedangkan Fakhruddin dengan riangnya melambai2 ikut atuk, wan dan oyangnya balik kg.
Oh anak!

Bunga-bunga di rambut dan tudung.

Hair Clips
Ungu + Kuning
Coklat + Oren
 Pink + Kelabu. 
Beserta brooch kecil.
 Contoh pemakaian Brooch.
Saya akan buat banyak lagi untuk ready-made stocks.
Jika berminat bolehlah request warna dan design anda sendiri.

Order Ami - My Friend

Permintaan Ami, bekas rakan di tempat kerja. Ami dah resign untuk sambung belajar.

Bahagian belakangnya - Si Kumbang dan bunga-bungaan.
Belajar rajin-rajin yer Ami, nanti dah tamat belajar bley jadi manajor. =)
Saiz :  12" x 18"
Warna : Ungu Muda

Order Hidayah, KL

Order Hidayah dari KL untuk si Putera Rayyan.
Di bahagian belakangnya pulak.
Semoga Hidayah sukakannya.