"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."
Showing posts with label Car Hanging. Show all posts
Showing posts with label Car Hanging. Show all posts

Order Kak Yong dan cerita Fakhruddin =)

Goodies, order dari Kak Yong untuk majlis khatam Al-Quran.
 Semoga Kak Yong sukakannya.
 Ni plak Muhammad Fakhruddin yang sibuk membasuh kenderaannya.
Ni seminggu sebelum pindah, lepas Ina basuh tikar2 untuk disimpan, 
ayahnya pulak ambil giliran basuh motor,
apa lagi, si kecil ni pun ambil kesempatan basuh sekali kereta dan basikalnya.
Muhammad Fakhruddin ni memang suka menolong,
Kalau nampak Ina angkat bakul kain ker, menyapu ker mesti laju jer dia nak tolong bawa/sapu sekali.
Tolong tumbuk sambal, tolong susun bantal, tolong bawa pinggan, semua nak dibuatnya.
nak plak kalau dah sebut perkataan 'tolong', mengamuk ler dia kalau tak bg dia tolong.
Yang paling tak tahan tolong bawak kain baju yg dah dilipat ke rak baju, 
confirm habis terburai susunan dan lipatan tu, 
tp Ina tetap ucapkan terima kaseh n hadiahkan ciuman macam biasa.
Pastu dengan riangnya dia jawab 'me' (sama2) dan berlari pi angkut 
sambil meburaikan-dengan-tak sengaja lagi kain2 tu.
Walaupun menambah kerja Ina, tapi Ina tetap nak dia tau dan rasa dihargai atas setiap pertolongannya. 
Supaya dia dapat rasa 'betapa gembiranya' dapat berikan pertolongan
Semoga sikap yang satu ni kekal dalam dirinya.

Ninja Demuk


Salam semua,

Hari ni Ina Cuma nak post pasal ninja demuk kat bawah ni jer. Ninja Demuk ni adalah Car Hanging untuk diberikan sebagai hadiah ulangtahun abang Ina yang ke-36 pada 11-11-11 baru ni
 
 
Last minute punya kerja =)

 
Itu aje. Jumpe lagi.

Order dari KL dan hadiah GA

Order dari KL, Fadzrul mahukan 4 biji bantal. 02 couples pillow. Design oleh Fadzrul sendiri.


Ini pula Car Hanging, hadiah GA yang lalu.
Semoga Fadzilah gembira dgn hadiah tersebut.
 

Order, hadiah GA & aksesori kereta

Salam Ramadhan semua. Dipenghujung Sya'ban&July ni Ina nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakan taulan, sahabat handai, saudara seagama terutamanya pelanggan-pelanggan yang banyak berkorban masa menunggu order disiapkan. Ina juga nak memohon kemaafan kepada semua dan semoga kita semua dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk membuat ibadat di bulan yang sangat diberkati ini.

ok, pertama Ina nak post pasal order Jaja dari Gambang, Kuantan. Jaja nakkan Car Hanging berupa camera CCTV. 



Kedua pasal Hadiah GA yg Ina menang dari crafter Nurul Farhan. Cantik sangat hasil kerja Nurul Farhan. Boleh lawat blognya di http://amira-niza.blogspot.com. dan boleh search Nurul Farhan di FB.
 Ketiga pasal Neck Rest Pillow yang baru Ina hasilkan. Untuk kereta sendiri. Sebenarnya dah lama nak buat tapi asik tak menyempat jer. Sangat minima hiasannya sebab dah malas nak fikir. Nanti bila fikir makin lama plak dan bila dah lama nanti takut tak jadi pulak nak buat. Hehehe..sudahnya jadilah yang very plain.=)
 Ukuran lebih kurang 08" x 11".
 Bila untuk diri sendiri, macam nilah jadinya..hehehe 
sgt simple kan.
Tada.... walaupun simple tapi Ina sangat sukakanya. =P

Bunga-bunga Matahari

Sebelum tu jom ramai-ramai kita nyanyi lagu Bunga Matahari.
"Buuunga Matahari sangat cantik..kembang diwaktu pagi..."
ohhh..!!! tak ingat lirik, lagu masa darjah 3.
 Order Seriati dari Kuching, Sarawak. 
Seriati nakkan 05 pcs keychain dan 05 pcs car hanging
bermotif bunga matahari pelbagai saiz.
Car Hanging.
Keychains

Semoga Cik Seriati akan berpuas hati.
Terima kasih kerana menjadi pelanggan Cemmomile Craft.

Sukakkanya??!!. Klik untuk joint GA dan menang cabutan bertuah Keychain dan Car Hanging pilihan anda.

Order Ella dari Bayan Lepas - Bola

Ella si cantik molek ni nakkan car hanging 
yang diletakkan nama Ella & Akmal.
Ella nakkan design ala2 bola.

Inilah rupanya bila digantung.

Ini pandangan dari atas bola, dibahagian talinya.

Ukur lilit bola lebih kurang 27cm.
Semoga Ella menyukainya.

Goodies for Wedding

Ape banyak sangat love ni..hohoho
inilah goodies..=)
Hanging-boleh digantung dlm kereta/pintu/hiasan dinding.
Ikut citarasa sendiri
Bulk Order mcm ni kena order awal.

Gantung-gantungan

Car Hanging yang baru dibuat.


Nak buat yang tergantung2 ditengahnya...
try & error untuk melunaskan permintaan seorang adik.

Order Yan

Order dari En. Yan.
Dia mahukan namanya & isteri beserta tarikh nikah mereka diabadikan di Car Hanging.
En. Yan ni juga nakkan Logo MAS diletakkan bersama.
Maka terhasillah Car Hanging seperti di bawah.

12cm X 8cm

Lebah

Lebah yang sangat comel.
Boleh digantung di dlm kereta atau mainan kanak2.
Boleh juga digantung pada buaian anak.

Sudut 45 darjah.

Pandangan hadapan.

Diameter 4.5cm
Panjang 7.5cm
Keychain/Car Hanging
RM6.00/pcs

Order Kak Ina

MAS Car Hanging
with beads
RM6.00/pcs

MAS Keychain
RM5.00/pcs

T-Shirt MAS

MAS Car Hanging utk Yus

Order dari En. Yus.
Hope En.Yus sukakannya =)MAS Car Hanging
RM5.00/pcs

Car Hanging & HP Charm - Order Kak Aida

Order dari Kak Aida.
Kak Aida nak Car Hanging dan HP Charm yang bermotifkan lurve.

Car Hanging & HP Charm
Diameter 6cm
RM5.00/pcs

Felt - Felt - Felt

Colorful Dice
Single/Double Dices
Toys/Car Hanging
Single RM5.00/pcs Double RM8.00/pare

~~~***~~~

Casing Pendrive
8cm X 3cm
Saiz & design boleh request
RM4.00/pcs

~~~***~~~

Ni plak order dari Nisa, MAS Car Hanging. Die nk bg souvenir kat kengkawannya.
Pilihan warna utk background, nama dan riben tu adalah pilihan Nisa sendiri.

MAS Car Hanging
Warna & design boleh pilih
RM5.00/pcs

~~~***~~~


Sebahagian daripada order Angah utk anak2 muridnya di Sibu.
Semoga Angah dapat tukar ke semenanjung.

~~~***~~~


Cookies

MAS Car Hanging & Mini Tissue Cover



Order daripada kawan adik. Nak sangkut dalam kereta katanya.

Yang ni plak Mini Tissue Cover - Versi testing.