"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Bercuti di Terengganu

Baru dapat update blog setelah seminggu bercuti. Padahal laptop dan broadband bawak balik kg, cuma masa banyak dihabiskan dengan melepak sambil baca novel. Dah lama tak baca novel-asyik menjahit jer. Kalau dulu sanggup berhabis duit disebabkan novel tapi sekarang sanggup berhabis duit untuk barang kraf. Kedua-dua hobi yang bermanfaat.

Ina amik cuti bermula rabu-pagi rabu tunggu abang balik kerja dan tukar minyak hitam, terus gerak balik kampung ke Kg Pecah Rotan, Kuala Terengganu. Kira balik suprise-tak inform sesiapa pun kat kg yang kami nak balik.

Sepanjang di kampung, terlupa pulak nak snap pemandangan yang indah-indah. Memang kalau balik terengganu, masuk jer kampung tenang jer. Udaranya segar, pandangan menghijau, angin pantainya yang nyaman, pendek kata memang rileks betul minda.

Iklan kat kedai masa dalam perjalanan.

 Dengan toki dan tok yang melayan Fakhruddin. Gambar tok terpaksa dipotong-aurat.
Dengan poksu - ready untuk tolong toki basuh kereta.

Keluar ramai-ramai ke bandar. Pergi Mydin Kuala Terengganu, abang belanja kfc. Asalnya nak pergi Pizza tapi ada yang nak pergi kfc, so ikutkan ajerlah. Sebelum balik beli jugak pizza untuk poksu.
Terlupa snap gambar ramai-ramai. Gambar tengah makan tu pun diambil dari fb abang.

Sebelum bertolak ke Pahang untuk kenduri adik bongsu Ina nikah, sempat Ina buatkan Keycase untuk di tinggalkan di Terengganu.
 
-bahagian depan-
 -bahagian belakang-

Entah bila lagi dapat balik Terengganu sebab abang kerja syif-cutinya tak sama dengan cuti Ina. Katanya kalau setakat dua hari cuti tak berbaloi sebab perjalanan lebih 8 jam.

Romantic Pillow

Smile.. =)
Takderlah romatik pun-saje buat2 gempak.
Bantal kuning yang simple untuk bakal pengantin Ida & Hafiz.
Ina pernah cerita kat sini yang adik bongsu Ina merancang untuk bertunang pada cuti raya cina akan datang. Bila dibincang semula, semua bersetuju untuk buat majlis nikah terus. 
Untung betul mereka sebab semudah ini. 
Tapi Ina yang penat tengok adik Ina terkejar-kejar membuat persiapan perkahwinan dalam masa sebulan. 
Itupun nasib baik mereka berdua ni dah memang duk kumpul beli satu-persatu barang2 hantaran.

Untuk pengetahuan-adik Ina ni memang fanatik kuning & sunflower. Ina pernah buatkan bantal bunga matahari untuknya dulu. 
Kena siapkan awal sebab nak balik Terengganu hari rabu ni.

Wall Organiser & Cerita Hujung Minggu.

Wall organiser ni order dari Ila, Pahang. 
Dia mahukan 03 poket dengan susunan menurun.

Maka Jadilah begini. 
Semoga Ila akan sukakannya.


end.

Cute Birdy

Adakah burung ini berbalong?

Oh, rupanya pakai sepit bunga =)

Berukuran lebih kurang 8cm panjang.
Jika berminat boleh ler pm/sms.

Angry Birds-Order dari Kak Wati

Ni order dari Kak Wati - 05 ekor angry birds. 
Tp Ina watkan 6 ekor utk Kak Wati.
 
Dah siap dibungkus.
Hope Kak Wati sukakannya.

Tissue Cover Dwi-warna

Semenjak dua menjak ni Ina sangat sukakan gabungan merah jambu dan kelabu. 
Tak kiralah terang atau lembut tonanya-tetap menarik kan. 
Jadi Ina buatlah tissue cover ni bertemakan merah jambu dan kelabu. 
Bunganya pun menggunakan dua warna.

Jom cuci mata..
Kalau berminat, bolehlah order yer.

Tissue Cover 90 helaai (saiz sederhana)

ke-AZAM-an 2012

Secara dasarnya berikut adalah azam yang perlu Ina semat kukuh dalam hati untuk tahun 2012 dan mungkin juga untuk tahun-tahun mendatang.
dan yang lebih penting..membayar hutang dengan Allah swt.
Daripada dua azam di atas maka Ina telah dapat satu senarai panjang tugasan yang perlu dilaksanakan demi mencapai azam berikut yang mana ianya merangkumi hal-hal keluarga, kerjaya, dan perniagaan.

Sebenarnya gambar yang ke-dua tu jauh lebih penting sebab menurut alim ulama'-untuk melangsaikan hutang duniawi, kita perlu melangsaikan hutang dengan Allah swt terlebih dahulu.

Pada tahun keberapa selepas mencapai akil baligh kita berjaya solat 5 waktu sehari semalam tanpa tinggal se-waktu pun? Jika anda berjaya syukur Alhamdulillah!
Jika sejak di awal akil baligh sehingga sekarang masih ada solat yang belum berganti-marilah kita berusaha untuk ganti bersama-sama.
Begitu juga soal puasa dan lain-lain amalan wajib.

Semoga sepanjang tahun 2012 masihi ini, kita semua akan lebih berjaya dalam soal akhirat dan dunia.

p/s : gambar2 di atas akan diletakkan di blog ini sehingga Ina rasa nak keluarkannya.

Couple Pillow kak Naniey

Order dari Kak Naniey.
Untuk diletakkan di dalam kereta.
 Naniey
Roslee

Semoga Kak Naniey sukakannya.
Saiz 12" x 12"