"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Bantal Tidur Dewasa (Couple)

Order dari Kak Siti, kawan adik.
~ pYaN ~
~ GgiRL ~
Bantal ni bersaiz 18" x 28".
Memang besar dan sedap dibuat tidur.
Kain Flanel yang sejuk dan kekabu yang lembut...
..memang susah ler nak bangun..=)

Monster Untuk Birthday Boy

Hari ni birthday Alif, anak pengasuh Fakhruddin. 
Semalam baru tau hari ni majlisnya.
So Ina buatkan bantal monster simple untuk si Alif. 
Hari ni ulangtahun Alif yang ke-7.
Sowi Alif, Acik Ina tak sempat nak belikan hadiah lain untuk Alif.

Order Emile - Couple Pillow

Order dari kawan adik, Emile.

Ni Emile..

Ni Fadlee...

Ni plak..Gen2 tu ker Jeng..Jeng..Jeng...=)

Ukuran Bantal - 12" x 12"
Harap Emile akan sukakannya.

Order Ella dari Bayan Lepas - Bola

Ella si cantik molek ni nakkan car hanging 
yang diletakkan nama Ella & Akmal.
Ella nakkan design ala2 bola.

Inilah rupanya bila digantung.

Ini pandangan dari atas bola, dibahagian talinya.

Ukur lilit bola lebih kurang 27cm.
Semoga Ella menyukainya.

Bantal Tidur (Flanel+Felt+Kekabu)

Ini order dari kawan2 adik dan Cik TC sayang.
Kesemuanya bantal tidur untuk anak2 tersayang.
Kombinasi Flanel+Felt+Kekabu (2F+K) =)

Order Kak Fuada.

 
Order Kak Faida

Order Cik TC

Ni bahagian belakang bantal Cik TC.

Ukuran Bantal 12" x 18"
Isi dalam - Kekabu
(Klik untuk lihat harga)

Entry Tak Rasmi

Kenapa entry tak rasmi yer..yg sebelum2 ni rasmi ker..hehehe
Sebenarnya entry kali ni untuk memperbetulkan kesilapan link pada entry sebelum ni.
Nak citer panjang, Ina pun tak tau nak terangkan macam mane.
Macam ni, entry pada Cemmomile Craft diruangan bloglist tak same dengan entry yg sebenarnya. 
So bile orang klik Cemmomile Craft di ruangan bloglist mane2 blog yg ade listkan Cemmomile Craft (ayat mcm ramai jer yang tempekkan blog Cemmomile Craft, padahal takder pown..hohoho), link tu macam terbatal. 
Itu entry zaman jepun dulu..Ina pun agak confuse macam maner entry tu plak yang terpublish. Harap entry baru ni bley hapuskan problem blog Cemmomile Craft.

Sunflower Pillow

Permintaan dari seorang adik. 
Dia suka sangat ngan bunga matahari ni. 
Sume mende yang de bunga matahari ni nak dibelinya.
Kelopak besar-besar. 
Tompok tengah bunga tu timbul, Ina letakkan fiber di dalamnya.
Ni pun tengah menyiapkan 08 biji bantal, order dari kengkawannya. 
Hope bley siapkan segera sebaik mungkin.

Ukuran - 12" x 12"
Warna Bantal  - Hitam