"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Dah siap pun...Masjid Negeri Selangor

Hai semua, hari ni Ina nank entrprem x-stitch terbesar Ina setakat ni... hehehe.
Sebelum ni Ina penah tunjukkan hasil yang blum siap lagi di 'Projek Tergendala'.



Projek ni amik masa lebih kurang 2 tahun 11 bulan..Lame kan...=)
Ntah bile lah bley frame...sbb sure mahalnyer... Alamat kna perap jer lah dulu dalam almari... =)

X-stitch Yg pernah Dihasilkan

Hari ni Ina nak pamerkan x-stitch2 yang penah Ina hasilkan
Tak banyak pun.

1. Kaligrafi Allah.Gambar tak berapa jelas. Mintak bantuan adik snapkan.
Imej tak berapa baik..kire halal lah yer..

2. Kaligrafi MuhammadKedua-dua kaligrafi ni adalah x-stitch pertama.

3. Gugusan Anggur
Imej tak berapa baik. Anggur ni dihasilkan pada tahun 2005.

4. Tak tau ape name bunga ni.
X-stitch ni siap pada tahun 2006.

Kalo perasan, framenyer spesen jer kan... frame ni suami Ina tempah kat Terengganu (masa tu kawan jer lagi) Dan semua x-stitch ni Ina letakkan kat umah mak kt kampung.