"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."
Showing posts with label Family xtvt. Show all posts
Showing posts with label Family xtvt. Show all posts

Order Kak Yong dan cerita Fakhruddin =)

Goodies, order dari Kak Yong untuk majlis khatam Al-Quran.
 Semoga Kak Yong sukakannya.
 Ni plak Muhammad Fakhruddin yang sibuk membasuh kenderaannya.
Ni seminggu sebelum pindah, lepas Ina basuh tikar2 untuk disimpan, 
ayahnya pulak ambil giliran basuh motor,
apa lagi, si kecil ni pun ambil kesempatan basuh sekali kereta dan basikalnya.
Muhammad Fakhruddin ni memang suka menolong,
Kalau nampak Ina angkat bakul kain ker, menyapu ker mesti laju jer dia nak tolong bawa/sapu sekali.
Tolong tumbuk sambal, tolong susun bantal, tolong bawa pinggan, semua nak dibuatnya.
nak plak kalau dah sebut perkataan 'tolong', mengamuk ler dia kalau tak bg dia tolong.
Yang paling tak tahan tolong bawak kain baju yg dah dilipat ke rak baju, 
confirm habis terburai susunan dan lipatan tu, 
tp Ina tetap ucapkan terima kaseh n hadiahkan ciuman macam biasa.
Pastu dengan riangnya dia jawab 'me' (sama2) dan berlari pi angkut 
sambil meburaikan-dengan-tak sengaja lagi kain2 tu.
Walaupun menambah kerja Ina, tapi Ina tetap nak dia tau dan rasa dihargai atas setiap pertolongannya. 
Supaya dia dapat rasa 'betapa gembiranya' dapat berikan pertolongan
Semoga sikap yang satu ni kekal dalam dirinya.

Episod Mengganti Order

Pernah tak kengkawan yang menerima tempahan tersalah bikin tempahan customer. Customer request design lain..design lain yg terhasil. Tersilap pilihan warna, saiz dan macam2 lagi kesilapan yg boleh berlaku jika kita tak betul2 beri perhatian pada tempahan tersebut.

Baru-baru ni Ina mengalami keadaan sedemikian. Customer order 3 bantal dengan 3 warna berbeza. Hasilnya setiap bantal tu semua dah bertukar warna pilihan. Ina sedar bile bantal telah selamat tiba pada customer then, customer complaint. Apekah perasaan waktu tu?? pasti takut kna marah kan, sebab customer dah bayar sejumlah wang dan percaya yang kita boleh hasilkan impiannya yang mahukan designnya menjadi realiti.

Berkali-kali Ina minta maaf sebab inilah kali pertama terjadi pada Ina. Puncanya...tentulah tidak beri perhatian. kenapa tak beri perhatian? sebab fikiran serabut. Ina nak pulangkan duit semula tapi customer tak mau, dia nak Ina watkan yang baru untuk replace yg salah warna tu. Utk boy biasanya memang sesuai warna birukan, tapi Ina dah terbuat warna pink..Punyalah tak alert.

So, inilah hasilnya. Terima kasih sangat kepada beliau sebab memahami dan percaya. Bimbang juga dia marah then hambur macam2 kat FB..tapi Alhamdulillah dia sangat bertimbangrasa.

Pernah terebih due date. Ini biasa terjadi pada Ina. Sometimes ianya memang tak dijangka. Bila Ina nak receive order, Ina akan refer kalendar, tugasan pejabat dan jadual syif abang untuk tentukan due date/utk sahkan the next order. Ina tidak akan dapat kejar due date jika ada gangguan lain pada ketiga-tiga rujukan Ina tadi. 

Macam minggu ni..dari jumaat-Ahad Ina ke Perak untuk majlis nikah adik. Isnin  bawa anak ke Klinik utk cucuk sethn setengah, then dia demam. Tepaksa emergency leave Isnin tu. Selasa pagi-lunch time ada meeting n dpt task utk disiapkan petang khamis. Jumaat kira dh kna complete all the process. Selasa petang ada talk dari management berkenaan keadaan semasa syarikat. Rabu-Khamis ada course, Seb baik course dekat2 dgn ofis, boleh lari2 time rehat sambung kerja. Habis course pukul 5.30 kna balik opis dulu smbung kerja...tpi dlm masa yg sama kna balik awal sbb anak demam. mana nak pilih? Mana lebih penting? Malam...of course kepenatan otak dan kena melayan kerenah anak yg demam dan merengek2 disamping tugasan2 lain seorang isteri. Habis tu masa bila nk siapkan order?? Saya biasa mula process order seawal jam 11.30 sebaik anak tidur sehingga mengantuk. Paling lewat smpai kul 5 pg baru tidur. Keesokannya nak mulakan rutin macam biasa awal pagi.  Macam mana nak berjaga malam... NESCAFE ler...=)

Dulu masa bujang dan tak terlibat dengan craft ni suka bawak balik keje kerumah. Tapi sekarang xboleh nak amalkan macam tu lagi. Tambahan pula masa kite sekarang semakin pendek..Bersama anak cuma ada beberapa jam sahaja dari 7 mlm -  11 mlm. Tu belum tolak time mandi, masak n kerja2 lain. Berapa jam je bley spend time dengan anak, main kejar2, gelak2 ketawa, main nyorok2..2-3 jam jer kan..

Bila listkan semua tu, terfikir pulak macam mane yer life business2 women yang berjaya2 kat luar sana nun..macam mana yer mereka bahagikan masa...

Walaubagaimanapun kepayahannya, kita tetap akan teruskan sebab kita minat kan..? =) Semoga kita semua akan tabah dan kuat semangat untuk menjayakan apa jua yang sedang kita usahakan ini. Amin..