"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Berehat

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Lama Ina tak update blog yang satu ni. Ina minta maaf kerana terpaksa menolak pesanan daripada beberapa pelanggan. Ina sedang memberi ruang kepada diri sendiri supaya Ina boleh melebihkan masa bersama anak, suami, beberpa projek baru dan terutamanya pengurusan keluarga.
 
IngsyaAllah bila semuanya kembali teratur, Ina akan aktif semula. Permintaan yang ringkas2, dan tidak melibatkan due date yang pendek masih boleh Ina terima bergantung kepada stok bahan yang ada. Kepada kawan-kawan crafter yang masih ada masa ruang untuk buat bantal, boleh hubungi Ina dan Ina akan berikan nama dan nombor anda kepada pelanggan sebagai cadangan. Sebab kadang2 ada juga pelanggan yang tanya, kat mana lagi dia boleh order bantal.

Dibawah ni beberapa produk yang dihasilkan dalam ramadhan lalu.

Bantal Harijadi dari Cik Areyue.Berukuran 12" x 18".


Name Keychain juga sebagai hadiah kepada pemenang Giveaway by ::Kylelina::
Sebenarnya ada beberapa nama lagi, tapi entah kemana hilangnya gambar yang lain tu.

Ina sekarang juga tengah menyiapkan cross-stitch yang tergendala dan sedang merancang beberapa projek. Cuma kadang-kadang kekangan masa tu membuatkan semuanya hampir tak berjalan =).

Sebelum Ina menyudahkan entry kali ni, sekali lagi Ina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan, kawan-kawan crafter pelbagai kategori dan pengedar barangan craft yang beragama Islam. Ina juga memohon beribu kemaafan atas segala salah silap dalam masa berurusan. Semoga lembaran mendatang akan memberikan kita lebih semangat untuk menghasilkan sesuatu yang kita suka.