"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."
Showing posts with label Birthday Pillow. Show all posts
Showing posts with label Birthday Pillow. Show all posts

Berehat

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Lama Ina tak update blog yang satu ni. Ina minta maaf kerana terpaksa menolak pesanan daripada beberapa pelanggan. Ina sedang memberi ruang kepada diri sendiri supaya Ina boleh melebihkan masa bersama anak, suami, beberpa projek baru dan terutamanya pengurusan keluarga.
 
IngsyaAllah bila semuanya kembali teratur, Ina akan aktif semula. Permintaan yang ringkas2, dan tidak melibatkan due date yang pendek masih boleh Ina terima bergantung kepada stok bahan yang ada. Kepada kawan-kawan crafter yang masih ada masa ruang untuk buat bantal, boleh hubungi Ina dan Ina akan berikan nama dan nombor anda kepada pelanggan sebagai cadangan. Sebab kadang2 ada juga pelanggan yang tanya, kat mana lagi dia boleh order bantal.

Dibawah ni beberapa produk yang dihasilkan dalam ramadhan lalu.

Bantal Harijadi dari Cik Areyue.Berukuran 12" x 18".


Name Keychain juga sebagai hadiah kepada pemenang Giveaway by ::Kylelina::
Sebenarnya ada beberapa nama lagi, tapi entah kemana hilangnya gambar yang lain tu.

Ina sekarang juga tengah menyiapkan cross-stitch yang tergendala dan sedang merancang beberapa projek. Cuma kadang-kadang kekangan masa tu membuatkan semuanya hampir tak berjalan =).

Sebelum Ina menyudahkan entry kali ni, sekali lagi Ina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan, kawan-kawan crafter pelbagai kategori dan pengedar barangan craft yang beragama Islam. Ina juga memohon beribu kemaafan atas segala salah silap dalam masa berurusan. Semoga lembaran mendatang akan memberikan kita lebih semangat untuk menghasilkan sesuatu yang kita suka.

Order Cik Sizuka

Bantal bertemakan bola-bola.
Darwisy yang menyambut ulangtahunnya yang ke-2 pada 17 Februari lalu.
Diharapkan Darwisy akan menyukainya.

Order Ezzah

 Ezzah nak hadiahkan kepada insan tersayang.
 Dari sisi.

In bahagian penjuru sebelah kanan belakang bantal.
Semoga Ezzah akan sukakannya.

Bantal bersaiz 12" x 12"

Order Nadia - Birthday Pillow

Ini order dari Nadia, Sabah. Bantal untuk birthday kawannya Fecca.

 Ini bahagian belakangnya, mummy with baby boy.
Bantal bersaiz 12" x 12"
Dipos terus ke pejabat Fecca. Diharap Fecca sukakannya.

Birthday Pillow ~18SX~

Tajuk nak gempak jer. Apa yang 18sx nyer...=)


Mane ade 18sx..bahaya. Nanti kena gam plak.
Ni order dari Cik Emile. Bantal untuk dihadiahkan kepada buah hati tersayang.
Cik Emile nak ada hiasan2 comel penties, bra n boxer..hehehe..tak 18sx langsung kan...
Flannel+Felt+Kekabu bersaiz 18" x 28".