"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Set Bantal & Sarung Bantal Bayi

Alhamdulillah, niat Ina untuk menyiapkan bantal dan sarung bantal bayi ni tercapai juga. Zaman mengandungkan Fakhruddin dulu masih tiada mesin jahit. Kali ni walaupun mesin jahit yang kecil comel, tapi berjaya jugalah gagahkan diri menyiapkannya. 


Ina gunakan lebihan kain perca untuk bantal kepala dan lebihan kain belacu untuk bantal goleknya. Isi dalam Ina gunakan fiber


Manakala untuk sarungnya pula, Ina gunakan kain yang Ina beli dah bertahun dulu. Renda di bantal kepala tu kebetulan pula ada perca yang serupa dengan warna kain sarung bantal, bolehlah digunakan. Tapi tidak cukup untuk semua sarung, maka untuk bantal golek..tidaklah berenda-renda.


 Bantal Fakhruddin yang lama dulu semua dah tak boleh digunakan, maklumler dah 3 tahun lebih pun. 
Nanti kalau masih ada tenaga dan masa, ingat nak kena buat 1 set lagi, untuk nursery plak.

Hasil yang memuaskan hati dan budget sendiri. =)

Car Signage

Dah lama Ina nak buat benda alah ni sebenarnya. tapi tak pernahnya ada mood untuk mula. Bila mood dah datang..teruskan jer sampai siap.


Dan, sudah tentulah Ina letak di kancil. Sebab kancil tu Ina yang drive pergi balik kerja. Ingat nak buat satu lagi untuk Persona, tapi memandangkan Persona tu geraknya pun boleh kira ngn jari je berapa kali..biar dulu ler...hehehe... 


Comel je bile letak di kereta kan. Sanggup tu boyot2 pun basuh keto dek kerana nak leatakkan signage ni.

Projek Bekas Tisu

Projek bekas tisu lagi. Sebenarnya kat rumah Ina memang tiada bekas tisu untuk tisu kenduri. Baru ni adalah beli tisu kenduri tu untuk dipakai kat rumah. Bila mood datang, tengok kotak safety boot suami elok je tebal. Terus kidnap buat kotak tisu.

Pastu Ina buat pulak covernya daripada felt dan dihias dengan reben serta bunga hiasan hantaran adik kawin. Huhuhu...maka terhasillah...


Dah tak perlu beli kotak tisu. Menjimatkan. =)