"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."
Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Ina buat Giveaway.

"Entri promosi ini melekat sehingga 18 Julai 2012
Sila ke Giveaway by ::KyLeLiNa:: untuk penyertaan."

Ina ada buat giveaway di blog giveaway Ina.
dan Ina nak alu-alukan anda semua untuk turut serta.
Sebenarnya ini adalah giveaway kedua dari Ina. 
Giveaway pertama Ina buat di blog Cemmomile Craft.
Ada pelbagai sebab kenapa Ina nak buat giveaway, 
cuma jika disenaraikan macam tak padan pulak dengan hadiah yang tak seberapa. 
Cukuplah atas sebab tanda syukur dgn segala limpah rahmat dari-Nya untuk Ina dan keluarga.

Disamping memperkenalkan blog baru Ina yang masih baby,
baru lahir 17 June 2012 (semalam) =)
Blog yang mewakili diri Ina secara khusus untuk Ina jadikan laman perkongsian secara lebih peribadi.
Setelah bertahun-tahun memikirkan untuk menubuhkannya, akhirnya berjaya juga dengan tekad untuk memajukan diri dalam bidang penulisan.
Ini bermakna Ina dah ada 03 blog yang perlu dijaga.
Ketiga-tiga blog yang ada objektifnya sendiri.

TERMA & SYARAT
1. Follow ketiga-tiga blog Ina (Wajib) :: KyLeLiNa ::, Cemmomile Craft & ~MimosaLina~
3. Buat entry beserta banner & backlink kan ke entry ini,
4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.
5. Tarikh tutup - 18 July 2012 (12 malam)
 6. Hadiah untuk 03 orang yang bertuah.
7. Pemilihan pemenang berdasarkan CABUTAN BERTUAH.

Selamat maju jaya untuk anda semua.

"Entri promosi ini melekat sehingga 18 Julai 2012
Sila ke Giveaway by ::KyLeLiNa:: untuk penyertaan."

Mari Sertai Cabutan Bertuah LCS

Cabutan bertuah dari Little Colour Shop.
Sangtlah admire pada hasil kerja LCS.
Dah lama nak menjadi customer LCS ni..tapi asik delay jer..=)

LCS ada buat cabutan bertuah untuk customer2nya, pengunjung2 blognya dan bukan pengunjung (yg mengunjungi blog Cemmomile Craft ni pum bley sertai).

Syarat yang dikenakan sangatlah mudah :-
~ linkkan blog LCS di blog anda menggunakan 02 gambar yang telah diberikan 
 atau

~ tag kan 03 orang kawan anda
~ buat entry berkenaan Cabutan Bertuah LCS ni blog anda
~ dan tinggalkan link entry di ruangan komen supaya mudah untuk pihak LCS menjejak penyertaan anda.

Mudahkan..so pe lagi, jom reramai sertainya.

P/S - kalo tak ramai yang sertai nnti LCS nk tutup jer contest ni..sape rugi??? kita jugak..hehehe..

Ina nak tag Kak Wani, Dayang,dan Kak Limah.

Order Kak Nida & Hadiah GA

Ini adalah Order dan Hadiah GA untuk Kak Nida yg sgt bertuah. Yang besar itu adalah Hadiah GA dan yang kecik tu order untuk adiknya yang tersayang.
Kak Nida ni sgt kreatif dan sangat bersungguh2 dengan setiap GA/contest yg disertainya.
Tambahan pulak Kak Nida ni selalu menggunakan puisi/pantun/kata2 yang sangat indah yang jarang ditemui dah sekarang ni. Teruskan perjuangkan bahasa melayu yang indah ini.
 Hadiah GA-Bantal besar seperti yang dijanjikan.
Bantal kekabu bersaiz 18" x 28" dengan design sendiri.
 Ini pula order untuk adik kesayangannya. Yang ni bersaiz 12" x 18".
Baru pos petang tadi. Harap Kak Nida akan sukakanya.
Ni blog Kak Nida untuk sape2 yang nk terjah.

Order, hadiah GA & aksesori kereta

Salam Ramadhan semua. Dipenghujung Sya'ban&July ni Ina nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakan taulan, sahabat handai, saudara seagama terutamanya pelanggan-pelanggan yang banyak berkorban masa menunggu order disiapkan. Ina juga nak memohon kemaafan kepada semua dan semoga kita semua dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk membuat ibadat di bulan yang sangat diberkati ini.

ok, pertama Ina nak post pasal order Jaja dari Gambang, Kuantan. Jaja nakkan Car Hanging berupa camera CCTV. 



Kedua pasal Hadiah GA yg Ina menang dari crafter Nurul Farhan. Cantik sangat hasil kerja Nurul Farhan. Boleh lawat blognya di http://amira-niza.blogspot.com. dan boleh search Nurul Farhan di FB.
 Ketiga pasal Neck Rest Pillow yang baru Ina hasilkan. Untuk kereta sendiri. Sebenarnya dah lama nak buat tapi asik tak menyempat jer. Sangat minima hiasannya sebab dah malas nak fikir. Nanti bila fikir makin lama plak dan bila dah lama nanti takut tak jadi pulak nak buat. Hehehe..sudahnya jadilah yang very plain.=)
 Ukuran lebih kurang 08" x 11".
 Bila untuk diri sendiri, macam nilah jadinya..hehehe 
sgt simple kan.
Tada.... walaupun simple tapi Ina sangat sukakanya. =P

The winner is

Salam semua. Terima kasih kerana telah menyertai dan memberi sokongan kepada Ina untuk memeriahkan industri blog dengan GA yang tak seberapa ni.

Dan terima kasih kerana sudi menunggu saat-saat pemenang diumumkan. Minggu ni agak busy dan agak terbatas untuk online. Lepas post entry ni pun terus nak bersiap balik Maran, Pahang untuk kenduri kakak sedara.

Pemenang untuk cabutan bertuah telah dipilih secara cabutan undi. Mereka yang bertuah ialah :-


Dan pemenang untuk Hadiah Utama telah dipilih dan diadili keatas setiap syarat yang dikenakan. Dan sgtlah terpikat dengan entry beliau yang sgt kreatif dan perlukan masa untuk mengarang. So hadiah tersebut untuk beliau atas usaha gigih beliau membuat entry yang kreatif dan memikat hati.hehehe (tak kisahlah bodek ke ape asalkan gigih) =p.
Beliau ialah :-


Tahniah kepada pemenang-pemenang.
Emailkan nama penuh, alamat, phone, design & warna ke alamat berikut
cemmomile@yahoo.com.my