"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Order, hadiah GA & aksesori kereta

Salam Ramadhan semua. Dipenghujung Sya'ban&July ni Ina nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakan taulan, sahabat handai, saudara seagama terutamanya pelanggan-pelanggan yang banyak berkorban masa menunggu order disiapkan. Ina juga nak memohon kemaafan kepada semua dan semoga kita semua dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk membuat ibadat di bulan yang sangat diberkati ini.

ok, pertama Ina nak post pasal order Jaja dari Gambang, Kuantan. Jaja nakkan Car Hanging berupa camera CCTV. 



Kedua pasal Hadiah GA yg Ina menang dari crafter Nurul Farhan. Cantik sangat hasil kerja Nurul Farhan. Boleh lawat blognya di http://amira-niza.blogspot.com. dan boleh search Nurul Farhan di FB.
 Ketiga pasal Neck Rest Pillow yang baru Ina hasilkan. Untuk kereta sendiri. Sebenarnya dah lama nak buat tapi asik tak menyempat jer. Sangat minima hiasannya sebab dah malas nak fikir. Nanti bila fikir makin lama plak dan bila dah lama nanti takut tak jadi pulak nak buat. Hehehe..sudahnya jadilah yang very plain.=)
 Ukuran lebih kurang 08" x 11".
 Bila untuk diri sendiri, macam nilah jadinya..hehehe 
sgt simple kan.
Tada.... walaupun simple tapi Ina sangat sukakanya. =P

1 comment:

  1. waa..cute2..xsabar nk tgk cctv dpn mata..thx akak..

    ReplyDelete