"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Penutup Tahun 2012

Hasil kerja di hari-hari akhir 2012.
Menunaikan hasrat kawan untuk majlis sambutan ulangtahun pertama anaknya.

~Umi & Abi~

~ Ikram ~

~ ni gambar contoh yg diberikan ~

Dibawah ni pula hambar-gambar di Majlisnya, Ina xdapat datang masa tu.
Gambar ni pun amik ni FB Fariha.




Dan sebuah wristlet kecil - permintaan kawan ofis untuk anaknya.


Dengan itu Ina nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua pembaca, pelanggan, dan teman-teman di Cemmomile Craft ini. Semoga tahun mendatang memberikan kita semua lebih kebahagian.

Apartment For Sale - M'Tiara Service Apartments, Jalan Dato Jaafar, Larkin JB

Assalamualaikum semua,
Kawan sepengajian Ina nak jual rumahnya dengan kadar segera sebab nak beli rumah lain yang lebih dekat dengan tempat kerja wifenya. Sesiapa yang memang sedang mencari rumah di area Larkin JB bolehlah riki-riki. Keterangan lanjut berkenaan rumahnya ada dinyatakan seperti di bawah.



Brand New Service Apartments For Sale :-

- Level 9 With Balcony
- International Lot / Corner Lot
- Swimming Pool View
- CFO August/September 2012
- 3 Bedroom & 2 Bathroom
- 1006 Sqft

Facilities :-

- Guest Clubhouse
- Swimming Pool
- Gymnasium
- Meeting Room
- Children Playground
- Mini Market
- 24 Hour Security
- Access Card Security Entrance & Lift
- Intercom Line To Guard House
- 1 Unit Free Parking Lot
- 5 Min To Bus Terminal (Larkin)
- 10 Min To JB City Centre
- 10 Min To CIQ

- 10 Min to KSL Resort & Holiday Plaza 
- 10 Min to Mutiara Hotel
- 10 Min to Danga City Mall


Additional Furniture Items :-

SOFA SET & CURTAIN
- L Shape Seater Sofa Set
- Curtain c/w Super Tracks To All Window

BUILD-IN CABINET
- Kitchen Cabinet L Shape
- Full Height Built-In Cabinet To 3 Bedroom
- Study Table (1 Nos)
- Side Table (2 Nos)

LOOSE FURNITURE & MATTRESS
- Dining Table With Chairs (1 Set)
- 5' Queen Size Divan & Mattress (2 Sets)
- 3' Single Size Divan & Mattress (1 Set)

GAS HOB & COOKER HOD
- Cooker Hoob & gas Hob Set

FREE FULL HOUSE POWDER COATING GRILL


Price RM350,000 Are Inclusives All Items Above.


Untuk keterangan lanjut boleh email atau call terus ke has_rina293@yahoo.com / 0167409293 (En. Hasbullah -Tuan Rumah)

Berehat

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Lama Ina tak update blog yang satu ni. Ina minta maaf kerana terpaksa menolak pesanan daripada beberapa pelanggan. Ina sedang memberi ruang kepada diri sendiri supaya Ina boleh melebihkan masa bersama anak, suami, beberpa projek baru dan terutamanya pengurusan keluarga.
 
IngsyaAllah bila semuanya kembali teratur, Ina akan aktif semula. Permintaan yang ringkas2, dan tidak melibatkan due date yang pendek masih boleh Ina terima bergantung kepada stok bahan yang ada. Kepada kawan-kawan crafter yang masih ada masa ruang untuk buat bantal, boleh hubungi Ina dan Ina akan berikan nama dan nombor anda kepada pelanggan sebagai cadangan. Sebab kadang2 ada juga pelanggan yang tanya, kat mana lagi dia boleh order bantal.

Dibawah ni beberapa produk yang dihasilkan dalam ramadhan lalu.

Bantal Harijadi dari Cik Areyue.Berukuran 12" x 18".


Name Keychain juga sebagai hadiah kepada pemenang Giveaway by ::Kylelina::
Sebenarnya ada beberapa nama lagi, tapi entah kemana hilangnya gambar yang lain tu.

Ina sekarang juga tengah menyiapkan cross-stitch yang tergendala dan sedang merancang beberapa projek. Cuma kadang-kadang kekangan masa tu membuatkan semuanya hampir tak berjalan =).

Sebelum Ina menyudahkan entry kali ni, sekali lagi Ina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan, kawan-kawan crafter pelbagai kategori dan pengedar barangan craft yang beragama Islam. Ina juga memohon beribu kemaafan atas segala salah silap dalam masa berurusan. Semoga lembaran mendatang akan memberikan kita lebih semangat untuk menghasilkan sesuatu yang kita suka.

Biola

Order dari Alisya Aisya.
Sebiji Biola.


Masa nak menyiapkan ni Muhammad Fakhruddin asik nak memetik jer tali-tali biola ni.
Bila ada masa nanti, Ina nak buatkan juga 1 untuk Fakhruddin.

Ina buat Giveaway.

"Entri promosi ini melekat sehingga 18 Julai 2012
Sila ke Giveaway by ::KyLeLiNa:: untuk penyertaan."

Ina ada buat giveaway di blog giveaway Ina.
dan Ina nak alu-alukan anda semua untuk turut serta.
Sebenarnya ini adalah giveaway kedua dari Ina. 
Giveaway pertama Ina buat di blog Cemmomile Craft.
Ada pelbagai sebab kenapa Ina nak buat giveaway, 
cuma jika disenaraikan macam tak padan pulak dengan hadiah yang tak seberapa. 
Cukuplah atas sebab tanda syukur dgn segala limpah rahmat dari-Nya untuk Ina dan keluarga.

Disamping memperkenalkan blog baru Ina yang masih baby,
baru lahir 17 June 2012 (semalam) =)
Blog yang mewakili diri Ina secara khusus untuk Ina jadikan laman perkongsian secara lebih peribadi.
Setelah bertahun-tahun memikirkan untuk menubuhkannya, akhirnya berjaya juga dengan tekad untuk memajukan diri dalam bidang penulisan.
Ini bermakna Ina dah ada 03 blog yang perlu dijaga.
Ketiga-tiga blog yang ada objektifnya sendiri.

TERMA & SYARAT
1. Follow ketiga-tiga blog Ina (Wajib) :: KyLeLiNa ::, Cemmomile Craft & ~MimosaLina~
3. Buat entry beserta banner & backlink kan ke entry ini,
4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.
5. Tarikh tutup - 18 July 2012 (12 malam)
 6. Hadiah untuk 03 orang yang bertuah.
7. Pemilihan pemenang berdasarkan CABUTAN BERTUAH.

Selamat maju jaya untuk anda semua.

"Entri promosi ini melekat sehingga 18 Julai 2012
Sila ke Giveaway by ::KyLeLiNa:: untuk penyertaan."

Keychain Nama

Order dari Sri, Serawak.
Ni kali ke-tiga Sri order, semuanya bertemakan bunga matahari.

Seri pernah order Keychain & Car Hanging 
serta gambar apron berbunga matahari untuk diframekan.

Semoga Sri sukakannya.

Keychain Kereta

Order dari Yana, kawan baru di tingkat bawah.
Yana mahukan 04 buah kereta.

Semoga Yana sukakannya.

Siapa nak Pie Maker???

Salam semua, hari ni entry agak terkeluar dari bidang kraf.
Ina nak bagitau yang kkida dari koleksi1001resepi sedang buat GA.
Dan diantara hadiah menarik untuk direbut ialah Pie Maker.

Marilah sama-sama sertai giveaway kkida.

Entry Ina di sini.

Order Wanny, Muadzam Shah

Order dari adik Wanny dari Muadzam Shah, Pahang.
Berikut gambar yang telah diisihkan.
 ~Angry birds hitam~

~Angry birds merah~

~Alvin~

~Domo~

~Sponge bob~

~Love~

HP Case

Semoga Wanny sukakannya.

Colouful Pingu

Colouful Pingu yang comel.
Status - Available
Boleh email/sms jika berminat.

Sesuai untuk dijadikan hiasan di dalam kereta,
sebagai mainan baby untuk dipeluk-peluk,
dibawak ke opis untuk dijadikan bantal atas meja =)
dan macam-macam lagi mengikut kreativiti anda.

Order Cik Anum, Sabah

Cik Anum nak gambar ala-ala cikgu.
Harap Cik Anum sukakannya.

Pencil Case Pink

Order dari kawan ofis untuk anak daranya.
 ~depan~

~belakang~

Bolehlah Ainna gunakan next week.
Semoga Ainna sukakannya.

Tissue Cover Polka Dot

Order dari kawan kepada kawan =)
Dia mahukan bekas tisu bewarna hijau lumut dan berhiasan colourul  polka dot.
'Simple sahaja' pintanya.
 ~gambaran keseluruhan~

 ~dari atas~

~dari sisi~

Semoga yang menerimanya berpuas hati.

Sharing is caring - Surat dari Carl Samsudin

Ina bw and jumpe blog Carl Samsudin, then bace entry2nya yang menjana minda. Salah satu idea menarik dari Carl yang Ina nak kongsikan dengan semua.

Surat Untuk Rakyat Malaysia

Carl Samsudin,
CarlSamsudin.blogspot.com
Putrajaya, Malaysia. 
_________________________________________________________

Rakyat-Rakyat Malaysia Yang Dicintai,
14 Negeri di Malaysia,
Malaysia.

Tuan/Puan,

PERKARA: ROMBAKAN DAN PEMULIHAN SEMULA SISTEM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) SECARA BESAR-BESARAN

Merujuk pekara diatas, saya Carl Samsudin, penulis surat ini merayu agar pihak yang berkuasa dapat menyelami dan memahami apa yang saya ingin sampaikan ini dan saya juga mengharapkan seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama dapat menyokong habis-habisan terhadap surat ini agar surat ini  sampai  ke tangan pihak-pihak yang berkuasa. Ini merupakan satu luahan perasaan rakyat-rakyat yang dikatakan sebagai 'middle-class income' tetapi hakikinya, rakyat-rakyat yang miskin.



2. Seperti ramai diantara kita yang tahu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih mudah dikenali sebagai KWSP ini ditubuhkan untuk menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya dan ahli-ahlinya (pencarum) adalah merupakan pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam. 

3. Caruman (duit) akan dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah. Dan disini saya ingin bertanya kepada pihak berkuasa, KWSP mempunyai perkataan SIMPANAN. Apabila kita menyuruh seseorang yang amanah untuk MENYIMPAN barang kita, bolehkah orang yang amanah itu mengunakan barang yang diamanahkan tersebut? Kalau pihak tuan/puan menyatakan TIDAK, tetapi mengapakah KWSP yang mempunyai perkataan SIMPANAN dengan sewenang-wenangnya menggunakan duit ahli-ahlinya untuk dilaburkan? Itu menunjukkan satu sikap tidak amanah dan jujur oleh pihak KWSP.

4. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun dan akan dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Dan disini saya ingin bertanya pada pihak berkuasa, tahukah pihak tuan/puan bahawasanya dividen yang ditetapkan itu adalah RIBA di dalam Islam? Dan kita adalah diwajibkan untuk memiliki akaun KWSP, seperti kita diwajibkan mengamalkan sistem syaitan ini, RIBA.

Al-Qur’an menjelaskan tentang riba, pada surat Al-baqarah:275; 

الَّذِينَ يَأْكُلوُنَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَآءَهُ مَوْعِظَةُُ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah:275)

5. Saya memohon agar pihak berkuasa membuat rombakan dan menyusun kembali sistem KWSP dengan caruman yang dimasukan ke dalam KWSP itu didalam bentuk EMAS YANG NYATA dan bukannya MATAWANG RINGGIT. Sehingga kini, kebanyakkan dari masyarakat Malaysia sudah tahu dimana nilai matawang kita susut setiap hari demi hari. Manakala nilai emas adalah hampir sama nilainya dari beratus ribu tahun lampau sehingga sekarang. Disebabkan nilai matawang kita semakin jatuh, harga emas kelihatan menaik dengan mendadak. 

6. Wang fiat yang kita gunakan sekarang adalah wang yang dicetak mengikut peraturan atau undang-undang sesebuah kerajaan bukan berlandaskan simpanan emas lagi. Wang fiat tercipta selepas pembatalan Piawaian Emas pada 1970-an. Sebelum 1970-an, wang kita berlandaskan berat tetap emas. 


Selepas pembatalan Piawaian Emas pada tahun 1970-an. Harga emas menjadi semakin mahal disebabkan nilai matawang kita semakin jatuh hari demi hari disebabkan sistem Wang Fiat ini. Wang Fiat ini hari demi hari dicetak dengan banyaknya diseluruh dunia. Semakin banyak Wang Fiat di dalam dunia, semakin jatuh nilainya. Semakin jatuh nilai Wang Fiat, semakin tinggi harga emas dunia. Ini akan berterusan sehingga Wang Fiat sudah tiada nilainya lagi.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar(emas) dan dirham(perak) (untuk digunakan)”

7. Wang Fiat ini lah yang menyebabkan terwujudnya 'Inflasi'. Inflasi merupakan satu peningkatan harga barangan dan perkhidmatan di dalam sesebuah ekonomi pada tempoh masa tertentu. Kita menampakkan harga barangan semakin mahal hari demi hari, sebenarnya bukan harga barangan yang menjadi mahal, tetapi sebaliknya nilai Wang Fiat kita semakin jatuh hari demi hari. 

8. Sehubungan dengan itu, mengapa kita menyimpan Wang Fiat di dalam KWSP sedangkan kita tahu bahawa nilai Wang Fiat itu semakin jatuh dengan teruk. Kita tidak tahu 10-30 tahun akan datang berapakah nilai Wang Fiat kita di dalam KWSP kita. Kalau lah sekalipun nilai Wang Fiat di dalam KWSP kita menjadi RM500,000 semasa kita berumur 50 tahun. Tetapi kita tidak tahu nilai matawang kita pada tahun tersebut.   Kemungkinan besar menjadi seperi negara jiran kita, Indonesia. Apa yang mereka boleh beli dengan 500,000 Rupiah mereka? Sama-sama fikirkan. 

Justeru itu, saya menyeru rakyat Malaysia yang dicintai agar kita cuba meyakinkan kerajaan tercinta kita agar menukarkan sistem KWSP dari menggunakan Wang Fiat kepada Emas yang sebenar. Kerana wang sebenar adalah emas, seperti yang digunakan oleh junjungan kita Rasulullah SAW. Saya sebagai rakyat Malaysia yang perihatin menunggu dengan redha maklum balas dari pihak tuan/puan. 

Berkhidmat untuk masyarakat Malaysia yang tercinta,

Carl Samsudin.

Cemmomile Biggest Love Shape Pillow

Inilah bantal berbentuk love yang terbesar dari Cemmomile Craft. 
Kurang sikit dari 1 meter flannel.
Untuk jadi sebiji bantal guna 02 meter flannel.
Semoga rumahtangga Mimi hingga ke akhir hayat.

Suri Rumah Genius

Boleh klik Banner di sidebar untuk review. 

Kepada kawan-kawan yang berkerjaya, pernah tak terpikir untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
Ya, sepenuh masa bersama keluarga, membesarkan anak dengan tangan sendiri, menanti anak pulang dari sekolah sambil menyediakan makanan tengah hari.

Menguruskan keperluan dan harta suami sebaik mungkin. Suami ibarat Perdana Menteri, dan kitalah yang menyandang lain-lain jawatan menteri. Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan, Menteri Kesihatan, pendek kata segala hal-hal dirumah boleh dipantau 100%.

Itulah cita-cita utama Ina. Nak menguruskan rumah tangga 24 jam. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bila dirumah. Tetapi apakan daya, buat masa sekarang masih amat perlu untuk kami sama-sama membantu dari sudut ekonomi keluarga.

Ina suka idea-idea yang diketengahkan oleh Masayu Ahmad tentang bagaimana seorang suri rumah masih boleh menjana kewangan sendiri walaupun tidak bekerja makan gaji.

Semoga perkongsian ini boleh membuka minda kita untuk mendapatkan idea-idea yang bernas untuk menambah kualiti sebagai tonggak kecemerlangan keluarga.

Boleh klik Banner di sidebar untuk review.

Sharing is caring - Tips untuk anda yang ingin memulakan aktiviti craft.

Ina amat jarang online FB. Bila sesekali buka akaun FB terdapat dua tiga email yang bertanyakan soalan berkenaan memulakan perniagaan / aktiviti kraf. Di sini Ina ada beberapa tips yang Ina praktikkan masa Ina mula-mula nak melibatkan diri dengan felt craft ni. Anda perlu ada sedikit kesungguhan untuk membuat kajian tentangnya perkara-perkara dibawah.
 
 (Gambar dari google)
(Walaupun contoh-contoh yang digunakan lebih menjurus kepada aktiviti felt craft-tetapi boleh diaplikasikan pada lain-lain craft)

1. Bahan
Anda perlu tahu perkara yang anda perlukan seperti  bahan utama, bahan sampingan dan peralatan yang digunakan. Anda juga perlu mengorbankan sedikit masa anda untuk mencari beberapa pembekal untuk membuat perbandingan harga. Dapatkan bahan dalam kuantiti yang minimum terlebih dahulu.

2. Tutorial / Cara penghasilan produk.
Anda boleh dapatkan tenaga pengajar secara percuma dengan hanya meng’google’. Taip perkatan Tutorial / DIY / Step by Step atau apa sahaja kata kunci yang anda rasa boleh membawa anda ke laman yang menyediakan tutorial secara percuma.

3. Lokasi dan Masa.
Cari masa dan lokasi yang sesuai di dalam rumah / bilik anda untuk memulakannya. Anda perlu banyak memberi tumpuan pada hasil kerja anda supaya hasilnya dapat memberikan anda motivasi seterusnnya berusaha memperbaikinya lagi. Jika anda mempunyai ilmu asas yang berkaitan dengan aktiviti baru anda, ia adalah satu bonus untuk anda.  Contoh dalam bidang felt craft, jika anda tahu asas menjahit, anda hanya perlukan sedikit panduan dan kreativiti untuk menaiktarafkan hasil anda.

4. Promosi – pasaran
Jika anda berniat untuk menjadikan bidang baru anda sebagai satu keuntungan. Anda perlu iklankan. Oleh kerana anda masih baru, mungkin anda boleh kongsikan gambar produk anda di FB dan blog anda. Selain dari itu anda juga boleh menggunakannya sendiri. Jika ada kawan-kawan yang bertanya, jawablah dengan jujur.

Apabila kemahiran anda semakin meningkat, dan anda berniat untuk menjadikannya sebagai salah satu cabang sumber pendapatan anda, anda boleh meluaskan pasaran anda dengan membina blog / FB khusus supaya ianya tidak mengganggu blog / FB peribadi anda.

Terdapat juga pantang-larang dalam bab-bab pemasaran ni. Nanti kalau ada masa Ina kongsikan dengan anda semua yer. Ada yang Ina terbuat, dan ada yang orang lain buat then kita ambil buat pengajaran.

5. Daftarkan dengan SSM.
Ini adalah penting untuk mengukuhkan lagi kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda. Ina mendaftar dengan SSM sebab apabila Ina dah mula terima sedikit keuntungan dan beroperasi dari blog, Ina bimbang kena saman bila ada pihak SSM buat pantauan.

6. Hormat hasil individu lain.
Ini adalah perkara yang amat penting. Elakkan meniru produk orang lain. Sesetengah crafter yang telah berjaya, terdapat keunikan dan kelainan dalam produk mereka. Pendek kata sekali tengok pun kita dah tahu crafter mana yang buat. Jika anda tiada keunikan macam Ina ni =) takpe, tapi jangan plagiat hasil orang lain.

Anda boleh buat rujukan dan kajian dengan hasil produk orang lain. Tetapi janganlah sampai meniru 100% dan lebih malang lagi anda pasarkan sebagai produk anda. Memang crafter tak beli hak cipta sebab tak berbaloi tapi kita kenalah hormat hasil orang lain.

Contoh-felt craft-produk keychain nama. Ada pelbagai variasi keychain nama yang telah dihasilkan oleh crafter lain maka anda perlu pikirkan untuk buat keychain nama versi anda sendiri. Ianya akan memeriahkan lagi dunia crafter dengan idea2 unik anda.

Kita boleh cedok ilmu dari tutorial dan buat rujukan dari produk orang lain, tapi gunakan sedikit kreativiti untuk mengolah dan mecari kelainan dari produk sedia ada.
 (Gambar dari google)
 
Setiap orang pengalamnya berbeza dalam memulakan aktiviti dan perniagaan yang berteraskan kraftangan ni. Jika kawan-kawan di luar sana juga ada pengalaman yang berbeza dan ingin kongsikan bersama, atau ada penambahan tips-tips berguna dan bermanfaat boleh lah buat entry berkenaan topik ini di blog anda dan copykan url entry anda di ruangan komen di entry ini.

Bekas Cermin Mata

02 Jenis bekas cermin mata.
Sebenarnya yang diminta cuma 1, tapi Ina buatkan 02 jenis.
Senang nak pilih yang mana sesuai.

Jenis yang pertama leper dan berbutang tap.
yang kedua berkotak dan bertali.

Keputusannya - Yang berkotak lebih sesuai sebab lebih mudah untuk masukkan cermin mata.
Yang leper tu pun boleh cuma haruslah dibesarkan lagi saiznya supaya longgar untuk cermin mata.
Dan penggunaan butang tap tak sesuai untuk bekas cermin mata.

TQ kak emmy.

Terima Kasih Mak!

Terima kasih mak
sebab 29 tahun yang lampau
pada tarikh ini
mak telah melalui
kesakitan untuk melahirkan Ina

Terima kasih mak
Sebab sejak 29 tahun yang lalu
mak telah membesarkan Ina
dengan penuh kasih sayang
yang melimpah ruah

Terima kasih mak
Sebab sejak 29 tahun dulu
mak telah mendidik Ina
dengan sebaiknya
untuk menjadi seorang insan.

Terima kasih mak
kerana setelah 29 tahun
kini Ina paham hati seorang mak
yang menyayangi anak dengan jiwa raganya
yang berkorban untuk anak harta dan nyawa
yang mendidik anak penuh pengertian

Terima kasih mak
Terima kasih kerana telah melahirkan Ina
dan mengizinkan Ina menerima kasih sayang mak
yang tak terhingga luasnya

Ina sayang mak & abah.
Ina sayang pezal & fakhruddin.

Happy Birthday to me!

dan
Selamat Hari Guru kepada
semua guru-guru yang telah mendidik Ina khasnya
semua yang bergelar guru amnya
dan istimewa untuk adik ipar, kakak ipar dan abang yang memilih kerjaya sebagai guru.

Jasamu tetap dikenang setiap manusia. Kerna setiap yang bernyawa pasti ada guru dalam hidupnya.

Remember ALPS Always!

Order dari kawan adik untuk rakan sekerjanya yang berhenti & balik ke Indonesia.
Semoga yang menerimanya pun berpuas hati.

Product - Handmade Pillow
Materials - Flannel, Felt and Fiber
Size - 12" x 12"

Projek Barangan Terbuang

Salam sejahtera kepada semua, semoga dirahmati dan diberkati Allah swt. Agak lama jugak ler Ina menyepi kan, sejak akhir-akhir ni Ina agak sibuk sikit. Hari ni Ina nak kongsi tentang projek barangan terbuang yang Ina buat.

Sebenarnya Ina dah lama jatuh cinta dengan aktiviti kitar semula. Di rumah memang Ina sediakan satu sudut untuk buang barangan yang boleh dikitar semula. Kalu banyak Ina jual - kalau tak memang Ina bagi jer kat lori kitar semula tu. Yang penting objektif Ina untuk membantu menyelamatkan bumi ni tercapai. =) Walaupun tidak menyumbangkan terlalu banyak kesan, tapi secara peribadinya Ina sangat berpuas hati sebab Ina tak membazir sumber tenaga.

Aktiviti kitar semula ni menjadi lebih bernilai pada Ina setelah Ina menonton rancangan Majalah 3, ada slot perubahan Jepun setelah dilanda tsunami, bagaimana mereka bersungguh-sungguh mencari sumber tenaga selain nuklear. Dan sampah adalah sumber tenaga alternatif yang mereka ada. Kagum sangat dengan pencapaian Jepun yang memang ditangga teratas dari segi teknologinya. Bertambah kagum dengan penghasilan kenderaan-kenderaan elektrik bercas tanpa wayar. Dan tambah-tambah kagum semua teknologi itu dibangunkan setelah tsunami melanda 02 tahun dulu. Ye..02 tahun sahaja.

Dan Ina juga ada menonton rancangan TV 3 juga tapi lupa tajuk rancangannye, juga berkenaan teknologi kitar semula tapi dari anak tempatan. Malaysia juga maju dan berjaya mengeksport produk-produk dari kitar semula ke serata negara. Terasa sangat berbangga waktu menontonnya.

Ok, itu kisah di luar dan dalam negara. Di luar dan di dalam rumah kita pun kita masih boleh aplikasikannya walaupun dengan cara berbeza. Yang penting - Kitar semula - Jimat Wang.

Diantara projek kitar semula yang Ina buat - ye ianya biasa sahaja - tapi kalau tanpa kerajinan ianya tetap tidak akan berhasil kan.

Tempat alat tulis

- Tabung duit -

Tempat buku / fail

 Tempat buku / fail yang lebih besar

Ina juga ada buatkan Fakhruddin kereta dan meja dari kotak yang lebih besar. IngsyaAllah Ina akan postkan di blog nanti.