Ina amat jarang online FB. Bila sesekali buka akaun FB terdapat dua tiga email yang bertanyakan soalan berkenaan memulakan perniagaan / aktiviti kraf. Di sini Ina ada beberapa tips yang Ina praktikkan masa Ina mula-mula nak melibatkan diri dengan felt craft ni. Anda perlu ada sedikit kesungguhan untuk membuat kajian tentangnya perkara-perkara dibawah.
(Gambar dari google)
(Walaupun contoh-contoh yang digunakan lebih menjurus kepada aktiviti felt craft-tetapi boleh diaplikasikan pada lain-lain craft)
1. Bahan
Anda perlu tahu perkara yang anda perlukan seperti bahan utama, bahan sampingan dan peralatan yang digunakan. Anda juga perlu mengorbankan sedikit masa anda untuk mencari beberapa pembekal untuk membuat perbandingan harga. Dapatkan bahan dalam kuantiti yang minimum terlebih dahulu.
2. Tutorial / Cara penghasilan produk.
Anda boleh dapatkan tenaga pengajar secara percuma dengan hanya meng’google’. Taip perkatan Tutorial / DIY / Step by Step atau apa sahaja kata kunci yang anda rasa boleh membawa anda ke laman yang menyediakan tutorial secara percuma.
3. Lokasi dan Masa.
Cari masa dan lokasi yang sesuai di dalam rumah / bilik anda untuk memulakannya. Anda perlu banyak memberi tumpuan pada hasil kerja anda supaya hasilnya dapat memberikan anda motivasi seterusnnya berusaha memperbaikinya lagi. Jika anda mempunyai ilmu asas yang berkaitan dengan aktiviti baru anda, ia adalah satu bonus untuk anda. Contoh dalam bidang felt craft, jika anda tahu asas menjahit, anda hanya perlukan sedikit panduan dan kreativiti untuk menaiktarafkan hasil anda.
4. Promosi – pasaran
Jika anda berniat untuk menjadikan bidang baru anda sebagai satu keuntungan. Anda perlu iklankan. Oleh kerana anda masih baru, mungkin anda boleh kongsikan gambar produk anda di FB dan blog anda. Selain dari itu anda juga boleh menggunakannya sendiri. Jika ada kawan-kawan yang bertanya, jawablah dengan jujur.
Apabila kemahiran anda semakin meningkat, dan anda berniat untuk menjadikannya sebagai salah satu cabang sumber pendapatan anda, anda boleh meluaskan pasaran anda dengan membina blog / FB khusus supaya ianya tidak mengganggu blog / FB peribadi anda.
Terdapat juga pantang-larang dalam bab-bab pemasaran ni. Nanti kalau ada masa Ina kongsikan dengan anda semua yer. Ada yang Ina terbuat, dan ada yang orang lain buat then kita ambil buat pengajaran.
5. Daftarkan dengan SSM.
Ini adalah penting untuk mengukuhkan lagi kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda. Ina mendaftar dengan SSM sebab apabila Ina dah mula terima sedikit keuntungan dan beroperasi dari blog, Ina bimbang kena saman bila ada pihak SSM buat pantauan.
6. Hormat hasil individu lain.
Ini adalah perkara yang amat penting. Elakkan meniru produk orang lain. Sesetengah crafter yang telah berjaya, terdapat keunikan dan kelainan dalam produk mereka. Pendek kata sekali tengok pun kita dah tahu crafter mana yang buat. Jika anda tiada keunikan macam Ina ni =) takpe, tapi jangan plagiat hasil orang lain.
Anda boleh buat rujukan dan kajian dengan hasil produk orang lain. Tetapi janganlah sampai meniru 100% dan lebih malang lagi anda pasarkan sebagai produk anda. Memang crafter tak beli hak cipta sebab tak berbaloi tapi kita kenalah hormat hasil orang lain.
Contoh-felt craft-produk keychain nama. Ada pelbagai variasi keychain nama yang telah dihasilkan oleh crafter lain maka anda perlu pikirkan untuk buat keychain nama versi anda sendiri. Ianya akan memeriahkan lagi dunia crafter dengan idea2 unik anda.
Kita boleh cedok ilmu dari tutorial dan buat rujukan dari produk orang lain, tapi gunakan sedikit kreativiti untuk mengolah dan mecari kelainan dari produk sedia ada.
Setiap orang pengalamnya berbeza dalam memulakan aktiviti dan perniagaan yang berteraskan kraftangan ni. Jika kawan-kawan di luar sana juga ada pengalaman yang berbeza dan ingin kongsikan bersama, atau ada penambahan tips-tips berguna dan bermanfaat boleh lah buat entry berkenaan topik ini di blog anda dan copykan url entry anda di ruangan komen di entry ini.
info yang berguna thanks....
ReplyDeleteyaaa,info yg berguna....tima kasih ye cik cemmo hehe
ReplyDeletenice tips.. jmpe ur blog mse tgh goggle2.. btw, nk tye.. mcm mane nk dftr dgn SSM :)
ReplyDeleteTips yang sangat bagus. Saya ada link kan page ni..(^___^)
ReplyDeletesalam.. tips yg sngat berguna.. mohon utuk share.. terima kasih :)
ReplyDelete