"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Terima Kasih Mak!

Terima kasih mak
sebab 29 tahun yang lampau
pada tarikh ini
mak telah melalui
kesakitan untuk melahirkan Ina

Terima kasih mak
Sebab sejak 29 tahun yang lalu
mak telah membesarkan Ina
dengan penuh kasih sayang
yang melimpah ruah

Terima kasih mak
Sebab sejak 29 tahun dulu
mak telah mendidik Ina
dengan sebaiknya
untuk menjadi seorang insan.

Terima kasih mak
kerana setelah 29 tahun
kini Ina paham hati seorang mak
yang menyayangi anak dengan jiwa raganya
yang berkorban untuk anak harta dan nyawa
yang mendidik anak penuh pengertian

Terima kasih mak
Terima kasih kerana telah melahirkan Ina
dan mengizinkan Ina menerima kasih sayang mak
yang tak terhingga luasnya

Ina sayang mak & abah.
Ina sayang pezal & fakhruddin.

Happy Birthday to me!

dan
Selamat Hari Guru kepada
semua guru-guru yang telah mendidik Ina khasnya
semua yang bergelar guru amnya
dan istimewa untuk adik ipar, kakak ipar dan abang yang memilih kerjaya sebagai guru.

Jasamu tetap dikenang setiap manusia. Kerna setiap yang bernyawa pasti ada guru dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment