"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

:: KyLeLiNa ::

Wall Organiser & Cerita Hujung Minggu.

Wall organiser ni order dari Ila, Pahang. 
Dia mahukan 03 poket dengan susunan menurun.

Maka Jadilah begini. 
Semoga Ila akan sukakannya.

 Dan semalam Kak Nanie, senior masa sekolah di SMAM datang rumah untuk ambil bantal yang dipesan.
Kak Nanie nak datang minggu lepas lagi, tapi keretanya eksiden pulak-tu yang tunda ke semalam.
Lama sungguh berborak dengan Kak Nanie, maklumlah lama betul tak jumpa.
Terkeluar cerita-cerita lama.
Kak, Ina sekarang dah tak penakut sangat dengan lelaki macam dulu, 
tapi takler berani sangat =) hehehe.
Sekarang bekerja dalam sektor lelaki, Ina sorang je perempuan kat ofis ni kak.
Harung je lah. =)

Takziah atas pemergian adik Kak Naniey yang juga classmate Ina.
Sebenarnya Ina tau ada classmate SMAM meninggal, 
cuma dalam pikiran Ina wajah orang lain yang jelma.
(Ina memang susah sikit nak ingat dan match kan nama & muka kawan-kawan lelaki-nampak macam sama jer.)
Arwah sempat menamatkan pelajarannya di Mesir.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, ramai diantara kawan-kawan sekolah Ina yang dah dijemput Ilahi. 
Kawan sekolah rendah, sekolah menengah agama, sekolah teknik, dan kawan masa sama-sama sebagai kontrak staff di syarikat sekarang pun ada yang dah pergi dulu.
Kelmarin ada pegawai di jabatan Ina yang meninggal, 
semalam anak pegawai yang meninggal.
Semoga roh mereka semua ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Ok stop cerita sedih-sedih.

~~@@@~~

Ingat lagi tak pasal entry nak kurus Ina yang lalu.
sekarang dah dekat 12 hari kot Ina minum.
Alhamdulillah Ina dah rasa sedikit selesa dengan keadaan badan.
Lemak-lemak jahat tu dah berkurang.
Masih tak timbang dan ukur lagi. 
Nanti dah timbang Ina update. =)

0 Ulasan untuk Cemmomile:

Post a Comment