"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Aku & Dunia Baruku

Telah 04 minggu dan 04 hari Ina di alam perkahwinan. Masih lagi dalam proses penyerasian dengan suami. Walaupun sudah hampir 05 tahun kenal,
tapi bila duk sebumbung tak semudah yang disangka.

Adalah amat rumit untuk menyempurnakan tugas seharian sebagai isteri kerana Ina bukanlah individu yang terlalu prihatin terhadap orang lain sebelum ini.
Terima kasih kepada suami kerana masih memberi Ina ruang untuk belajar.
Terlalu banyak pengorbanan suami dalam membentuk Ina menjadi isteri solehah.

Dalam keadaan masih mencari-cari arah untuk menjadi seorang isteri solehah,
Ina disahkan hamil..orang kata Bunting Pelamin.
Alhamdulillah…Syukur…
Keadaan tekak yang tak berapa stabil (masih tiada kesan pada fizikal & emosi), membataskan Ina untuk menjaga segala keperluan dalam rumahtangga. Tambahan pula Ina sememangnya masih bertatih untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru ini.

Walauapapun, Syukur kehadrat Ilahi dengan rezeki dan rahmat-Nya.

Sekian, wassalam.

Kelahiran Blog Baru

Syukur Alhamdulillah. Dengan izin-Nya Ina berjaya juga mempunyai 1 blog utk mewakili diri Ina..berkat tunjuk ajar Shiera. Thanks Shiera.

Untuk permulaan ni, xder banyak perkara untuk diperkatakan. Cuma pengajaran yang Ina dapat...dan sememangnya sering diberitahu....perbanyakkanlah bertanye untuk mencari ilmu.

Wassalam.