"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

MAS Car Hanging & Mini Tissue Cover



Order daripada kawan adik. Nak sangkut dalam kereta katanya.

Yang ni plak Mini Tissue Cover - Versi testing.

Hadiah Perkahwinan


Salam semua...

Hari ni Ina nk tunjukkan projek x-stitch yang dah siap. Sebenarnya dah lame siap cume selalu tak berkesempatan nak muat turun. Tambahan pulak ngan kerja-kerja kat opis yang banyak dan sangat meletihkan otak...balik keje jer kalo bley nk trus dummmm jer tdo....hehehehe....

X-stitch ni Ina wat utk diri sendiri...ingat nk wat hadiah ms 1st anniversary nnti... tapi dh siap ni..tak sabar nk gantung... tak smpat nk tunggu anniversary dah...=)

Kalo de sape2 berminat dan nak tempah utk diri sendiri atau utk dijadikan hadiah perkahwinan kepada kengkawan/sedare mare..bley ler email Ina. IngsyaAllah Ina bley watkan lagi..lagi...dan lagi...

Ini plak projek yang belum pasti bley disiapkan atau belum...huhu... bile perut dh memboyot ni pergerakan pun dah agak terbatas... sedangkan projek ni memerlukan sedikit kerahan tenaga...takperlah..nnti Ina mintak tolong cik abang belikan bahan dulu...dah siap nnti Ina share kan kat sini yer...tp bile tu yer...hehehe
ops...dh siap muat turun baru perasan huruf H tu terbalik...adoiler...

Projek Baru - Felt craft, mag dan x-stitch

Salam semua..

Harap sihat2 jer. Waktu tengah menaip ni Ina sedang kekenyangan.
Alhamdulillah dengan rezeki kurniaan Allah.
Siap lunch baru teringat nk update blog.
Hari ni de 2 perkara Ina nk update. Felt craft dan x-stich...=)

Sebenarnye Ina dh terbekenan dengan Felt Craft
So order ler kain felt dari MsCraft Shope..
Bile sampai jer tersangatler teruje...
padahal order 05 kaler jer...hehehe
Maka siaplah 02 HP Casing yang tak seberapa ni.
Cik abang bising sebab wat casing de nama...
"dh nk jadi mak orang pun macam budak2 lg"
ade ke patut die ckp cmtuh, Ina cume nk try jer, hehehe...
Padahal bile duk tenung2 balik casing tu..segan pun de..
xkesahlah kan...janji Ina puas dengan hasil felt sulung Ina.

HP Case versi percubaan

Hari sebelum tu, Mag yang Ina pinjam dari Dayang sampai.
Memang teruje sangat2 mase dapat mag ni.
Smpai cik abang warning suh pi masak dulu...hehehe
Pe pun time kasih dayang sebab sudi bg Ina pnjam.

Dah siap pun...Masjid Negeri Selangor

Hai semua, hari ni Ina nank entrprem x-stitch terbesar Ina setakat ni... hehehe.
Sebelum ni Ina penah tunjukkan hasil yang blum siap lagi di 'Projek Tergendala'.



Projek ni amik masa lebih kurang 2 tahun 11 bulan..Lame kan...=)
Ntah bile lah bley frame...sbb sure mahalnyer... Alamat kna perap jer lah dulu dalam almari... =)

X-stitch Yg pernah Dihasilkan

Hari ni Ina nak pamerkan x-stitch2 yang penah Ina hasilkan
Tak banyak pun.

1. Kaligrafi Allah.Gambar tak berapa jelas. Mintak bantuan adik snapkan.
Imej tak berapa baik..kire halal lah yer..

2. Kaligrafi MuhammadKedua-dua kaligrafi ni adalah x-stitch pertama.

3. Gugusan Anggur
Imej tak berapa baik. Anggur ni dihasilkan pada tahun 2005.

4. Tak tau ape name bunga ni.
X-stitch ni siap pada tahun 2006.

Kalo perasan, framenyer spesen jer kan... frame ni suami Ina tempah kat Terengganu (masa tu kawan jer lagi) Dan semua x-stitch ni Ina letakkan kat umah mak kt kampung.