"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Goodies - Order dari Din & Rabiah

Order ni dua  tiga bulan lepas dah penyerahannya, cuma baru ni jer ada mood nak update di blog.
150pcs keychain berlogo MAS untuk Din & Rabiah. Pasangan pengantin baru ni kerja satu syarikat dengan Ina cuma berlainan Jabatan.

 
dan dibawah ni pula yang dah siap di sampulkan.

Asalnya pasanagan pengantin order 200pcs, tapi masa dalam proses tu Ina dah start mabuk teruk. Usahkan nak menjahit, nak angkat kepala pun tak larat. Balik kerja je terus melepek. 

Semoga Din & Rabiah berbahagia selalu hendaknya.

Order Kak Zety, kawan tempat kerja

Kawan sepejabat yang menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke-8.
Semoga rumah tangga Kak Zety berkekalan hingga ke syurga.

Order Kawan Sekolah, rindu kamu...

03 biji bantal kecil, order dari kawan sekolah Ina dulu. Sangat merinduimu...Imah. Imah ni sangat penyabar, penyayang, prihatin, lembut hati, sangat beradab, menjaga pergaulan, Imam solat masa kat hostel dulu,  bersuara lunak dan manis-ada iras-iras Rani Mukherjee bila dia senyum. Sanggup melepaskan cita-citanya demi tidak menyusahkan kedua orang tuanya. Ina pernah gak bercita-cita nak buatkan Imah ni kakak ipar..hehehehe..Tapi yelah jodoh pertemuan ketentuan Yang Esa. Memang beruntunglah suaminya mendapat isteri mcm Imah ni.


Semoga Imah sentiasa dibawah Rahmat dan Redha Ilahi serta mendapat kebahagian yang dicari-cari.

Penutup Tahun 2012

Hasil kerja di hari-hari akhir 2012.
Menunaikan hasrat kawan untuk majlis sambutan ulangtahun pertama anaknya.

~Umi & Abi~

~ Ikram ~

~ ni gambar contoh yg diberikan ~

Dibawah ni pula hambar-gambar di Majlisnya, Ina xdapat datang masa tu.
Gambar ni pun amik ni FB Fariha.




Dan sebuah wristlet kecil - permintaan kawan ofis untuk anaknya.


Dengan itu Ina nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua pembaca, pelanggan, dan teman-teman di Cemmomile Craft ini. Semoga tahun mendatang memberikan kita semua lebih kebahagian.