"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Tuala Tangan & Pemegang Peti Ais Dari Perca

Tiba-tiba ada mood nak menjahit. Tengok kain perca dan lebihan flannel banyak, maka Ina cuba jadikannya sesuatu yang boleh digunakan. maka terhasillah 03 helai tuala tangan dan sehelai pemegang peti ais. Pemegang peti ais tu permintaan suami. Mujur juga pelekat strap tu masih ada, Ina usahakan jugalah membuatnya.

 Kain perca yang Ina dah potong.

 Ina jahitkan belah dalam dulu kemudian terbalikkan, jahit sisi dan tengah.

 Ina jahitkan sekali riben untuk memudahkan Ina menyangkut.

Bawah ni pulak pemegang peti ais, Ina gunakan teknik yang sama cuma Ina gunakan 04 lapisan kain dan tambahkan pelekat tu.
Abaikann jahitan yang teruk tu sebab mesin jahit Ina kecil sangat nak merangkak atas 04 lapisan tu. Jenuh jugaklah menekan mesin tu.

 Sebelah dalamnya.

Sebelah luarnya.

Jadilah kan untuk kegunaan sendiri.

Goodies - Order dari Din & Rabiah

Order ni dua  tiga bulan lepas dah penyerahannya, cuma baru ni jer ada mood nak update di blog.
150pcs keychain berlogo MAS untuk Din & Rabiah. Pasangan pengantin baru ni kerja satu syarikat dengan Ina cuma berlainan Jabatan.

 
dan dibawah ni pula yang dah siap di sampulkan.

Asalnya pasanagan pengantin order 200pcs, tapi masa dalam proses tu Ina dah start mabuk teruk. Usahkan nak menjahit, nak angkat kepala pun tak larat. Balik kerja je terus melepek. 

Semoga Din & Rabiah berbahagia selalu hendaknya.

Order Kak Zety, kawan tempat kerja

Kawan sepejabat yang menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ke-8.
Semoga rumah tangga Kak Zety berkekalan hingga ke syurga.

Order Kawan Sekolah, rindu kamu...

03 biji bantal kecil, order dari kawan sekolah Ina dulu. Sangat merinduimu...Imah. Imah ni sangat penyabar, penyayang, prihatin, lembut hati, sangat beradab, menjaga pergaulan, Imam solat masa kat hostel dulu,  bersuara lunak dan manis-ada iras-iras Rani Mukherjee bila dia senyum. Sanggup melepaskan cita-citanya demi tidak menyusahkan kedua orang tuanya. Ina pernah gak bercita-cita nak buatkan Imah ni kakak ipar..hehehehe..Tapi yelah jodoh pertemuan ketentuan Yang Esa. Memang beruntunglah suaminya mendapat isteri mcm Imah ni.


Semoga Imah sentiasa dibawah Rahmat dan Redha Ilahi serta mendapat kebahagian yang dicari-cari.