"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Nursing Pillow

Nursing Pillow ni adalah versi cubaan dari Ina. nak belik almaklumler..mahal jugak regenye. Maka dengan bekalan kain flanel dan fiber yang masih ada, Ina cuba jugklah buat sendiri.

Jenuh jugakler potong surat khabar untuk dapatkan saiz. 
Pastu Ina cuba2 kan pada suami Ina. Yelah kan..Ina ni kan saiz 6bulan nyer perut. 
Masa nak guna nanti perut dah kecik...=)

Dirasmikan A.D, bear Fakhruddin yang diturunkan oleh maksunya.
Plain ajekan, sebab berkobar nak menyiapkan. 
Lepas ni kalau masih larat ingat nak buat satu lagi dengan kain cotton pulak.

Sarung Tisu Bermanik

Mood menjahit masih lagi menjengah. Maka Ina pun mengambil kesempatan untuk menyiapkan Sarung Tisu yang dah lama dipotong tapi tak dijahit. Kemudian Ina hiaskan manik untuk menambahkan keceriaannya.


Sebenarnya baru-baru nak belajar menjahit manik tu.

Jenuh jugakler Fakhruddin duk main tabur2 manik masa menjahit ni.

Ina pun tak pasti kenapa daunnya bewarna hitam..hehe..tapi bile diltakkan manik tu jadi naik seri sket bunga hitam tu kan... sambil perasaan SS....=) Hehehee....

Tuala Tangan & Pemegang Peti Ais Dari Perca

Tiba-tiba ada mood nak menjahit. Tengok kain perca dan lebihan flannel banyak, maka Ina cuba jadikannya sesuatu yang boleh digunakan. maka terhasillah 03 helai tuala tangan dan sehelai pemegang peti ais. Pemegang peti ais tu permintaan suami. Mujur juga pelekat strap tu masih ada, Ina usahakan jugalah membuatnya.

 Kain perca yang Ina dah potong.

 Ina jahitkan belah dalam dulu kemudian terbalikkan, jahit sisi dan tengah.

 Ina jahitkan sekali riben untuk memudahkan Ina menyangkut.

Bawah ni pulak pemegang peti ais, Ina gunakan teknik yang sama cuma Ina gunakan 04 lapisan kain dan tambahkan pelekat tu.
Abaikann jahitan yang teruk tu sebab mesin jahit Ina kecil sangat nak merangkak atas 04 lapisan tu. Jenuh jugaklah menekan mesin tu.

 Sebelah dalamnya.

Sebelah luarnya.

Jadilah kan untuk kegunaan sendiri.

Goodies - Order dari Din & Rabiah

Order ni dua  tiga bulan lepas dah penyerahannya, cuma baru ni jer ada mood nak update di blog.
150pcs keychain berlogo MAS untuk Din & Rabiah. Pasangan pengantin baru ni kerja satu syarikat dengan Ina cuma berlainan Jabatan.

 
dan dibawah ni pula yang dah siap di sampulkan.

Asalnya pasanagan pengantin order 200pcs, tapi masa dalam proses tu Ina dah start mabuk teruk. Usahkan nak menjahit, nak angkat kepala pun tak larat. Balik kerja je terus melepek. 

Semoga Din & Rabiah berbahagia selalu hendaknya.