"YA ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-Mu, kecantikan ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah berkat waktu dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin."

Order Kak Nida & Hadiah GA

Ini adalah Order dan Hadiah GA untuk Kak Nida yg sgt bertuah. Yang besar itu adalah Hadiah GA dan yang kecik tu order untuk adiknya yang tersayang.
Kak Nida ni sgt kreatif dan sangat bersungguh2 dengan setiap GA/contest yg disertainya.
Tambahan pulak Kak Nida ni selalu menggunakan puisi/pantun/kata2 yang sangat indah yang jarang ditemui dah sekarang ni. Teruskan perjuangkan bahasa melayu yang indah ini.
 Hadiah GA-Bantal besar seperti yang dijanjikan.
Bantal kekabu bersaiz 18" x 28" dengan design sendiri.
 Ini pula order untuk adik kesayangannya. Yang ni bersaiz 12" x 18".
Baru pos petang tadi. Harap Kak Nida akan sukakanya.
Ni blog Kak Nida untuk sape2 yang nk terjah.

Order Haidar dari Kuala Terengganu

Order dari Kuala Terengganu. Oh KT, semoga Aidilfitri yang bakal menjelma dapat ku hirup udaramu yg nyaman. 
Haidar mahukan Casing External Hard disc, 
Casing MP3 dan Keychain Nama.

-Depan-

-Belakang-

Semoga Haidar sukakannya.

Order Kawan dari Kempas, JB

Order yg lama diperam, baru sekarang siapnya. Mentang2ler member baik...hehehehe
Dari stay kat Labuan lagi ordernya, tapi sekarang dah balik Johor baru order nk dipos.
Imah mahukan 02 biji bantal untuk kedua anak terunanya.
Fahrieez..si abang yang sangat comel. Mata 100% ikut mama.
Fayruz yang baru sahaja lahir.
Terima kasih Imah sebab sudi tunggu.=)

Order, hadiah GA & aksesori kereta

Salam Ramadhan semua. Dipenghujung Sya'ban&July ni Ina nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua rakan taulan, sahabat handai, saudara seagama terutamanya pelanggan-pelanggan yang banyak berkorban masa menunggu order disiapkan. Ina juga nak memohon kemaafan kepada semua dan semoga kita semua dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk membuat ibadat di bulan yang sangat diberkati ini.

ok, pertama Ina nak post pasal order Jaja dari Gambang, Kuantan. Jaja nakkan Car Hanging berupa camera CCTV. 



Kedua pasal Hadiah GA yg Ina menang dari crafter Nurul Farhan. Cantik sangat hasil kerja Nurul Farhan. Boleh lawat blognya di http://amira-niza.blogspot.com. dan boleh search Nurul Farhan di FB.
 Ketiga pasal Neck Rest Pillow yang baru Ina hasilkan. Untuk kereta sendiri. Sebenarnya dah lama nak buat tapi asik tak menyempat jer. Sangat minima hiasannya sebab dah malas nak fikir. Nanti bila fikir makin lama plak dan bila dah lama nanti takut tak jadi pulak nak buat. Hehehe..sudahnya jadilah yang very plain.=)
 Ukuran lebih kurang 08" x 11".
 Bila untuk diri sendiri, macam nilah jadinya..hehehe 
sgt simple kan.
Tada.... walaupun simple tapi Ina sangat sukakanya. =P

Order Member Sekerja

Ini order dari Kak Salina. Kak Salina nak hadiahkan untuk practical student di unitnya.
Ina campurkan kekabu dan fiber didalamnya. Dan hasilnya sangat Ina suka.
Gebu tapi still sedap utk diletak kepala.

Ini pula order dari Kak Airah juga untuk dijadikan hadiah.
Untuk bantal ini ina gunakan 100% kekabu.

kedua-dua bantal bersaiz 12" x 18"

Terima kasih Kak Salina & Kak Airah. Semoga menyukainya.